Apabila mesin basuh pakaian sudah lama digunakan sehingga bertahun-tahun lamanya, pasti ia sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan memberikan pembersihan yang maksimum.
Tahukah anda, masalah sedemikian boleh berlaku oleh kerana anda tidak pernah mencuci ‘drum’ mesin basuh anda sebelum ini? Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang pernah mencuci mesin basuh tetapi terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk terpaksa berbelanja besar jika mahu mencuci ‘drum’ mesin basuh yang sedia ada di rumah anda kerana sudah ada kaedah yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga amat mudah untuk dilakukan, menarik bukan? Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di mana-mana cawangan kedai ECO Shop di seluruh Malaysia.
Bagi anda yang kali pertama mahu mencuci mesin basuh di rumah, anda disarankan untuk menggunakan dua paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ tersebut dengan cuma berharga RM4.80 sahaja untuk kedua-duanya.
Lihatlah hasilnya, segala kesan kekotoran terlihat setelah anda menggunakan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini pada mesin basuh. Ini terbukti serbuk pencuci ini sememangnya amat berkesan.
Anda juga boleh mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Ceritera rakya
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Khas Buat Peminat Setia Spongebob Squarepants, Boleh Hias Akuarium Ikan Seperti Ini