Tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti sayur kobis ni. Memang dapat menjimatkan belanja dapur malah sayuran juga lebih organik, tanpa racun serangga. Ada beberapa tip yang perlu dilakukan supaya kobis yang ditanam hasilnya besar dan menjadi.
Perkongsian daripada Haisya Ammar ini boleh dijadikan panduan.
Nak dapatkan kobis yang besar secara organik mudah ja.
1. Medium Tanah
Guna tanah hitam yang dicampur dengan cocopeat. Supaya aliran air dan udara lebih mudah. Akar pokok mudah membiak dan tanah tak terlalu basah. Tanah yang basah menyebabkan batang pokok cepat rosak, lembik dan mati.
2. Bekas Tanaman
Tanam dalam bekas yang besar. Lagi besar bekas tanaman, lagi besar pokok. Boleh gunakan pasu, tayar atau tanam terus ke tanah.
3. Baja
Baja organik seminggu sekali. Saya guna hampas teh, kopi, kulit bawang, baja tahi ayam dan kulit telur.
4. Penyiraman
Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Jangan siram terlalu banyak. Check tanah, kalau kering siram lebih. Masa nak siram, kalau boleh selak daun-daun tu sikit sebab kadang-kadang air tak sampai ke tanah disebabkan daun kobis yang lebar-lebar dan kalis air. Saya direct ja letak getah paip tu dalam pasu.
5. Pencahayaan
Pokok kobis perlukan cahaya matahari pagi dan petang. Jangan takut nak dedahkan pokok kepada cahaya matahari. Pokok akan layu waktu tengahari kalau cuaca terlalu panas. Tapi jangan risau, petang nanti siram pokok akan segar semula.
6. Buang daun-daun yang kuning dan rosak di bawah pokok. Daun-daun yg dah rosak tak membantu dalam proses photosynthesis.
7. Racun Organik
Cari racun organik untuk kawal serangga perosak macam ulat dan siput babi. Sesekali selak bawah daun sebab siput suka bersembunyi bawah daun. Kalau rajin malam-malam tu cari la siput tu buang jauh-jauh.
8. Kalau rajin, pagi atau petang saya asapkan kebun dengan bakar bekas telur. InsyaAllah boleh membantu untuk halau belalang, lalat buah etc.
Sekadar berkongsi pengalaman, terima kasih.
Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca: Tanam KOBIS BUNGA Lebih Cantik, Warna Putih Bersih,’Tutup’ Guna Daun!
Baca Lagi Di Sini: Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!
Artikel Menarik:Cara Mudah Tanam Kobis dalam Pasu Yang Ramai Tak Tahu
IMPIANA: Jika rajin bercucuk tanam di rumah, boleh cuba tanam pokok kobis secara organik ini. Memang menjadi, subur dan besar hasilnya.
Sumber: Haisya Ammar
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI