Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak. Pokok halia antara tanaman cukup berbaloi untuk ditanam kerana mudah dijaga dan sering digunakan di dapur. Memang mudah, tak perlukan ruang yang luas, tanam halia dalam pasu boleh menjadi.

Untuk tanam pokok halia menjadi, sebaiknya tanam halia yang bertunas. Jika ada lebihan halia yang telah bertunas dalam peti sejuk, boleh cuba semai dan tanam pokok halia sendiri di rumah.

Namun jika halia masih belum bertunas, boleh buat cara begini.

CARA MUDAH HALIA BERTUNAS

1. Bungkuskan halia dalam tisu basah.
2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.

Selain itu, boleh juga guna cara tanam halia begini supaya isinya besar dan banyak.

CARA TANAM POKOK HALIA DALAM PASU

1. Sediakan pasu besar (yang boleh muat 5 – 6 beg tanah) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli di nurseri atau campur separuh tanah hitam.

2. Beli halia tua dan mempunyai banyak mata tunasnya untuk semaian terus dalam pasu/polibag. Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar. Kalau tanam halia kecil biasa lama nak tunggu dapat hasil besar.

Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak

3. Kerat halia jadi lebih kurang 3 inci panjang & tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Letak 2 ketul rizom halia untuk 1 pasu besar & dijarakkan 1 jengkal antara keduanya.

Ads

4. Tanamkan secara ‘terbaring’ / ‘terlentang’ supaya lebih banyak keluar tunas.

Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak

5. Siram 2 kali sehari (pastikan tanah tak bertakung air) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki. Kemudian baru tambah 1 beg tanah lagi, penuhkan dalam pasu.

6. Bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.

Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak

7. Boleh siram guna baja sisa dapur 2 kali seminggu. Seperti air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan.

Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak

Ads

TANDA HALIA SEDIA DITUAI:

1. Daun Mula Berubah, Menguning, atau Mati:
Jika lihat daun halia bertukar kuning atau layu, jangan panik. Ini biasanya tanda halia hampir matang.

2. Bunga Mula Muncul:
Jika bunga halia muncul, itu tanda halia sudah matang.Ini biasanya berlaku apabila pokok halia tumbuh dalam keadaan yang sangat baik.

3. Saiz Rizom:
Periksa saiz rizom dengan menggali sedikit tanah di sekeliling pokok. Jika rizom sudah besar dan tebal, ia sedia untuk dituai.

WAKTU PENUAIAN IKUT JENIS HALIA & KEGUNAAN

Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak

HALIA MUDA
Waktu Penuaian: Sekitar 4-6 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih kecil, kulit lebih lembut dan kurang berserat.
Kegunaan: Sesuai untuk digunakan segar dalam masakan kerana teksturnya lembut dan rasanya lebih ringan.

HALIA TUA/MATANG
Waktu Penuaian: 8-10 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih besar, kulit lebih tebal dan berserat. Daun mula menguning dan layu.
Kegunaan: Sesuai untuk pengeringan, penjerukan, atau sebagai rempah dalam masakan yang memerlukan rasa halia yang lebih kuat.

Ads

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

 

IMPIANA: Bagi yang nak cuba tanam halia di rumah boleh ikut panduan lengkap yang dikongsikan ini. Memang menjadi dan hasilnya, isinya besar dan banyak walaupun hanya tanam dalam pasu.

Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

Sumber: Irma Sheky, Petani Halia

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI