Laman

Cara Mudah, Kaedah TUT Pokok Limau Kasturi, Guna Sabut Hancur & Tanah Hitam

Share

Cara Mudah TUT Pokok Limau Kasturi, Guna Sabut Hancur & Tanah Hitam. Ada pelbagai cara untuk menanam pokok limau kasturi di rumah. Salah satunya dengan kaedah penanaman secara tut. Pembiakan tanaman buah-buahan melalui hasil kaedah TUT atau ‘Marcotting’ selalunya lebih cepat menghasilkan buah.

Antara jenis tanaman buah-buahan yang sesuai dibuat kaedah tut seperti pokok Limau (Citrus spp), Pokok Johon Jambu Air (Syngium spp), Pokok Jambu Batu (Psidium guava), Pokok Durian (Durio zibethinus), Pokok Rambutan (Nephallium lappaceum), Pokok Mangga (Mangifera indica) dan sebagainya.

Boleh ikut cara mudah dan kaedah Tut Pokok Limau Kasturi yang dikongsikan oleh Ro Miza ini sebagai rujukan.

Ni cara saya tut limau kasturi…Alhamdulillah. dah banyak pokok saya bagi-bagi kat jiran-jiran dan sahabat. Saya guna sabut hancur dan tanah hitam sahaja. Ikat dengan cable tie, sebulan lebih dia dah berakar.

Bahan Diperlukan:

Cocopeat
Tanah Hitam
Plastik Bungkus makanan
Cable Tie

Cara Membuat:

1.Kelar dahan yang agak tua, kikis semua yang bahagian kelar.


2. Selisihkan 2 plastik, letak bahagian bawah. Tanah tak perlu terlalu basah, cukup sahaja lembab-lembab. Lagi basah lagi lama akan berakar.

3. Sebulan lebih dia dah berakar. Banyak sikit akar tu dah boleh potong tanamkan dalam polybag.

4. Potong bahagian bungkusan. Lebih kan sikit pun tak apa. Tapi bahagian bawah, buka ikatan dan plastik.

5. Bila dah potong tanam dalam polybag. Potong daun dan dahan kecil supaya lagi banyak dia bercabang. Pokok limau akan keluar banyak bunga selepas prowning.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat
Baca Lagi Di Sini: Cara Mudah Biak Pokok Jenis Citrus Dengan Kaedah Keratan Batang
Artikel Menarik: DIY Mol Kulit Nenas, Penggalak Pokok Berbunga Lebat Berbuah Banyak!

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan buat pemilik LAMAN yang ingin cuba kaedah TUT bagi tanaman berbuah. Memang mudah ikut langkah yang dikongsikan ini. Malah pokok yang ditanam hasil tut juga mudah mengeluarkan buah.

Sumber: Ro Miza 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab