
Cerita kipas lagi. Kalau sebelum ini impiana cerita pasal bagai mana nak baik puih kipas yang perlahan dan tak rasa angin [untuk atikel lengkap klik sini]. Hari ni, impiana jumpa pula lagi satu perkongsian masalah kipas oleh Hadi Mamat . Masalah kipas yang kebiasaanya ibarat sesuatu yang wajib pada kipas yang lama adalah apabiala ia berbunyi ketika berpusing. Kipas kalau berbunyai mahu bikin pecah kepala kalau berpanjangan membingitkan kediaman. Sebenarnya, penyeselain untuk masalah kipas berbunyi ni lagi mudah daripada membaiki kapasitor.
Orang rumah bising kipas siling berbunyi
1. Off kan suis kipas. Paling tidak 1 jam tak boleh jalan on atau pusing sebab bahagian enjinnya panas sangat. Nanti akan mengakibatkan susah untuk buat kerja. Salah langkah, boleh melecur. Pastikan anda guna sarung tangan jenis kain sebagai keselamatan.


2. Cabut semua wire elektrik yang bersambung dengan supplier.
3. Buka bilah kipas untuk memudahkan anda membuat kerja sama ada untuk turunkan maupun pasang semula
4. Cabut safety cable.
5. Buka skru penutup bahagian kepala kipas
6. Letak minyak hitam kereta yang baki servis kereta pada bahagian bering yang terdapat ditengah-tengah kipas. Terbalikkan supaya minyak rata
7. Cuba pusingkan bahagian kepala kipas tersebut sehingga hilang bunyi bising
8. Lapkan lebihan minyak sebelum pasang semula kipas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 ’Trick’ Rumah Sempit Yang Di Hias Sehingga Kelihatan Mewah



- Untuk mencipta rekaan ruang tamu sempit agar kelihatna mewah, hal pertama yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan cat dinding. Untuk mencipta kesan luas diruang tamu, anda harus memilih cat dengan warna dasar putih atau off white.
- Pemilihan warna yang tepat, selain memberi kesan luas pada ruang tamu ia juga mampu mencipta suasana dingin dan sejuk dirumah anda. Malah, ia mampu buatkan tetamu anda berasa nyaman dan selesa ketika berkunjung ke rumah anda.
3. Anda boleh gabungkan dua warna pada dinding anda untuk kelihatan lebih berkarakter.
4. Untuk ruang tamu yang sempit, anda disarankan tidak meletakkan terlalu banyak perabot. Ia supaya ruang tamu anda tidak sesak dengan perabot.
5. Untuk pemilihan sofa dan juga meja, anda tidak perlu memilih ukuran yang besar. Pilih sahaja meja serta sofa dengan ukuran kecil unutk menjadi alternatif dekorasi diruang tamu minimalis anda. Jangan lupa untuk menambah bantal kecil dengan pilihan warna yang berkilat untuk menambahkan kesan mewah pada ruang tamu.
6. Agar ruang tamu kelihatan lebih hidup, anda boleh meletakkan sebuah pasu bunga yang berisi bunga segar atau artifikal di salah satu sudut ruang tamu anda.
7. Untuk pamirkan koleksi barangan kesayangan anda, gunakan rak bertingkat yang bersesuaian. Ia mampu menjimatkan penggunaan ruang berbanding menggunakan almari.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Meja Konsol Supaya Tidak Tersalah Pilih, Jangan Asal Beli Lepas Itu Tiada Fungsi

Tip pilih meja konsol supaya tidak tersalah pilih, jangan asal beli lepas itu tiada fungsi. Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di antara ruang makan dan ruang tamu. Sebenarnya adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain.
Meja konsol bertindak untuk menjadi tempat anda menempatkan gambar-gambar keluarga, pewangi rumah yang menyambut kita sewaktu memasuki ruang atau sekadar menempatkan bekas untuk meletak kunci kereta atau kunci rumah terutama kepada anda yang pelupa.
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ada juga yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda.
Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan kegunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.

Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Berikut tip berguna sebelum memilih mja konsol. Moga bermanfaat.

KENALPASTI KEGUNAAN MEJA KONSOL DALAM RUANGAN YANG TELAH DITETAPKAN
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
TENTUKAN KONSEP DAN GAYA KESELURUHAN KEDIAMAN ANDA:
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.

TRIAL AND ERROR POSISI MENJA KONSOL SEBELUM BETUL-BETUL MEMBUAT KEPUTUSAN:
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Kredit foto (top image): Freepik
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Datang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia

Isi Kandungan
ToggleDatang Beraya JANGAN Muncul Tiba-Tiba, Maklumkan Lebih Awal Supaya Tuan Rumah Lebih Bersedia. Musim perayaan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Bulan inilah ramai yang mengambil peluang untuk datang berziarah ke rumah saudara mara dan sahabat handai.
Ziarah Menziarahi Sunnah Nabi
Ia juga di antara sunnah yang sangat digalakkan oleh Nabi SAW adalah ziarah-menziarahi. Ini adalah bagi menyuburkan sifat kasih sayang, peduli satu lain dan mengeratkan ukhuwah. Nabi SAW pernah mengingatkan kita berkenaan perkara ini. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya :”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”
Riwayat Al-Tirmizi (2008). Imam Al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang ghorib.
Persiapan Tuan Rumah
Namun demikian, adab sebagai tetamu meskipun sunnah datang berziarah, janganlah muncul secara tiba-tiba depan pintu rumah orang. Sebaiknya maklumkan kepada tuan rumah lebih awal jika ingin datang beraya. Supaya tuan rumah boleh lebih bersedia untuk menerima kedatangan tetamu dan mempersiapkan pelbagai perkara.
Bukan apa, ada sebahagian tuan rumah lebih selesa diberitahu awal supaya dia boleh lebih bersedia untuk menerima dan meraikan tetamu datang ke rumah;
Antaranya seperti persiapan;
- Untuk pastikan rumah dalam keadaan bersih, selesa dan kemas. Terutamanya pada bahagian ruang tamu, dapur dan bilik air.
- Untuk pastikan tiada urusan dan hal lain yang bertembung.
- Untuk pastikan tuan rumah benar-benar sihat, cergas untuk menerima kedatangan tetamu.
- Untuk pastikan juadah makanan tersedia- ada tuan rumah memang suka memasak dan menjamu air tangan sendiri untuk meraikan tetamu.
Tetamu jarang datang ke rumah, jadi tuan rumah ingin pastikan kedatangan tetamu benar-benar diraikan dan dapat melayan tetamu dengan sebaiknya.
Adab Sebagai Tetamu
Selain itu, adab sebagai tetamu juga pastikan;
1. Masuk ke dalam rumah hanya setelah dijemput.
2. Memilih masa yang sesuai untuk datang bertandang antaranya seperti selepas Zuhur, selepas asar dan selepas isyak. Elakkan bertembung dengan waktu solat.
3. Sebaiknya bawa sejadah dan telekung sendiri jika ingin tumpang solat di rumah.
4. Nikmati hidangan dengan segera jika disediakan dan tidak sesekali meminta-minta hidangan yang menyusahkan tuan rumah.
5. Jaga perilaku diri dan pesan juga pada anak-anak supaya tidak masuk ke bilik, dapur,tandas mahupun membuka peti ais. Minta izin daripada tuan rumah terlebih dahulu.
6. Jaga pandangan mata, mulut dan telinga sebagai tetamu. Elakkan memberi kritikan apa juga yang berada di dalam rumah tak kiralah dekorasi rumah, makanan yang disediakan, layanan tuan rumah dan sebagainya.
7. Tidak duduk dan singgah terlalu lama sehingga boleh menggangu keselesaan tuan rumah. Sebaiknya elakkan ziarah dan balik pada waktu awal pagi atau tengah malam.
8. Akhir sekali, sunat bagi tetamu untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan tuan rumah.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang ingin datang rumah beraya ke rumah orang nanti. Jadilah tetamu yang penuh beradab dalam memberi keselesaan buat tuan rumah.
Mesti Baca: Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
Baca Lagi Di Sini: 6 Item Bajet Rendah Mampu Milik Boleh Naikkan Seri Dekorasi Raya Di Rumah!
Artikel Menarik: Dekorasi Berkonsepkan Yang Nordic Japandi, Membolehkan Rumah Tampak Elegan Di Hari Raya Aidilfitri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI