Cara Mudah Suburkan Semula Tanah Yang Pernah Digunakan Untuk Tanaman Baru. Tanah yang pernah digunakan untuk tanaman akan menjadi kurang subur dan kurang nutrisi apabila digunakan kembali. Ada cara mudah untuk suburkan semula tanah terpakai ini, malah tak membazir serta jimat kos apabila menggunakan tanah baru setiap kali mahu bercucuk tanam.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan NidaAina Arnidaini sebagai panduan;
Di sini saya kongsikan cara saya mengunakan tanah yang pernah digunakan.. Saya tak letak dolomite atau apa selain baja taik ayam sebab tanah ni baru sekali digunakan untuk tanam kailan dan digunakan dalam jangka masa pendek. Sekadar berkongsi dari cara saya sebab saya bukan pakar tapi pengalaman sendiri. Caranya semua ada pada gambar.
Bahan Diperlukan:
Tanah terpakai
Bekas Telur
Pasu
Baja Tahi Ayam
Cara Membuat:
1. Tanah yang pernah diguna tanam kailan.
2. Masukkan kotak atau bekas telur yang dicarik-carik untuk kurangkan penggunaan tanah yang banyak. Yang ini sesuai untuk tanam sayur berdaun seperti sawi,kailan,bayam dan seangkatan dengannya. Maksudnya untuk tanaman yang akar tak banyak sangat.
Selain bekas telur, boleh jugak ganti dengan daun-daun kering atau rumput-rumput kering.
Ads
3. Lepas kita masukkan tanah kita gaul dengan baja taik ayam peram dan biarkan seminggu atau 2 minggu. Lepas tu tanah dah ready sedia digunakan.
4.Ni belum siram lagi, seeloknya siram kerap sebelum tanah nak digunakan sebab kita nak baja taik ayam tadi larut dan mesra dengan tanah baru nanti kita gunakan tanah tu akar dah ada makanan untuk membesar.
5. Maka ini lah hasilnya dan jangan lupa untuk membaja seminggu sekali dengan baja daun sampai pokok membesar untuk penghasilan optimum..Insha Allah jadi.
Ads
Saya beli di kedai baja dan racun cakap ja baja taik ayam dan baja yaramila 16 16 16 sebab dedua tak de gambar memamg beli yang repack punya.
Kailan yang pertama saya tanam sebelum tanaman ke 2 ni.Kailan ni kalau ambil potong kat batang dan tinggalkan akar, boleh naik semula. Tapi jangan terlampau bawah tinggal 2 ke 3 daun bawah potongnya. Saya buat macam tu, boleh harverst sampai ke 4x. Baja setiap minggu jangan lupa.
Tanaman hias memang boleh membuat rumah kelihatan lebih segar dan cantik. Namun, perlu diperhatikan bahawa ada beberapa jenis tanaman hias yang boleh menarik semut datang ke rumah.
Berikut adalah 4 tanaman hias yang boleh membuat semut di rumah bertambah banyak:
Bunga Mawar
Bunga mawar sering kali menjadi kegemaran para semut. Hal ini disebabkan oleh nektar manis yang dihasilkan bunga mawar, yang merupakan makanan kegemaran semut. Jadi, jika anda mempunyai bunga mawar di rumah, tidak hairanlah jika semut sering muncul di sekitar bunga tersebut.
Bunga Melati
Bunga Melati via Pexels
Bunga melati juga merupakan salah satu tanaman hias yang boleh menarik perhatian semut. Aroma harum yang dikeluarkan oleh bunga melati ternyata mengandungi zat yang disukai oleh semut. Oleh sebab itu, semut sering kali kelihatan di sekitar tanaman melati.
Bunga Kamboja
Bunga Kemboja foto via Pexels
Bunga kamboja, dengan nektarnya yang manis, menjadi magnet bagi semut. Nektar ini menarik semut untuk datang dan mengerumuni bunga kamboja. Jika anda menanam bunga kamboja di halaman atau taman, berhati-hatilah dengan kehadiran semut.
Bunga Orkid
Bunga Orkid Foto Via Pexels
Bunga orkid juga tidak terkecuali daripada perhatian semut. Nektar yang dihasilkan bunga orkid mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang tentunya sangat disukai oleh semut. Oleh itu, bunga orkid sering kali menjadi tempat berkumpulnya semut.
4 Tanaman Hias ‘Penarik’ Semut, Jangan Pelik Kalau Bertambah Banyak Di Rumah
Cara Mengatasi Semut di Sekitar Tanaman Hias
Jika anda mengalami masalah dengan semut yang banyak di sekitar tanaman hias, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya:
Gunakan larutan air dan cuka untuk menyembur kawasan yang sering didatangi semut.
Taburkan serbuk kopi di sekitar tanaman hias untuk menghalau semut.
Gunakan kapur semut yang boleh didapati di kedai-kedai untuk membuat garisan penghalang bagi semut.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA : Dengan mengetahui jenis-jenis tanaman hias yang boleh menarik semut, anda boleh lebih berhati-hati dalam memilih tanaman untuk diletakkan di rumah. Pastikan juga untuk kerap merawat dan menjaga kebersihan tanaman hias agar tidak menjadi sarang semut.
Kacang tanah adalah tanaman yang boleh dikatakan mudah untuk ditanam. Namun, untuk menghasilkan kacang tanah yang banyak dan berkualiti agak sukar. Sebenanrya ia memerlukan teknik dan tekniknya tidaklah terlalu sudah. Nak tahu macam mana nak tanam kacang tanah dengan teknik yang betul, apa kata kita ikut cara Norainizam Nizam ini.
1. Penyediaan tanah dan batas
Tanah yang terbaik untuk penanaman kacang tanah ialah dari jenis yang berpasir. Kacang tanah boleh tanam di dalam pasu atau polibeg tetapi lebih mudah untuk diuruskan di atas batas. Ini kerana, tanaman kacang perlu kerap melakukan tambakkan terutamanya pada sulur yang baru kelur. Disamping itu juga, bekas atau batas tanaman kacang tanah perlu bersih dan tidak mempunyai sebarang rumpai untuk mengurangkan masalah kekurangan nutrien yang boleh merencatkan pertumbuhan dan hasil kacang tanah.
2. Penyediaan benih kacang tanah
Benih yang berkualiti boleh diperoleh dari kacang yang segar atau yang baru di tuai. Kupas kulitnya dan ambil biji kacang didalamnya. Sebelum semai biji benih kacang tanah, pastikan batas terhindar dari semut kerana ia merupakan perosak utama biji benih. Semut suka makan kacang tanah. Jika menggunakan kacang tanah yang dibeli dipasaran, ia perlu direndam 2-3 jam. Hanya biji benih yang tenggelam sahaja di ambil untuk semaian. yang terapung bermakna biji kacang tanah tersebut telah rosak
3. Penyediaan lubang tanaman
Sediakan lubang tanaman sedalam 1 1/2 inci dengan jarak 3/4 kaki atau sejengkal setengah bagi setiap lubang. Isi 4-5 biji benih kacang tanah bagi setiap lubang dan timuskan dengan tanah
4. Pembajaan
Sebaiknya gunakan baja organik. Selesai penyedaiaan batas, taburkan baja organik dan biarkan 1 hingga 2 minggu sebelum di semai biji benih. Pembajaan berikutnya boleh dilakukan selepas 30 hari semaian. Selepas 30 hari semai, pokok kacang tanah dah mula bercambah dan telah mencapai ketinggian 4-5 inci. Apabila pokok sudah membesar, cara pembajaan adalah dengan menyelak dan taburkan baja antara pokok. Selepas tabur, siraman perlu dilakukan segera. Pokok kacang tidak memerlukan pembajaan yang kerap.
5. Siraman
Penyiraman bergantung pada keadaan cuaca. Seeloknya 2 kali sehari. Perlu diingat jika medium tanaman yang digunakan berpasir, penyiraman perlu dilakukan lebih banyak ketika musim panas. Ini kerana, medium tanaman jenis pasir lebih cepat menyerap air namun tidak mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama. Ketika musim panas, siraman yang dilakukan hanya berupaya melembapkan permukaan tanah. Namun, bahagian dalamnya masih kering. Jadi perlu lebih lama menyiram
6. Penggunaan racun serangga
Kacang tanah tidak mempunyai sebarang ancaman serangga perosak utama. Hanya masalah smeut dan tikus yang memakan kacang.
7. Tuaian
Kacang tanah sudah boleh dituai apabila mencapai tempoh 90-100 hari. Petanda kacang tanah anda sudah sedia di tuai juga boleh dilihat apabila daunya yang lebat mula kering dan gugur. Daun dibahagian atas atau pucuk pula kelihatan kekuningan.
Semalam cili padi kampung, hari ni kita cerita pulak pasal lada solok. Lada solok banyak digunakan dalam masakkan pantai timur. Selain di buat solok lada yang enak dimakan dengan nasi kerabu, ia juga sesuai di gunakan untuk membuat young tou fu, lada jeruk dan pelbagai lagi. Rasenya lebih enak dan rangup jika dibandingkan dengan lada hijau biasa.
Tapi, biasa lah nya pokok lada. Mudah diancam dengan pelbagai penyakit yang selalu menyerang pokok cili. Oleh itu, Ben Safwam berkongsi cara untuk tanam solok lada di laman rumah sahaja tapi hasil buahnya memang lebat.
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat,tahan penyakit seperti lalat buah,bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
Semai dari anak benih atau nak senang, terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan Dah stabil dah subur. Ada stok sedikit.
Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 bag tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus.
Pokok cili suka cahaya terus.
Cara siram dan pembajaan serta tips :
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat,stop baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar.
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah ,sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.