Dekorasi

Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya!

Share

Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya! Bila pintu plywood rumah di rumah berlubang-lubang dan pecah sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.

Boleh cuba baiki sendiri pintu Plywood yang pecah ikut cara yang dikongsikan oleh Abu Aqil sebagai panduan;

Hari Ini Tukang repair plywood door pecah.Kos barang dalam ±RM70.Harga pintu plywood ni RM200. Mahal banding pintu plywood biasa sebab kat bahagian bawah pintu ni ada louver untuk ventilation.

Pintu ni pecah sebab tersiku.

Bahan Diperlukan:

Kertas Pasir
Wood filler 
Potongan Kotak
PU foam 

Langkah 1:

Potong terus plywood yang dah pecah.

Potong 45° keluar, di keliling lubang. Ini supaya wood filler yang akan digunakan nanti akan lebih mencengkam ke plywood pintu ni dan kurangkan risiko rekahan di keliling lubang.

Gosok dengan kertas pasir di keliling lubang.

Langkah 2:

Sumbat potongan kotak di dalam pintu di keliling lubang. ini bagi membantu penggunaan PU foam selepas ini.

Langkah 3:

Spray PU foam sehingga ia memenuhi ruang dalam lubang.

Langkah 4:

Selepas beberapa jam PU foam mengeras (tak keras mana pun, jadi macam span yang agak tumpat je) Potong lebihan foam supaya rata dengan pintu.

Gunakan scrapper yang lebih lebar daripada lubang sebagai rujukan. pastikan foam tu ada gap 2-3mm daripada scrapper supaya wood filler yang akan digunakan selepas ini dapat betul-betul rata dengan permukaan pintu.

Langkah 5:

Guna scrapper untuk ratakan wood filler. Pastikan guna scrapper yang lebih lebar daripada lubang dan masa tarik scrapper tu, terus tarik dari kanan ke kiri, jangan berenti tengah jalan. ulang banyak kali sampai rata.

Tunggu sehingga wood filler ni kering. Sebab lepas kering, mungkin ada rekahan seperti dalam gambar ni. Ulang semula proses ratakan wood filler.

Langkah 6:

Ni wood filler dah kering dan takda rekahan lagi.

Gosok kertas pasir sehingga halus mulus.

Langkah 7:

Terus boleh cat! gambar ni cat basah lagi. Lepas kering dah takda beza.

Puas hati sangat ni first time buat..langsung takda kesan pecah tu. Alhamdulillah!

Mesti Baca:Pintu Pagar ‘Standard’ Tampak Eksklusif Dengan Idea Ini, Bajet Pun Rendah!
Baca Lagi Di Sini:TUKAR Pintu Bilik/Rumah PILIH Tuil Jenis Pemegang (Handle) Berbanding Tombol (Knob)
Artikel Menarik:Cipta Ruang Simpanan Tambahan Pada Pintu Kabinet Dapur, DIY Guna Barang RM2.40 Je!

IMPIANA: Begini rupanya, nak baiki sendiri pintu plywood yang pecah. Memang jimat kos. Takda kesan pecah pun dan paling penting tak perlu tukar pintu baru.

Sumber: Abu Aqil

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab