DIY

CARA Paling Mudah Tukar TOMBOL Rosak, Jimat Tak Perlu Umpil Pintu!

Share

Memang panik juga bila tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang diri yang berada di rumah.Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan/ umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak pun, janji diri selamat.

Sebenarnya ada cara mudah dan paling jimat untuk ‘adjust’ tombol ni, pintu tetap boleh dibuka tanpa perlu pecahkannya. Jadi hanya yang perlu diganti baru nanti adalah tombol berbanding tukar keseluruhan pintu.

Ikut tip dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Iqbal ini sebagai panduan.

Hari ni saya nak share sikit ilmu. In case terjadi tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik air sorang diri dengan phone tak bawak. Dan ni cara paling jimat selain dari pecahkan pintu.

Harap ilmu ni berguna untuk semua. Pakat-pakat share kot-kot terjadi malang tak berbau.

Bahan Diperlukan:

Pisau/Gunting
Pemutar Skru

Cara Membuat:

1. Perhatikan pada bahagian ‘gegelang’ tombol, ada lubang kecil.

2. Cucuk lubang tersebut, dan cabut ‘kepala’ tombol.

3. Kemudian, cabut bahagian belakangnya.

4. Cabut dan buka skru yang ada.

5. Tolak keluar bahagian tombol tersebut.

6. Cungkil bahagian ‘lock’ dan pintu boleh dibuka seperti biasa.

Semoga Bermanfaat!

Tutorial Buka Tombol Pintu

 

Mesti Baca:TUKAR Pintu Bilik PILIH Tuil Jenis Pemegang Berbanding Tombol, Lebih Mesra!
Baca Lagi Di Sini: Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Jangan Panik Lakukan Step Ini!


Artikel Menarik: 5 Sebab Dekorasi Rumah Jadi Tak Menarik & Nampak Lagi Serabut

IMPIANA: Jadi jika tombol pintu rosak, ikut tip yang dikongsikan ini. Memang jimat berbanding pecahkan pintu.

Sumber: Mohd Iqbal

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab