Pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu di laman rumah apabila semakin membesar memerlukan ruang yang lebih selesa. Ini bagi memastikan akar pokok dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa dan membantu tumbesaran pokok yang lebih baik.Salah satu cara dengan memindahkan pokok-pokok tersebut pada pasu yang lebih besar atau tanam terus ke dalam tanah.
Namun demikian, kebiasaannya sukar untuk memindahkan pokok dari dalam pasu ke bekas yang lebih besar, kerana tanahnya yang telah padat dan keras. Cara yang selalu dilakukan bagi memindahkan pokok ini dengan mengorek tanah sedia ada di dalam pasu.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk pindahkan pokok pada pasu yang lebih besar, tanpa perlu mengorek tanah atau memecahkan pasu sedia ada. Malah cara ini lebih praktikal, pasu lama juga boleh digunakan.
Tong Cat/ Baldi
Air Secukupnya
Tanah
Pasu
Leca Ball
1. Mula-mula, isikan air memenuhi tong cat atau baldi tersebut.
2. Masukkan pula pokok ke dalam tong cat/ baldi tadi. Pastikan tanah dalam pasu terendam dan biarkan seketika.
3. Selepas itu, keluarkan pokok tersebut daripada tong cat/ baldi tadi.
4. Ketuk sedikit pasu dan cuba longgarkan tanah dalam pasu bagi mengeluarkan pokok.
5.Ambil pasu yang lebih besar masukkan tanah sehingga separuh bahagian.
6.Kemudian, masukkan pasu kecil tadi dan tekap ke dalam tanam pada pasu yang besar. Ia bagi membentuk ‘cetakan’ dan memudahkan pokok ditanam nanti.
7.Selepas itu, masukkan pokok dan ratakan tanah dengan kemas.
8.Akhir sekali, boleh juga tambahkan ‘Leca Ball’ pada bahagian atas permukaan. Ia berfungsi seperti tanah untuk menyimpan air selain mencantikkan pasu.
9. Siram pokok seperti biasa.Siap!
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
IMPIANA: Mudah sangat untuk tukar pasu pokok ikut cara yang dikongsikan ini. Barulah ia dapat menggalakkan pembesaran pokok & akar pokok pun dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa.
Mesti Baca: Bahaya Tanam Pokok Betik Dekat Rumah, Akarnya Boleh Buat Lantai Dan Longkang Pecah
Baca Lagi Di Sini: TIP Penting Tanam Pokok TOMATO Menjadi, Hidup Subur Lebat Berbuah!
Artikel Menarik:Recycle Tanah Lama Dalam Pasu Untuk Tanam Pokok Baru, Suburkan Tanah Semula Dengan Tip Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.