Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Ads
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Ads
Ads
Caranya :
Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rawatan dinding dengan efek Ombre dimulakan dengan satu warna utama dan ia akan perlahan-lahan mencair, mewujudkan kesan seperti warna air yang kelihatan sangat nyaman dan cantik. Dinding bilik pasti akan kelihatan menarik dengan personaliti tersendiri selain dapat menaikkan seri ruang yang sudah hambar dan membosankan.
Dengar macam susah je kan? Macam mana pula nak gabungkan dua warna kemudian jadikannya seperti satu warna yang mengalir di dinding? Jangan risau, sebenarnya ia tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Dengan sedikit kesabaran dan panduan yang tepat pasti anda dapat melakukannya dengan baik
Sebelum itu, ini bahan-bahan yang anda perlu kan ;
Pita Pengukur
Pensil
Tangga
Masking Tape
Cat Dengan Dua Warna Berbeza
Kayu Pengacau
3 Dulang Cat
Baldi
Beberapa Berus Kecil dan Besar
Kemudian ikuti langkah-langkah mudah dibawah sebagai panduan untuk anda yang mahukan dinding ombre.
Dan ini pula koleksi gambar-gambar hiasan dalaman dengan dinding ombre untuk anda jadikan inspirasi.
Bermain dengan warna pada dinding rumah bukanlah satu perkara yang mudah, jika tersalah pilih pasti ia akan memaberikan aura yang tidak cantik dan kurang selesa untuk anda berada di dalam ruang itu dengan lebih lama.
Jika anda seorang yang takut akan bermain dengan warna IMPIANA galakan anda memilih warna selamat seperti putih dan pastel. Ini akan membantu anda untuk menambah baik ruang dalam rumah anda. Tambahan hiasan dalam sudut tersebut sudah mampu menaikkan rasa ceria dan mood yang selesa.
Bagi efek Ombre ini ia lebih sesuai untuk digayakan pada satu dinding sahaja. Jika tersilap lakukan ia mungkin akan membuatkan ruang bilik itu nampak serabut dan tidak sesuai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot rotan kini kian mendapat perhatian. Kini dengan rekaan yang pelbagai, Kebiasaanya rekaan perabot rotan di suaipandankan untuk konsep Boho, namun dengan pelbagai rekaan kontemporari ia sesuai untuk padanan gaya moden, mewah dan sebagainya. Salah satu perabot yang menjadi idaman ramai adalah katil rotan. Namun, harganya agak lumayan untuk dimilik. Jadi, seperti biasa anda perlu bijak mengolah. Apa kata, padankan katil divan dengan kepala katil rotan. Ini idea IMPIANA:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pencahayaan di laman amat penting. Ia bukan sekadar menghidupkan laman diwaktu malam malah sebagai salah satu tujuan keselamatan. Terdapat pelbagai rekaan dan jenis lampu laman. Namun yang menjadi kebiasaan dan kerap digunakan adalah jenis lampu suar (spotlight), Lampu limpah (Flood light).
Terdapat beberapa jenis lampu landskap yang lain iaitu seperti wall light dan sebagainya. Namun, untuk melakukan pemasangan lampu di laman sedikit ilmu diperlukan untuk memastikan lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan baik. Berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan
1. PILIH LAMPU
Di pasaran, terdapat 2 jenis lampu laman iaitu pencahyaan yang menggunkan GCFI outlet atau tenaga solar. Jika pemilihan lampu solar, pemasanagan dan pendawaian tidak perlu dilakukan. Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang lebih awal berapa panjang wayar yang diperlukan untuk menyambungkan lampu-lampu dengan outlet dan jenis penyambung.
2. OUTLET BERHAMPIRAN
Sediakan pembekal atau outlet elektrik di luar kediaman. Ia bagi memudahkan tugas-tugas penyambungan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan
3. LETAK POWER PACK BERHAMPIRAN OUTLET
Kotak kawalan dan sambungan lampu perlu diletakkan berhampiran dengan outlet. Ia memudahkan anda untuk mengawal aliran tenaga yang perlu disalurkan pada keseluruhan lampu
4. PASANG LAMPU
Pasangkan lampu di lokasi yang telah dipilih mengikut arahan pengilang. Untuk pemasangan lampu pada lantai laman, gunkan trowel untuk memudahkan anda menanam tiang atau kaki lampu
5. PENDAWAIAN
Selesai pesangan lampu, lakukan pendawaian dari outlet terus ke bahagian yang telah disasarkan
6. CABLE CONNECTOR
Sambungkan setiap lampu dengan pendawaian yang telah siap dengan menggunkan cabble connector
7. TANAM KABEL
Untuk tanam kabel tak perlu menggali, cukup sekadar buat satu longkang kecil saiz kabel dengan menggunakan trowel. Posisikan cable di dalam longkang kecil yang telah disediakan dan tanam atau tutup semula lubang tersebut
8. SAMBUNGAN PENDAWAIAN KE OUTLET
Selesai pemasangan lampu pada aliran pendawaian, sambungkan pula pada power pack untuk tujuan kawalan dan terus ke outlet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.