Cara Mudah Tanam Sendiri Pokok ‘SWEET BASIL’ Guna Keratan Batang

Share

Bagi penggemar herba ‘Sweet Basil’ ada caranya untuk tanam sendiri pokok ini di halaman rumah. Mudah sangat hanya guna keratan batang daun sweet basil yang kita beli di pasaraya dan boleh terus tanam. Hasilnya pun puas hati, memang mudah dijaga dan elok merimbun daunnya.

Lagi-lagi bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese pasta, memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.

Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Hanapi

ini sebagai rujukan;

Ini Cara Tanam Sweet Basil Guna Keratan Batang

1. Beli sepeket sweet basil di Pasaraya.

2. Buang semua daun kecuali bahagian pucuk yang paling atas sekali, kemudian cucuk ke dalam tanah.

3. Siram, kemudian letak di tempat yang dapat cahaya tapi bukan ‘direct’ matahari selama 3 hari.

4.Selepas itu, baru letak pada bawah cahaya matahari.

5. Ini hasilnya selepas 10 hari.

Info Ekstra

  • Jika ingin daun sweet basil subur merimbun, patahkan bahagian pucuk anak pokok tersebut belah atas sekali.

  • Boleh lihat hasilnya selepas 4-5 hari, ia akan bercabang dua pada pucuk yang telah dipatahkan sebelum ini.

  • Salah satu sebab ‘sweet basil’ ini senang dijaga kerana ia tidak disukai oleh serangga perosak. Jadi pokok sweet basil ini sangat mudah ditanam.

Bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese Pasta memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.

Daun Selasih adalah ‘Thai Basil’ bukan Sweet Basil, namun cara menanamnya juga sama seperti ini.

Semoga Bermanfaat!

Selamat Mencuba.

IMPIANA: Begini rupanya nak tanam herba ‘sweet basil’ ni. Mudah je, boleh tanam guna keratan batang je, malah segar merimbun.

Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga


Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Sumber: Hamizah Hanapi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab