Cara Mudah Tanam Sayur Sesuai Untuk Rumah Di Bandar
Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.
Konsep Laman Edibel
Laman edibel adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edibel atau tanaman makanan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan.
Tanaman edibel yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.
Penanaman dalam Bekas/Pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.
Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.
Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.
Ads
Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.
Tanam Dalam Bekas Recyle
Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dan lain-lain lagi sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.
Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.
Penanaman Vertikal
Ads
Penanaman vertikal dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.
Teknik Tanaman Hidroponik
Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik.
Ads
Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan. NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik.
Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anai-anai adalah seekor serangga perosak yang memakan kayu-kayu dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakkan pada rumah kita. Di dunia ini, ada 3 jenis anai-anai yang kita boleh kenali iaitu anai-anai kayu kering, anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut. Untuk mengesan atau nak tahu, rumah kita ada anai-anai ke tidak, selalunya jika kita ada kayu di rumah, kita boleh warna kayu tersebut berubah, ada laluan untuk anai-anai, ada kalkatu bertebangan dan terjumpa rekahan. Ana-anai ini kita seharunya cegahnya secepat yang mungkin supaya ia tidak meneruskan kerosakan pada rumah kita. Tapi tahukah anda cara mencegahnya? Tak tahu? Hmph! Lemah! Mari sini saya ajarkan untuka anda di luar sana. Kebanyakkan ada yang terus mencari racun anai-anai tapi kalau nak beli racun anai-anai itu, pastikan diperbuat dari bahan Imidacloprid. Pastikan sebelum membelinya, periksa dahulu bahannya dahulu dan pastikan ada Imidacloprid tersebut.
Akan tetapi, jika anda tidak mahu membeli racun anai-anai tersebut, boleh juga cara lain. Cara yang pertama adalah, air cucian beras. Anda hanya perlu siram air awal cucian beras pada sarang anai-anai. Prosedur ini boleh menghapuskan keupayaan anai-anai untuk membina sarang di rumah anda.
Cara yang lain pula, minyak tanah. Untuk memusnahkan dan menghalau anai-anai, semburkan minyak tanah pada sarang anai-anai atau kayu yang telah diserang anai-anai. Namun, kerana minyak tanah mempunyai bau yang kuat, ia tidak sesuai digunakan di rumah.
Cara ketiga pula, menggunakan tembakau. Walaupun tembakau ini tidak boleh diakses secara lazim, ia boleh membantu untuk menghalau anai-anai. Caranya adalah mudah sahaja dengan hanya satukan tembakau dan air dan biarkan semalaman sebelum menyiram campuran pada kayu yang terjejas atau terus pada koloni anai-anai.
Secara konklusinya, walau apa cara sekali pun yang digunakan, paling penting adalah janganlah biarkan anai-anai itu membiak terlalu lama di dalam rumah kita. Ini kerana ia akan menjejaskan rumah kita dan boleh rumah kita roboh akibatkan dimakan kayu sekiranya rumah kita diperbuat dari kayu. Maka, cepat-cepatlah cegah pembiakan anai-anai ini.
Tanam Bunga Kobis Dalam Plastik Beras, Kurang 3 Bulan Dah Boleh Tuai. Kobis memang ramai suka tanam tapi tidak bagi bunga kobis. Mungkin disebabkan waktu tuainya yang memakan masa 3 hingga 6 bulan bergantung kepada spesies. Tapi wanita ini kongsi cara tanam pokok kobis bunga yang boleh dituai tak sampai 3 bulan. Nak tahu macam mana? jom baca perkongsian Ann dalam blog nya.
Kalau di Malaysia panggil bunga kobis, orang Indonesia panggil bunga kol dan orang putih pula panggil cauliflower.
Suka makan bunga kobis tak? Kalau suka, apa kata tanam sendiri di rumah anda. Tanam sendiri lagi best. Sah-sah tak guna racun atau bahan kimia yang terlarang. Mudah sahaja, mari saya tunjukkan kepada anda cara-cara menanam bunga kobis.
1. Beli biji benih bunga kobis. Saya gunakan brand Green World. Brand ni memang dipercayai. Insyaallah, kalau semai pasti hidup. RM3.50 sahaja sepeket dan ada 200 biji benih
2. Semaikan biji benih bunga kobis dalam bekas semaian atau pasu dan letakkan di tempat yang teduh. Siram apabila tanah kering sahaja. (Saya cuma menggunakan medium semaian yang ada didepan mata).
Gambar rajah1 – 7 Oktober 2009, biji benih bunga kobis disemai
Gambar rajah 2 – 9 Oktober 2009, biji benih mulai bercambah
Gambar rajah 3 – 11 Oktober 2009, Anak pokok Kobis telah jelas kelihatan (letakkan di tempat yang panas)
3. Setelah anak pokok bunga kobis berusia seminggu, alihkan anak pokok bunga kobis ke dalam polybag yang besar ataupun guni beras. Nak guna pasu pun boleh asalkan pasunya besar dan dalam. Saya cuma gunakan guni beras. Recycle benda yang sedia ada tak perlu membazir.
Siram anak pokok dengan dengan baja fertigasi 3 kali sehari (pagi, petang & malam)
4. Anak pokok bunga kobis yang berusia sebulan lebih
5. 16 Disember 2009 – Pokok bunga kobis telah membesar
6. Dan akhirnya, saat-saat yang paling ditunggu. Pokok bunga kobis menampakkan hasilnya.
7. 19 Januari 2010, bunga kobis telah matang dan sedia untuk dituai
8. Setelah bunga kobis dituai, jangan biarkan pokoknya mati. Jaga dan siram seperti biasa. Kerana pokok induk ini akan mengeluarkan anak pokok di batangnya. Cantas anak pokok itu dan tanam nya serta merta di tempat lain. Tak perlu menyemai dari biji benih dan pokok lebih cepat membesar.
Sumber:http://annfrendlygarden.blogspot.my
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Kelawar adalah spesis haiwan misteri, tidak banyak yang tahu mengenainya dan tidak ramai yang menyukai haiwan ini kerana kita sering mengaitkan haiwan ini dengan perkara yang tidak baik. Malahan wajah kelawar yang agak mengerunkan juga membuatkan ramai yang takut dan gerun dengan haiwan ini.
1. Mamalia yang boleh terbang
Seperti mamalia lain, bayi kelawar diberi nutrisi daripada susu ibu kelawar. Kelawar biasanya mempunyai seekor anak dalam satu masa walaupun beberapa spesis mampu melahirkan 3 hingga 4 sekaligus.
Tiada mamalia lain yang mampu terbang, selain kelawar. Terdapat beberapa spesis mamalia termasuklah tupai ia hanya boleh meluncur tetapi tidak boleh terbang.
Untuk membolehkan kelawar terbang, haiwan ini menghadam makanan yang dimakan dengan sangat cepat, sehinggakan menyahtinja dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan. Wow…. kalau manusia macam ni slim la ye!
2. Tidak semua kelawar buta
Hanya spesis kelawar yang kecil menggunakan kaedah ekolasi untuk orentasi diri atau bergerak. Namun bagi kelawar yang lebih besar, penglihatan mereka lebih tajam dari manusia. Penglihatan yang tajam ini juga boleh memudaratkan kepada kelawar ini. Sebagai contoh, kelawar mungkin akan terbang ke aras tingkap kerana ternampak cahaya di sebalik tingkap, walaupun ekolasinya memberitahu bahawa permukaan tingkapnitu adalah legap.
3. Lebih daripada 1,200 spesis Kelawar
Kelawar biasanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Megachiroptera iaitu kelawar yang lebih kecil sering dijumpai di seluruh dunia.
Ia mempunyai pelbagai saiz iaitu yang paling besar iaitu spesis giant flying fox seberat 1.2 kilogram dan bukaan sayap sepanjang 1.7 meter, kepada kelawar bersaiz tersangat kecil dengan bukaan sayap 15cm.
4. Menarik lagi tak semua kelawar bergantung terbalik
Hampir semua spesis kelawar yang bergantung secara terbalik, di mana kaki mereka berubah menjadi relaks dalam keadaan mencengkam yang mana sukar untuk kita bayangkan.
Apabila kelawar hendak terbang ia akan melepaskan cengkaman kakki dan mendapatkan momentum terbang ketika jatuh kerana kaki dan sayapnya yang kecil tidak mampu memberikan kebolehan terbang seperti burung.
5. Najis kelawar boleh jadikan bahan letupan
Najis kelawar juga dikenali sebagai guano, mempunyai kandungan kalium nitrat (saltpeter) yang tinggi dan biasanya digunakan sebagai baja. Namun, saltpeter juga boleh diekstrak dan digunakan untuk menghasilkan serbuk letupan dan bahan peledak.
Selain itu, najis kelawar juga merupakan sumber yang penting dalam tujuan ini ketika Perang Saudara Amerika, ia digunakan untuk memelihara fosil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.