Jika anda jenis yang selalu masuk ke dapur dan memasak, pasti anda sudah kenal betul dengan keadaan serta persekitarannya. Jika semasa baru beli dahulu api dapur gas berwarna biru, lama-kelamaan ia mungkin akan bertukar oren. Api oren ini dikatakan boleh merosakkan kuali.
Sekiranya perkara ini berlaku, anda jangan gusar dan terus nak beli dapur gas baru! Ada caranya untuk baiki permasalahan ini.
Melalui perkongsian Sharina Othman ini, beliau ada memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membersihkan dapur gas serta menukarkan api oren kembali menjadi biru. Mari kita ikuti panduan ini.
Ads
“Api dapoq gas tetiba oren..
Habis berjelaga periuk kesayangan..
Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu..
Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan..
Tapi tu la bajet pun cukup² ja..
Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??”
Ads
Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
Cara-caranya ;
Ads
1.Pusingkan benda tu (Yang anak panah tu)
2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah)
3. Nah hasilnya! tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy
Selain ruang tamu, ruang dapur juga merupakan antara salah satu ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Mana tidaknya, memang tidak akan lengkap sebuah rumah jika tiada ruang dapur untuk memasak dan sebagainya.
Bukan sahaja ruang tamu, bilik tidur dan kawasan laman rumah sahaja yang perlu mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik, malah ruang dapur juga harus dititikberatkan dan dihias dengan cantik.
Buat anda yang sedang mencari sumber idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang cantik, mari IMPIANA kongsikan bersama anda idea inspirasi dekorasi ruang dapur yang menarik ini.
Lihatlah hasil sebelum dan selepas transformasi yang telah dilakukan, sememangnya sangat menakjubkan! Betul tak?!
Untuk dekorasi ruang dapur di kediaman ini telah memilih kemasan rona emas dan putih yang nyata tampak begitu sangat sesuai dan cantik.
Bukan itu sahaja. renovasi serta dekorasi yang telah dilakukan telah membuatkan ruang dapur ini kelihatan lebih elegan dan mewah.
Foto: Facebook Kelab Dekor Viral
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Span, sudah pasti kegunaanya untuk mencuci pinggan, kereta, permukaan dan sebagainya. Namun, pasti anda tidak pernah terfikir span mempunyai pelbagai kegunaan. Antaranya:
1. WADAH SEMAIAN BIJI BENIH
Penggunaan span sebagai medium semaian biji benih lebih rapi dan mudah. Tanpa melibatkan medium tanah, anak pokok lebih mudah untuk dialihkan dan risiko mati selepas dipindah amat tipis.
2. BERSIHKAN SISA WALLPAPER
Memang agak sukar untuk bersihkan sisa wallpaper yang amsih melekat pada dinding. Jika tidak dibersihkan, ia akna meningglkan kesan. Atasi masalh ini dengan span basah yang tealh direndam di dalam campuran air paans dan pelembut fabrik
3. ICE PACK
Tak perlu beli ice pack di kedai. Apa kata basahkan span basuh pinggan sepenuhnya dan masukkan ke dalam beg Zip-lock. biarkan ia membeku semalam. Boleh guna untuk tuam bahagian yang lebam atau ketika demam.
4. HILANGKAN AROMA BUSUK DALAM PETI SEJUK
Pastikan peti sejuk anda sentiasa berbau segar dengan menaburkan baking soda di atas span dan letakkan ia di dalam peti sejuk. Span tadi akan cepat menyerap bau dan kelembapan yang berlebihan. Ganti span setiap minggu untuk pastikan peti sejuk anda sentiasa berbau segar. Span yang telah digunakan jangan buang. Basuh dan keringkan untuk diguna lagi
5. SAYUR LEBIH TAHAN LAMA
Lapiskan bahagian tantai laci tempat menyiman sayur dengan span. Jika terdapat lebihan lembapan, ia akan diserap oleh span dan secara tidak langsung ia dapat mengekalkan kesegaran sayuran dalam tempoh yang lama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Build-in wardrobe adalah idea bijak untuk penyediaan ruang penyimpanan di dalam bilik. Bukan sahaja cantik, ia kelihatan lebih kemas dan teratur. Kebiasaannya, pemilik rumah akan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina build in wardrobe ni. Bila dah panggil kontraktor, pastinya harga boleh buat kita pengsan.
Bagi anda yang rajin dan suka buat DIY, Shariful Fadhli Haji Johari tunjukkan step-by-step lengkap untuk membina sebuah build in wardrobe berukuran 1600mm x 2600mm
Assalamualaikum..nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mmX2600mm ,saya tanya kedai buat perabot dengan custom full height build-in wardrobe kedai quote dalam RM 2600 keatas( mdf atau chipboard).
So saya decide buat sendiri je. Guna plywood dengan kayu 2×1 untuk body.sliding door guna aluminium frame. plywood besar saya potong siap dikedai. Boleh la untuk kegunaan sendiri. dalam perancangan nak tampal formica. Nampak sikit macam beli kat kedai. Tapi kekurangan bajet. so saya cat je la buat masa ni. lagipun kerja nk pasang formica ni rumit sikit.semua gambar2 tu masih kayu asal. blom syalek, cat atau tampal formica.
Bahan-bahan:
Body:
– plywood 3mm ( body ) 2 keping – RM20 sekeping (RM40)
– kayu 2×1 (2 ikat 20 btg )- RM75 seikat -(RM150 )
– aluminium alang gantung baju 16′ sebatang rm16buat rangka terus fixed ke dinding
sliding door
– antijump aluminium kiri kanan – 2 batang sbtg RM40 (RM80)
– centre and top aluminium – 1 btg – RM25
– bottom aluminium utk roda – 1 btg – rm40
– track atas bawah – set RM70
– roda full set RM9.50aluminium frame dgn plywood utk sliding door
plywood 3mm 2 keping rm40
kayu kayu beli di hardware furniture.mmg khas kayu utk perabot.jgn beli dkt hardware biasa.boleh pakai.tp kurang cantik
lain-lain screw ,gam mmg ada lebih dari DIY yg sebelum ni.
kedai kedai yg selalu sy beli brg
aikta furniture hardware sungai chua ( kayu kayu )
teamstar sungai chua ( brg2 accessories furniture )
dragon city / yikloong ( kedai aluminium ) sungai chua
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.