Cara Mudah Pastikan Dapur Kekal Bersih, Wangi & Selesa, Ini Panduan Paling Asas! Pepatah ada menyatakan bahawa ‘The Kitchen is the heart of the home’. Ruang dapur memainkan peranan penting yang tersendiri dalam mewujudkan kebahagiaan dan keselesaan seisi keluarga bagi sesebuah kediaman.
Penting bagi setiap pemilik kediaman untuk memastikan ruang dapur bukan sahaja berfungsi dengan baik, praktikal, ergonomik dan kondusif malah sentiasa dalam keadaan bersih, wangi dan selesa apabila berada di ruang ini.
1. Jangan biarkan pinggan mangkuk bertimbun, penuh satu sinki tak bercuci. Cuci bersih pinggan mangkuk dan segala peralatan dapur, pastikan dilap kering sebelum disimpan.
Perkakasan dapur seperti air fryer, mikrowave dan ketuhar pula perlu selalu dibersihkan setiap kali digunakan. Jangan biarkan kotoran di dalamnya tidak dicuci.
2. Jangan bertangguh, jadikan rutin buang sampah setiap hari. Cuci tong sampah sekurang-kurangnya sekali seminggu dan sebaiknya gunakan cecair peluntur bagi menghilangkan bau busuk. Bersihkan juga sisa makanan yang tersekat pada celah lubang sinki. Jadikan rutin cuci dengan soda bikarbonat dan air panas untuk membersihkan sinki sekaligus mengelakkan bau busuk.
3. Guna papan pemotong untuk fungsi kegunaan berbeza. Asingkan untuk kegunaan seperti papan pemotong daging, papan pemotong sayur dan buah.
Bersihkan papan pemotong ini dengan soda bikarbonat serta garam serta gosokkan dengan lemon untuk menjamin kebersihannya.
4. Jadikan kebiasaan lap dan mop segala sisa minyak yang terpercik setiap kali selepas memasak. Seperti di lantai, kaunter top, jubin backsplash, cooker hood dan hob.
Guna campuran cuka,soda bikarbonat, air panas, pencuci lantai atau pencuci pinggan, berkesan dalam menghilangkan kesan berminyak tersebut.
5. Pastikan dapur mempunyai ruang pengudaraan secukupnya. Buka tingkap dengan luas ketika memasak dan pasang penyedut asap bagi menghilangkan bau masakan di dapur.
Boleh guna semburan lemon, cengkih atau serai dan letakkan daun pandan di dalam peti sejuk atau sudut dapur bagi memberi aroma semulajadi yang menyegarkan.
Untuk lebih mudah boleh juga bakar lilin aromaterapi atau titiskan minyak pati (Essential Oil) dengan bauan segar seperti Lavender, citrus, peppermint, tea tree,bergamot, Eucalyptus dan sebagainya selesai membersihkan dapur.
6. Tukar langsir dapur dan kain lap dengan kerap. Kain lap dapur akan lebih bersih, bebas bau dan bakteria apabila direndam seketika di dalam air panas yang mendidih dan dicampur dengan cecair pencuci serta cuka.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: 6 Tip WAJIB Tahu Untuk Pilih Langsir Yang Sesuai Untuk Dapur
Baca Lagi Di Sini:7 Tip Mengemas Pantas Waktu Pagi Agar Tidak Stress Rumah Bersepah Macam Tongkang Pecah
Artikel Menarik:5 Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tapi Cantik
IMPIANA: Jadi jika inginkan ruang dapur dalam keadaaan sentiasa bersih, wangi dan selesa untuk digunakan, pastikan ikut panduan asas yang dikongsikan ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.