Cara Mudah ‘Repair’ Pintu Plywood Pecah Berlubang Kos ±RM70, Puas Hati Hasilnya! Bila pintu plywood rumah di rumah berlubang-lubang dan pecah sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.
Boleh cuba baiki sendiri pintu Plywood yang pecah ikut cara yang dikongsikan oleh Abu Aqil sebagai panduan;
Hari Ini Tukang repair plywood door pecah.Kos barang dalam ±RM70.Harga pintu plywood ni RM200. Mahal banding pintu plywood biasa sebab kat bahagian bawah pintu ni ada louver untuk ventilation.
Potong 45° keluar, di keliling lubang. Ini supaya wood filler yang akan digunakan nanti akan lebih mencengkam ke plywood pintu ni dan kurangkan risiko rekahan di keliling lubang.
Gosok dengan kertas pasir di keliling lubang.
Langkah 2:
Sumbat potongan kotak di dalam pintu di keliling lubang. ini bagi membantu penggunaan PU foam selepas ini.
Ads
Langkah 3:
Spray PU foam sehingga ia memenuhi ruang dalam lubang.
Langkah 4:
Selepas beberapa jam PU foam mengeras (tak keras mana pun, jadi macam span yang agak tumpat je) Potong lebihan foam supaya rata dengan pintu.
Gunakan scrapper yang lebih lebar daripada lubang sebagai rujukan. pastikan foam tu ada gap 2-3mm daripada scrapper supaya wood filler yang akan digunakan selepas ini dapat betul-betul rata dengan permukaan pintu.
Ads
Langkah 5:
Guna scrapper untuk ratakan wood filler. Pastikan guna scrapper yang lebih lebar daripada lubang dan masa tarik scrapper tu, terus tarik dari kanan ke kiri, jangan berenti tengah jalan. ulang banyak kali sampai rata.
Tunggu sehingga wood filler ni kering. Sebab lepas kering, mungkin ada rekahan seperti dalam gambar ni. Ulang semula proses ratakan wood filler.
Langkah 6:
Ni wood filler dah kering dan takda rekahan lagi.
Gosok kertas pasir sehingga halus mulus.
Ads
Langkah 7:
Terus boleh cat! gambar ni cat basah lagi. Lepas kering dah takda beza.
Puas hati sangat ni first time buat..langsung takda kesan pecah tu. Alhamdulillah!
IMPIANA: Begini rupanya, nak baiki sendiri pintu plywood yang pecah. Memang jimat kos. Takda kesan pecah pun dan paling penting tak perlu tukar pintu baru.
Apabila memasuki bangunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Buah nanas Sarawak adalah antara nanas terbaik di Malaysia yang dikenali kerana kelazatannya. Buah ini biasanya memiliki isi yang manis dan sedikit masam, serta aroma yang kuat dan menyegarkan.
Nenas Sarawak Subur Tepi Rumah, Berbuah Besar Tanam Dalam Polibeg
Buah ini sering dimakan terus atau dibuatkan sebagai jus, dijadikan salad buah, atau bahan masakan bagi melembutkan daging. Tapi takkan lah nak makan buah ni kena pergi ke Sarawak kan? Apa kata tanam je di halaman rumah anda.
Tidak lokek berkongsi ilmu, Jodi Cholo berkongsi tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau mengunakan polibeg saja.
Tip tanam dan penjagaan nenas Sarawak
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Bila juadah berbuka terhidang, ni lah waktu terbaik si lalat menyerang. Boleh hilang mood jadinya.
Khuatir sangat lalat bertelur pada makanan. Adakalanya, dah ditutup rapi pun, boleh terlepas masuk juga si lalat ni. Jadi, apa penyelesaiannya? takkan nak dibiarkan bebas berterbangan.
Sebenarnya, banyak petua dan cara untuk atasi masalah ni. Sama ada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tapi, sebaiknya anda gunakanlah kaedah yang lebih mesra alam dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Marina Mar Mawar
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil. Letakkan sedikit air. Letakkan di atas meja makan.
“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah
Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”–Marina Mar Mawar
PETUA LAIN HALAU LALAT
Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa yang boleh diamalkan untuk halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.
1.Gunakan lilin
Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.
2.Hirisan cili
Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.
3.Daun kari
Ambil beberapa helai daun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.
4.Plastik berisi air
Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.