Cara Mudah Nak Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Share

“Arghhh… Stressnya tengok anak-anak lipas ni berkeliaran dalam kereta ni. Kalau pukul nanti bersepai pulak isi perut lipas tuh. Ada tak cara mudah untuk hapuskan semua lipas-lipas ni sekaligus ya?”

Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut anda buat?

Jangan risau, di sini IMPIANA kongsikan cara mudah untuk anda hapuskan anak-anak lipas ini.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:-
1. Minyak masak yang sudah digunakan
2. Susu Pekat
3. Majerin

Sukatan bahan tidak dihadkan, anda boleh gunakan sebanyak mana anda mahukan. Gaul sebati bahan-bahan di atas, kemudian tuangkan kedalam bekas dan biarkan semalaman dalam kereta anda.

Pagi esok dah boleh lihat hasilnya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan cara ini pada kereta anda, malah ia juga sesuai untuk menghapuskan lipas yang berada di dapur, stor, bilik dan ruangan lain.

Selamat mencuba. 🙂

Sumber: RidhwanRashid

Published by
Impiana