DIY

Cara Mudah Lipat ‘Non Woven Bag’, Elok Kemas Jimat Ruang!

Share

‘Non Woven Bag’ sering dijadikan sebagai ‘shopping bag’ atau ‘groceries bag’ untuk mengisi pelbagai barangan selepas membeli barang keperluan dapur. Jika selama ini hanya ‘sumbat’ sahaja semua dalam laci kabinet dapur, selepas ini boleh cuba cara mudah untuk lipat ‘woven bag’ ini supaya nampak lebih kemas tersusun dan jimat ruang. Tak lah bersepah dan berterabur dalam almari. Malah nak ambil pun mudah, tinggal capai je.

Bahan-Bahan:

Non Woven Bags
Storage Organizer/Kotak/ Bekas Simpanan

Cara-Caranya:

1. Ratakan permukaan beg.

2. Kemaskan bahagian tepi bag.


3. Lipat bahagian kiri dan kanan bag.
4. Kemudian, mulakan lipat kecil dari bahagian bawah ke atas.


5. Selepas itu, tarik sebelah pemegang, lilitkan pada lipatan bag tadi.


6. Seterusnya, ambil pemegang satu lagi dan masukkan ke dalam pemegang tadi. Pastikan tarik dengan ketat dan kemaskan pemegang tersebut.


7. Jika pemegang terlalu panjang, boleh lilitkan sekali lagi supaya lebih kemas.

Siap!

Untuk lebih mudah faham lihat video yang dikongsikan ini.

Boleh susunkan pada ‘storage organizer’, letak dalam bekas atau kotak sebelum disimpan dalam laci kabinet.

Untuk lebih mudah, sewaktu lipat bag ini, asingkan ikut saiz kecil, sederhana dan besar. Simpan dalam bekas berasingan supaya lebih mudah untuk kenal pasti sewaktu ingin digunakan.

Semoga Bermanfaat. Selamat Mencuba!

Mesti Baca: DIY Penyidai Tuala Bertingkat, Buat Sendiri Jimat Ruang Rumah Kecil!
Baca Lagi Di Sini: Tuala Keras Kejung Kembali Lembut Dan Gebu Dengan 2 Bahan Ini
Artikel Menarik:Cara Paling Mudah Nak Jimat Ruang Untuk Simpan Toto Dan Comforter

IMPIANA: Jadi ‘non woven bag’ yang banyak dekat rumah, boleh lipat dan susun macam ni, supaya lebih kemas dan jimat ruang dalam laci kabinet. Malah lebih kemas tersusun dan mudah diambil jika ingin digunakan.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab