Cara Mudah Nyah Kuman Atau Dekontaminasi Kediaman Anda Untuk Cegah Penyebaran COVID-19

Share

Perintah kawalan pergerakkan telah dijalankan oleh kerajaan selama 14 hari. Ia bertujuan memutuskan jaringan penyebaran virus COVID-19. Sehubungan dengan itu, pasti ramai mak-mak yang mengambil kesempatan ini kemas dan bersihkan keseluruhan rumah. Alang-alang dah mengemas, apa kata kita buat nyahkuman sendiri. Baru lah rumah bersih TOTAL.

Suhazeli.com berkongsi cara menyahkuman atau DEKONTAMINASI paling mudah untuk masjid dan surau. Kaedah ini juga sesuai untuk kediaman anda.

Sebab ramai masyarakat di luar sana bertanyakan cara² nak membersihkan/menyahkuman atau bahasa saintifiknya DEKONTAMINASI masjid/surau di kawasan kediaman masing² sempena musim COVID-19 ini, dimaklumkan tatacara dekontaminasi masjid/surau.

Adakah wajib buat?
? Wajib buat jika terdapat kes positif di sesuatu tempat itu.
? Tidak wajib. Tetapi dengan mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan ini, bolehlah dilakukan. Terutama sekali masjid atau surau yang selalu menjadi tempat persinggahan solat orang ramai. Jika masjid atau surau kampung yang tidak jadi tumpuan kepada pengunjung luar, tidak mendesak untuk dilakukan dekontaminasi ini. Namun jika nak buat apa salahnya? Sekali dalam seumur hidup masjid atau surau!

AJK masjid/surau boleh buat sendiri dengan syarat peralatan mencukupi dan pakai PPE yang lengkap.

TATACARA DEKONTAMINASI MASJID/SURAU


1. Sebelum memulakan kerja-kerja dekontaminasi perlulah memakai pakaian perlindungan diri iaitu apron, mask, sarung tangan dan kasut bertutup.
2. Sediakan bancuhan Sodium Hypochlorite Contoh senang ingat adalah jenama clorox. Bancuhan yang perlu dibuat adalah 1:10. Maksudnya 1 botol clorox dicampur dengan 9 botol air biasa. Tidak perlu masak air tersebut, sebab bukan untuk minum.
3. Tanggalkan semua kain langsir dan direndam dalam rendaman bancuhan clorox tadi selama 20 minit. Kemudian dibasuh seperti biasa. Lepas itu jemur supaya kering.
4. Peralatan di masjid/surau seperti alquran, buku-buku, meja, almari serta perabot-perabot lain perlu dilap dengan menggunakan bancuhan clorox yang sama.
5. Dinding masjid/surau hendaklah dilap dengan bancuhan clorox dari atas ke bawah.
6.
Sekiranya karpet masjid/surau mudah alih atau boleh ditanggalkan, lantai hendaklah dimop dengan bancuhan clorox. Karpet yang ditanggalkan perlu disembur clorox kemudian dijemur. Untuk mudah gunakan alat penyembur racun yang baharu dibeli.
7. Sekiranya karpet tidak dapat ditanggalkan, sembur karpet dengan clorox dan dibiarkan kering.
8. Akhir sekali, biarkan semua peralatan yang telah disembur/dilap kering dengan pengudaraan semulajadi (tutup kipas dan buka tingkap). Jangan buka aircond pulak!
Published by
Impiana