“Arghhh… Stressnya tengok anak-anak lipas ni berkeliaran dalam kereta ni. Kalau pukul nanti bersepai pulak isi perut lipas tuh. Ada tak cara mudah untuk hapuskan semua lipas-lipas ni sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Ads
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut anda buat?
Jangan risau, di sini IMPIANA kongsikan cara mudah untuk anda hapuskan anak-anak lipas ini.
Ads
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:- 1. Minyak masak yang sudah digunakan 2. Susu Pekat 3. Majerin
Sukatan bahan tidak dihadkan, anda boleh gunakan sebanyak mana anda mahukan. Gaul sebati bahan-bahan di atas, kemudian tuangkan kedalam bekas dan biarkan semalaman dalam kereta anda.
Ads
Pagi esok dah boleh lihat hasilnya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan cara ini pada kereta anda, malah ia juga sesuai untuk menghapuskan lipas yang berada di dapur, stor, bilik dan ruangan lain.
Selamat mencuba. 🙂
Sumber: RidhwanRashid
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pencemaran Udara merupakan pengancam utama kepada isu alam sekitar di seluruh dunia. Kebanyakan asap ini dilepaskan samada dari industri pembuatan perkilangan atau pembakaran terbuka.
Tahukah anda pencemaran udara telah membunuh seramai 3 Juta orang setiap tahun dan angka ini bertambah dari hari ke hari. Salah satu inisiatif yang diambil untuk memastikan ekosistem kita bebas daripada pencemaran udara adalah seperti penanaman pokok yang mana tumbuhan tersebut akan menyedut segala karbon dioksida untuk fotosintesis yang kita fahami adalah sumber makanan tumbuhan hijau.
Menyedari akan tanggungjawabnya menyumbang sesuatu untuk bumi, seorang arkitek serta perancang bandar Itali, Stefano Boeri telah menyiapkan pelan pembangunan rumah hijau di tengah bandar Milan dan projek itu sudah siap dibina secara rasmi pada tahun 2014. Struktur pembinaanya mempunyai dua buah menara yang mana setiap satu berketinggian 111 meter yang merangkumi 26 tingkat dan dikenali sebagai Torre E manakala Torre D pula berketinggian 76 meter iaitu sebanyak 18 tingkat. Ianya merangkumi pejabat serta kondominium.
Setiap menara menjadi penempatan untuk 900 pokok, 5000 pokok renek dan 11,000 pokok bunga yang mana ianya berfungsi sebagai pengurang asap serta pembekal utama oksigen kepada mereka yang menetap di dalam residensi tersebut. Ianya tidak terhad kepada penduduknya sahaja, tetapi manfaat daripada projek ini juga turut dirasai oleh warga metropolitan Milan, Itali dalam usaha memastikan udara yang disedut segar dari tumbuhan hijau.
Selain itu, jika projek ini diteruskan di skala yang lebih besar, ianya akan menjadi rumah kepada pelbagai spesis serangga yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan pada masa yang sama, ianya turut membantu mengurangkan pencemaran bunyi yang membelenggu warga kota pada hari ini.
Jika projek ini direalisasikan di tengah bandar Kuala Lumpur serta bandar utama yang lain di Malaysia, penulis yakin negara kita pasti penduduknya lebih sihat dan situasi ini turut sama menyumbang pada pembangunan Malaysia yang lebih mapan..
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Firma Arkitekture Boeri Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengurus Rumah bukan satu perkara mudah apabila semua berubah menjadi norma baru. IMPIANA kongsikan petua bijak menguruskan konflik di rumah masa kini. Masa terperap di dalam rumah sepanjang PKP boleh dimanfaatkan untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga, tetapi pada masa yang sama menimbulkan cabaran tertentu.
Bagi keluarga yang lebih besar, mungkin sukar untuk menghabiskan masa sehari suntuk tanpa ada ahli keluarga yang hilang sabar, rasa resah atau mungkin, ada yang menangis.
Tinjauan Gardenia KL ‘Wellness Begins at Home’ yang dijalankan dengan kerjasama Cilisos Media mendapati kerja rumah, kerja sekolah anak-anak dan gangguan bunyi bising semasa penglibatan dalam talian yang penting sebagai punca utama pertengkaran dalam rumah tangga Malaysia.
Menurut Tinjau Selidik Kesejahteraan Bermula Dari Rumah (Wellness Begins at Home) Gardenia, tiga punca utama konflik atau perselisihan dalam isi rumah Malaysia semasa PKP termasuk:
1. Pembahagian tugas mengemas dan membersih rumah.
2. Masalah belajar dalam talian dan kerja sekolah.
3. Penghuni rumah mengganggu semasa panggilan kerja atau kelas dalam talian diadakan.
Pada hakikatnya, kita mampu mengurus dan mengatasi masalah ini. Malah kita mungkin sudah tahu cara-cara untuk menyelesaikan pertikaian di tempat kerja, dan kita hanya perlu menyesuaikan kaedah ini supaya turut berkesan dalam suasana di rumah.
Lima gaya utama pengurusan konflik Di Rumah
Pengurusan konflik ialah amalan menyelesaikan pertikaian dengan cara yang adil, saksama dan cekap. Ia lazimnya digunakan di tempat kerja, tetapi jika anda terus membaca artikel ini, anda boleh lihat bahawa kemahiran yang sama juga boleh diamalkan di rumah sendiri.
1. Mengalah
Gaya pengurusan ini membolehkan salah seorang ahli keluarga untuk ‘menang’ dengan memberikan apa yang dikehendakinya. Pada asasnya salah seorang mesti mengalah demi kepentingan orang lain.
Positif: Pertikaian kecil boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas.
Negatif: Ahli keluarga yang lantang mungkin mendapat apa yang dikehendaki kerana lebih mendesak dan berani bersuara. Atau jika anda daripada keluarga tradisional Asia yang menekankan pangkat dalam keluarga sebagai tanda hormat, mereka yang lebih muda dan kurang peranan lazimnya berasa suara mereka tidak didengari.
2. Elakkan
Gaya/cara mengelakkan konflik menggunakan taktik ‘bawa bertenang’ untuk memastikan situasi panas kembali reda. Ada masanya, anda juga boleh mengasingkan ahli keluarga yang sedang marah daripada perbincangan.
Positif: Sesuatu pertikaian mungkin terlalu dipengaruhi perasaan, oleh yang demikian meluangkan masa untuk bertenang akan membantu ahli keluarga berkenaan memberi tumpuan terhadap isu yang dihadapi.
Negatif: Jika anda sentiasa mengelakkan konflik tanpa mencari penyelesaian, masalah ini mungkin kembali menghantui keluarga anda atau meledak menjadi isu yang lebih besar.
3. Tolak Ansur
Bertolak ansur bermaksud mencari jalan tengah. Pendekatan ‘menang-menang’ ini menjadikan pengorbanan seseorang lebih mudah diterima.
Positif: Ahli-ahli keluarga yang terlibat akan berasa diri mereka diberi perhatian. Perasaan setiap ahli keluarga harus diambil kira.
Negatif: Mengorbankan sesuatu mungkin mempunyai maksud berbeza bagi setiap ahli keluarga. Sesetengah pengorbanan mungkin nampak lebih besar daripada yang lain.
4. Kerjasama
Gaya kerjasama mungkin kaedah paling panjang dan mencabar untuk menguruskan konflik; terutamanya kerana semua ahli keluarga perlu duduk semeja, mempertimbangkan setiap keperluan dan kehendak setiap ahli dan mencari jalan penyelesaian bersama-sama. Walaupun setiap gaya pengurusan memerlukan komunikasi, gaya ini memerlukan paling banyak interaksi.
Positif: Berpuas hati
Negatif: Anda mungkin perlu meluangkan masa sepanjang hujung minggu untuk mencapai kata sepakat.
5. Bertegas
Ada masanya anda sebagai ibu bapa perlu bertegas. Walaupun anak-anak mungkin tidak suka, ibu bapa selaku orang tua mesti membuat keputusan yang sukar.
Positif: Sebagai ibu bapa, anda rasa selesa dan yakin dengan keputusan yang anda buat kerana hakikatnya, anda tahu apa yang terbaik untuk keluarga.
Negatif: Malangnya, anak-anak anda mungkin tidak faham pada mulanya dan mungkin tidak puas hati dengan anda buat seketika.
Peringatan penting Setiap ahli keluarga kita berbeza, dan begitu juga setiap pertikaian atau konflik di rumah. Tiada satu kaedah sesuai untuk semua bagi menyelesaikan setiap isu di dalam keluarga. Malah, kita perlu menunjukkan sikap empati atau kefahaman, terutamanya dalam keadaan semasa apabila kebanyakan orang berada dalam tekanan, lebih-lebih lagi dengan ketidakpastian yang timbul. Tekanan dan emosi kita pada ketika ini agak tinggi. Walaupun negara kita akan memasuki fasa endemik, kita masih perlu berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti harian. Terus berbuat baik dan menjaga hati antara satu sama lain kerana kita tidak tahu apa yang sedang dilalui oleh mereka akibat pandemik. Ramai yang kehilangan orang tersayang dan punca pendapatan, dan bagi sesetengah orang, kehidupan tidak lagi sama seperti dulu.
Gardenia KL bertekad untuk terus memberikan sokongan kukuh kepada usaha negara pulih daripada pandemik COVID-19. Sempena Minggu Kesihatan Mental Sedunia 2021 lalu , hasil penemuan daripada Tinjau Selidik ‘Wellness Begins at Home’ telah dibincangkan dalam forum secara langsung menerusi akaun Facebook @GardeniaKL bersama penggiat kesihatan mental selebriti dan Penaung MIASA, Che Puan Sarimah Ibrahim; penggiat kesihatan mental dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar; dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia KL, Hazlinah Harun. Perbincangan meliputi kesan pandemik terhadap rakyat Malaysia, petua gaya hidup lebih sihat dan banyak lagi.
Jika anda terlepas program ini, usah bimbang! Anda masih boleh mengikuti perbincangan di laman Facebook Gardenia KL: https://fb.watch/8Lrd_rysnb/
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Joey Daud? Seorang yang tidak loket dengan gelak dan tawa bersahaja beliau membuatkan ramai yang menyenangi sifat beliau. Joey atau nama penuh beliau Zulfikli Daud, 49, tidak menyangka, air tangan lukisannya telah mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Alhamarhum Sultan Iskandar sehingga dia kemudiannya diberikan lagi tawaran untuk melukis 15 buah mural lagi di sekitar bandar Muar, Johor.
Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pelakon dan juga pelawak ini sering melakukan kerja-kerja freelance selama ini tidak menyangka sama sekali lukisan pada dinding atau mural yang dilukisnya mendapat perhatian Sultan Selangor.
Tahniah IMPIANA ucapkan kepada Joey, kerana mampu berkarya dan bakal memperindahkan lagi bandar Tangkak dengan lukisan mural beliau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.