Rupanya mudah je nak tanggalkan wallpaper di rumah. Hanya guna softlan dan air panas je. Menariknya bila buat macam ni, wallpaper sangatlah mudah ditanggalkan dan paling penting tak meninggalkan kesan gam pun. Cat tetap elok dan tak terkopek.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan dalam video TikTok Shah_gegarini sebagai panduan;
Bahan Diperlukan:
Softlan
Scraper (Pengikis)
Botol Spray
Air Panas
Cara Membuat:
1.Masukkan air panas ke dalam botol air.
2.Kemudian masukkan sedikit softlan.
Ads
3.Masukkan pula air paip.
4.Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5.Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray tadi.Biarkan kembang seketika.
Ads
6.Kemudian guna scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
7.Hasilnya memang terbaik. Wallpaper mudah ditanggalkan dan tidak meninggalkan kesan, cat tertanggal atau terkopek pun.
Resipi semburan pelbagai fungsi supaya kediaman bebas habuk menjadikan kediaman berada dalam keadaan bersih. Jika lama sikit tidak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)
Setiap orang punya rumah impian. Namun, atas dasar dan keterbatasan tertentu membuatkan beberapa impian tidak dapat direalisasikan. Seperti yang dilakukan oleh En. Amiruddin Bojot Othman Raget Memiliki sebuah kediaman lengkap dengan landskap yang menghijau menjadi idaman sejak dahulu lagi. Namun, apakan daya. Kediaman yang dimiliki merupakan sebuah rumah teres lot tengah yang mempunyai ruang yang amat terhad.
namun, itu tidak menyebabkan cita-cita en Amiruddin terpadam begitu sahaja. Keinginanya terus membara. Selepas melihat sekeping canopy yang bertakung air, En. Amiruddin mendapat ilham untuk mereka bentuk sebuah kolam cetek di atas lantai yang berturap. Ini cara-cara yang dilakukan En. Aminuddin untuk membina kolam ikan idamanya.
CARA BUAT KOLAM IKAN DIY
1. Bata tu dibersihkan dengan berus dawai untuk kurang kan permukaan tajam yang halus.
2. Untuk lavel 1, Susun bata tu ikut bentuk yg kita mahukan. Sebaiknya, jangan banyak selekoh macam pulau. Ia akan menyebakan kesukaran untuk membentuk lay out canvas. Bata yang Lavel 1 tak perlu di gam pada lantai. ia akan menyebabkan permukan jubin rosak.
3. Lupa nak bagi tahu gam tu beli dekat hardware. Sebiji macam gam silikon untuk atap zink yang guna gun. Tapi cakap kat kedai tu, nak yang kuat dan boleh lekat pada permukaan batu atau simen.
4. Untuk bata lavel 2, letakan gam diatas bata lavel 1 kemudian baru letakan bata lavel 2. Susun sehingga penuh lavel 2.
5. Lay out canvas. Gunakan canvas yang tebal. Canvas ni boleh di dapati di kedai hardware. Saya beli yang dijual ikut meter.
6. Hati-hati bentang canvas. Jangan paksa. Jika tidak, ia akan memudahkan camvas terkoyak atau bocor. Bila kedudukan canvas telah tetap seperti yang dimahukan, Gam kan hujung canvas pada bata level 2
7. Bila dah letakkan gam pada canvas, letakkan juga gam padabatu yang akan ditindih pada lavel 3.
SISTEM TAPISAN DAN PAM
1. Beli pam motor akuariuma yang berharga RM 50++. Nak beli yg mahal lagi elok keran ia lagi kuat kerana tekananya lagi tinggi . Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan arus air lebih kuat di dalam kolam
2. Gunakan paip pvc yang warna kelabu. gunakan T joint untuk mengaggihkan saliran air ke penapis dan air pancut.
3. Sambungkan valve ke paip air pancut untuk control ketinggian air pancut. Jika kurang tekanan air ke air pancut, maka air akan pergi ke saluran paip ke penapis.
4. Hujung paip air pancut tu dtutup menggunakan stopper pipe. Tebuk la lubang pada batang paip ikut kreativiti untuk membentuk pancuran
5. Untuk filter, bekasnya saya guna bekas tapis berlubang macam untuk hamper. Kemudian diisi dengan kapas fiber yang dibeli dari kedai akuarium.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda mempunyai pewangi gel seperti ini, tidak kisah apa jenis jenama pun di rumah tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang pernah ada mempunyai pewangi gel yang seperti ini di rumah.
Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang terus membuang pewangi gel ini setelah ia kering dan habis digunakan. Tetapi tahukah anda, pewangi gel yang telah kering ini masih boleh digunakan lagi dengan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan.
Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara-cara untuk melakukannya. Jangan bimbang, caranya mudah sahaja! Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Langkah 1 – Kumpulkan semua pewangi gel yang telah kering dengan jenis bauan yang sama.
Langkah 2 – Kemudian, bahagian pewangian gel yang telah kering itu dipotong kecil dengan menggunakan pisau atau gunting.
Langkah 3 – Letak dan susun cantik-cantik dalam cawan kaca kecil.
Langkah 4 – Akhir sekali, tambahkan sedikit air ke dalam cawan tersebut. Mudah bukan?
Setelah siap, anda boleh letakkan cawan tersebut di mana-mana sudut dalam ruang rumah misalnya di singki bilik air, tandas, dapur dan sebagainya. Memang konfirm satu rumah akan berbau wangi nanti.
Foto: Carian Facebook
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.