Sudah bermacam-macam cara dan teknik untuk masak daging sampai empuk dilakukan tetapi setelah selesai memasak, hasilnya daging masih lagi kenyal dan liat. Kadang-kala sampai berjam-jam ambil masa untuk masak daging. Kalau anda peminat daging goreng memang bercinta lah nak makan kalau tak beli daging batang pinang.
Tak akan lah asyik nak beli daging batang pinang sahaja kan. Jom IMPIANA kongsikan tip mudah nak masak lauk daging kegemaran anda supaya daging cepat empuk dan masak dengan sempurna.
Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, jadi sudah pasti ramai yang mahu cara mudah untuk memasak daging supaya empuk untuk dijadikan sebagai menu juadah berbuka puasa. Maklumlah, kalau boleh sepanjang bulan Ramadan kita berpuasa sentiasa mahu lakukan perkara yang lebih mudah serta menjimatkan masa.
Ada pula yang kata nanti pakai ‘pressure cooker’ kan senang. Ye! benar tapi tak semua mampu milikinya. Tidak mengapa, sesiapa yang memiliki barangan elektronik ini di rumah, kira beruntung lah anda! Tetapi yang masih belum memiliki periuk ini, IMPIANA kongsikan cara mudah yang ‘confirm’ daging lembut.
Tip masak daging lembut tanpa ‘pressure cooker’, sewaktu memasak daging anda disarankan untuk meletakkan sudu besi di dalam kuali tersebut. Tidak perlu lah guna sudu besar, sudu yang kecil pun dah memadai.
Jadikan ia seolah-olah anda masak daging tersebut bersama sudu sekali. Kalau anda tidak percaya, anda boleh mencuba cara ni di rumah. Nanti kongsikan pengalaman anda masak daging bersama IMPIANA ye.
Foto: Sumber Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 5 Langkah Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Banjir Kilat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI