Rupanya mudah je nak tanggalkan wallpaper di rumah. Hanya guna softlan dan air panas je. Menariknya bila buat macam ni, wallpaper sangatlah mudah ditanggalkan dan paling penting tak meninggalkan kesan gam pun. Cat tetap elok dan tak terkopek.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan dalam video TikTok Shah_gegarini sebagai panduan;
Bahan Diperlukan:
Softlan
Scraper (Pengikis)
Botol Spray
Air Panas
Cara Membuat:
1.Masukkan air panas ke dalam botol air.
2.Kemudian masukkan sedikit softlan.
Ads
3.Masukkan pula air paip.
4.Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
Ads
5.Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray tadi.Biarkan kembang seketika.
6.Kemudian guna scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
7.Hasilnya memang terbaik. Wallpaper mudah ditanggalkan dan tidak meninggalkan kesan, cat tertanggal atau terkopek pun.
Membuang sampah yang ada di rumah ada adabnya. Meskipun hanya membuang sampah, sisa dapur mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara yang betul dan selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan;
Cara Membuang Sisa Kaca/Cermin atau Benda Tajam
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Kemas Dalam Keadaan Kering
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Guna Tong Biskut/ Botol Sabun Untuk Serpihan Kecil
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Guna Kotak Untuk Serpihan Besar
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut Kotak & Label Besar-Besar
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
IMPIANA: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Anda masih mencari-cari mesin pembuat ais batu yang terbaik di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan? Apa kata anda dapatkan mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini.
Apa yang menariknya mengenai mesin pembuat ais batu ini, ia didatangkan dengan pelbagai fungsi teknologi yang canggih dan sangat mudah untuk digunakan.
Ingin tahu mengapa mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini adalah yang terbaik? Ini kerana, ia mampu menghasilkan seberat 15kg ais batu dalam tempoh masa 24 jam!
Dengan kemampuan yang dimilikinya itu, mesin pembuat ais batu ini disifatkan sebagai sebuah barangan elektronik yang terbaik dan berinovasi tinggi.
Untuk maklumat anda, mesin pembuat ais batu keluaran jenama HICON ini ada pelbagai jenis varian model yang boleh anda pilih dan dijual dengan harga sekitar RM299 sehingga RM429 sahaja tidak termasuk dengan kos penghantaran.
Jika anda mahu mendapatkan mesin pembuat ais seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Twitter Local Network
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
PASTI ramai dalam kalangan kita akan berasa kecewa apabila lantai sudah dimop bersungguh-sungguh tetapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Hal ini kebiasaannya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles).
Namun, kaedah yang dikongsikan oleh Heze Zamri ini sangat bagus dan praktikal. Hanya mengunakan pencuci pinggan untuk mop lantai tiles di rumah. Hasilnya memang bersih berkilat. Menurut beliau lagi, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Ini Perkongsiannya :
Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & Berkilat
Sekadar sharing 🤭☺️
Petua nak bagi licin Dan kilat tiles rmh uols, guna sunlight je gaisss 👍🏻😂 buh sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar utube 🤪
Petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Oh ye Petua ni di sharing oleh saudara ibunda yg duk KL sbb dia mmg contractor cleaning services, Dan kebetulan dia xcukup kakitangan utk Bantu akakcomel so dia share laa Petua ni, thank you uncle Hussin 😘
Inilah hasilnya selepas dibersihkan. Memang berkilat kan.
Lepas ni senang dan jimatlah, boleh beli satu sabun untuk dua kegunaan terus. Sangat praktikal kan?. Selamat mencuba!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.