Masalah dinding berkulat dan bertompok-tompok macam panau dah dinding rumah. Ramai yang mengalami perkara ini bukan? Dah macam-macam cara dah buat, beribu kali dah cat dinding rumah. Selalunya dinding yang sering jadi macam ni sebab dinding tu lembab. Memang ‘sakit mata’ kalau tengok kesan bertompok-tompok dan bercapuk-capuk kan? Ini cara hilangkan kulat dinding dengan mudah dan berkesan.
Memang ramai yang mengalami masalah ini walaupun menggunakan cat dinding yang mahal.
Punca Kulat / Kulapuk Dinding
Menurut laman web Impiana, antara penyebab boleh berlakunya kulat dinding ini adalah disebabkan 2 faktor berikut:
Kelembapan – contohnya tempias air hujan, kurang pengudaraan dalam bilik (kena selalu buka tingkap dan kipas untuk menggalakkan pengudaraan)
Masalah paip bocor – Jika ada kulat berwarna hijau atau hitam, biasanya ia disebabkan paip yang bocor dalam dinding. Keadaan yang basah / lembab biasa terjadi antara dinding bilik air/ tandas (Kalau ini yang berlaku, kena cari puncanya terlebih dahulu untuk pastikan kebocoran tak berulang).
Salah pilih cat – elak menggunakan cat yang mengandungi kandungan kapur yang tinggi
Jadi, macam mana cara hilangkan kulat dinding ni?
Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan kulapuk putih pada dinding
1. Guna Air + Cuka
Caranya, campurkan air dengan cuka. Cuka sama banyak dengar air. atau guna nisbah 60:40 untuk cuka:air.
Kemudian masukkan dalam botol spray.
Ads
Semburkan di tempat berkulat dan biarkan 1 jam tak payah bilas. Lap dengan kain je.
Kalau banyak putih
2. Bersihkan dahulu baru sembur
Kulat akan hilang seperti gambar di bawah ini.
3. Guna Mildew / Mould Remover
Ads
Lagi satu cara mudah kita boleh guna wall cleaner jenama Dettol (cari mould & mildew remover).
Jenama lain pun ada juga rasanya boleh try tengok dekat Shopee atau Lazada atau di pasar raya biasa.
Caranya spray je dekat tempat berkulat tu dan lap. Buat sampai kulat tu hilang.
Kalau masih terjadi lagi, kenalah cari punca dan baiki masalah dinding tu.
Ads
4. Guna Wall Sealer
Seterusnya jika kedua-dua cara di atas masih tak berkesan, anda boleh gunakan wall sealer.
Caranya kikis dulu dan buang cat / kulat tu.
Lepas tu cat guna Wall Sealer Solvent Base macam dalam gambar di bawah ni. Terpulanglah ikut apa-apa jenama.
Ia khas untuk dinding lembab dan bermasalah.
Lepas dah guna cat ni, barulah cat dinding tu dengan warna pilihan kita.
Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila memasuki bagunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan hanya menyemakkan mata, malah ruang untuk bersantai mengambil angin pun terbatas jika menyidai baju di balkoni ini.
Bagi anda yang tinggal di rumah apartment boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Warna dan kehidupan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan. Minat dan perspektif setiap individu terhadap warna juga berbeza-beza bergantung kepada latar belakang, asal-usul, budaya, status ekonomi dan warisan. Memilih warna untuk pakaian dan pelbagai barangan peribadi tidaklah sesuakr memilih warna cat untuk kediaman. Ini kerana tersalah memilih warna cat, maka tidak mudah untuk menukarnya kerana faktor kos, tenaga dan masa juga perlulah diambil kira. Oleh itu sebelum memilih warna cati untuk kediaman, kenali rahsia warna ini dengan personaliti anda secara lebih dekat.
Merah – Biasanya dikaitkan dengan keghairahan, rangsangan dan tenaga. Selain melahirkan kehangatan dan keselesaan pada sesuatu ruang, warna merah juga melambangkan kemewahan dan kekayaan. Dengan ciri yang kuat ini warna merah mampu menggerakkan peredaran adrenalin secara psikologi. Selain dikaitkian dengan pelbagai hari percutian yang melibatkan emosi. Sekiranya anda berani bermain dengan warna merah dalam menghias rumah, warna ini adalah warna yang menuntut perhatian.
Ungu – Dikaitkan dengan maruah, kekayaan dan kemegahan. Selain memaparkan ciri elegan dan sofistikated, ia juga merangsang minda dan kreativiti seseorang individu.
Hitam – Warna yang sofistikated, elegan dan mewah ia memberikan gambaran kepada kekayaan. Pilihan warna hitam juga adalah bersesuaian untuk menghidupkan suasana formal dan moden. Berunsur tajam dan tepat, ia adalah pilihan warna yang mencerminkan kekuasaan.
Kelabu – Lebih tenang dan melegakan. Sapuan warna kelabu yang lembut senang diterima. Manakala kelabu yang gelap pula melambangkan kehormatan. Warna ini jika anda bijak mengabungkan dengan warna yang lain maka ia akan menzahirkan satu kombinasi sempurna.
Putih – Satu lagi warna yang klasik, sofistikated, elegan dan menyejukkan. Selain itu putih juga merupakan warna yang bersih, riang, tenang, dan damai. Gandingan warna hitam dan putih akan melahirkan hiasan dalaman yang penuh gaya.
Hijau – Warna yang menyegarkan dan sejuk dipandang. Antara warna alam yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam menterjemah kekuatan dan kestabil emosi empunya diri. Warna ini juga diperakui oleh pakar warna cat di dunia sebagai warna yang paling menenangkan jiwa dan minda. Sama ada hijau gelap atau hijau muda, kedua-duanya mengundang suasana rilek dan dan menyejukkan.
Biru – Satu lagi warna alam yang diperakui dapat meredakan mood, menenangkan jiwa yang stress dan juga mendamaikan fikiran. Biru begitu sesuai digandingkan dengan apa saja warna bertona lembut. Kombinasi sempurna untuk mereka yang ingin wujudkan suasana santai di rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.