Jika anda hampir setiap hari meluangkan masa di dapur untuk memasak pelbagai menu hidangan makanan, sudah pastinya anda akan kerap menggunakan bahan masakan seperti minyak masak dan sebagainya.
Bercakap mengenai soal penggunaan minyak masak ini, seperti umum mengetahui minyak masak yang telah digunakan tidak boleh lagi dipakai secara berulang-ulang untuk kegunaan memasak.
Ini kerana, ia boleh memudaratkan kesihatan seperti mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya. Jadi oleh itu bagaimana cara yang betul dan mudah untuk menghapuskan minyak masak yang terpakai ini?
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang pernah membuang minyak terpakai ini melalui saluran paip singki di dapur rumah anda sebelum ini.
Tahukah anda sebenarnya tindakan ini adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan saluran paip singki dapur anda tersumbat dan sebagainya.
Ads
Tetapi kini sudah ada cara dan kaedah yang lebih mudah boleh anda lakukan untuk membuang minyak masak terpakai di rumah dengan menggunakan hanya satu bahan sahaja iaitu ‘Cooking Oil Hardener’.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya bahan ‘Cooking Oil Hardener’ ini mempunyai fungsi untuk membekukan minyak masak supaya proses membuang bahan terpakai ini lebih mudah dan selamat.
Ads
Untuk maklumat anda, bahan ini boleh didapati di mana-mana cawangan kedai peralatan kelengkapan rumah, Daiso dengan harga serendah cuma RM5.90 sahaja untuk setiap kotak yang mengandungi 5 pek ‘Cooking Oil Harderner’.
Sekiranya anda mahu mendapatkan bahan ini secara dalam talian, boleh sahaja membuat pembelian di aplikasi Shopee.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga.
Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri (DIY) Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Soda Bikarbonat atau baking soda biasanya digunakan ibu-ibu sebagai salah satu bahan untuk kek dan biskut coklat yang sedap. Tetapi tahukah anda, ia juga mempunyai kebolehan lain yang menakjubkan? Baking soda boleh digunakan untuk menyegarkan dan membersihkan kawasan-kawasan sekitar kediaman anda. Ianya sangat efektif dan mudah untuk didapati, jadi mari kita lihat masalah-masalah yang dapat baking soda selesaikan dengan mudah.
1. Membersihkan kesan kotoran pada bekas makanan plastik.
Untuk menyegarkan semula bekas makanan anda yang telah dicemari kesan minyak atau sebarang kotoran degil, lapkan ia dengan span bersih yang ditabur dengan baking soda. Atau anda juga boleh buang kesan kotoran degil ini dengan cara merendam bekas tersebut dalam air suam yang telah dicampur dengan 4 sudu soda bikarbonat. Jika cara ini masih juga tidak berhasil, saya cadangkan anda beli sahaja bekas yang baru.
2. Refresh peti sejuk yang berbau.
Dengan baking soda, anda tidak perlu risau bau hanyir ikan yang datang dari peti sejuk lagi… Soda akan menyerap bau busuk tersebut agar tidak terperap lama didalam dan mengubah rasa makanan lain yang disimpan sekali.
3. Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran yang di beli. Campurkan soda bikarbonat dengan air dan gunakan larutan itu untuk menyuci buah atau sayur yang anda beli dipasaraya. Biasanya buahan import yang dijual mempunyai lapisan lilin yang disapu agar ia tahan lama. Walaupun dikatakan selamat untuk dimakan, adalah lebih baik jika kita basuh bersih bagi menjauhi risiko penyakit.
4. Scrub segala permukaan di dapur.
Hampir setiap tempat kotor di dapur anda boleh mendapat manfaat daripada bahan ini. Dengan menggabungkan baking soda dengan air untuk membersihkan permukaan kaunter, sinki keluli tahan karat, ketuhar gelombang mikro dan pelbagai penutup dan peralatan memasak.
5. Hilangkan kesan minyak dari periuk belanga.
Membasuh alatan yang berminyak merupakan salah satu kerja dapur yang amat menjengkelkan. Tetapi sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah rendamkan perkakas atau alatan berminyak tersebut dalam air panas buat beberapa ketika, kemudian gunakan span kasar yang ditaburkan serbuk soda bikarbonat untuk menyental dan membuang segala kesan minyak yang degil.
6. Menyegarkan semula span yang sudah kotor. Rendam ini staples dapur dalam soda penaik dan air untuk menyegarkan mereka supaya anda boleh menggunakannya lebih lama. Tetapi ingat, anda masih perlu melambungkan span anda setiap dua hingga tiga minggu, bergantung kepada penggunaan.
7. Hilangkan bau hapak pada pelapik tilam, kusyen atau sofa. Percik kan larutan baking soda pada permukaan fabrik di sekitar kediaman dan biarkan ia selama 15 minit sebelum anda vakum kan semuanya. Anda boleh gunakan cara ini untuk tilam, sofa, kusyen dan mana-mana kawasan yang dilapik dengan fabrik bagi mengelakkannya dari berbau hapak.
8. Buang lumut dan kerak sabun di bilik air.
Gosok tab mandi, jubin, sinki dan tirai mandi anda dengan span lembap dan baking soda. Kemudian bilas dan bilik air anda akan berkilat seperti baru.
9. Dapat mengekalkan warna baju. Pakaian putih dan berwarna anda akan kelihatan lebih menyerlah jika anda tambahkan secawan baking soda dengan sabun mencuci pakaian. Bahan ini akan membantu mengimbangi tahap pH bagi mendapatkan baju yang bersih dan suci.
10. Bersihkan longkang yang tersumbat.
Kosongkan longkang yang tersumbat dengan mencurah 1/2 cawan baking soda ke laluan longkang tersebut, diikuti dengan 1/2 cawan cuka. Tutup dengan kain basah dan tunggu lebih kurang lima minit, kemudian bilas dengan air panas. TA-DAA longkang anda kita tidak lagi tersumbat, kotor dan busuk.
11. Hilangkan bau busuk pada kasut.
Segarkan udara anda selepas kelas atau setelah balik dari gimnasium dengan beberapa percikan baking soda ke dalam kasut (dan mungkin juga beg sukan anda). Jemurkan seketika, dan tiada lagi bau tidak menyenangkan dari kasut anda.
12. Hilangkan bau sampah di dapur.
Letakkan beberapa sudu baking soda didalam tong bagi mengelakkan bau busuk sampah dari keluar dan menyemarkan udara di dalam rumah.
13. Bersihkan tumpahan minyak di garaj.
Tuangkan sedikit baking soda dan gosok dengan berus yang lembab untuk menghilangkan bekas tumpahan minyak enjin yang degil pada lantai garaj anda.
14. Hilangkan lingkaran air di atas meja.
Hilangkan kesan lingkaran dari cawan pada permukaan meja dengan menggunakan kain lembap dan larutan ubat gigi dengan baking soda. Kemudian ambil kain yang kering dan lapkan sekali lagi sehingga bersih dan bersinar.
15. Kilatkan semula perhiasan yang sudah tidak bersinar.
Apabila perhiasan dan barang kemas anda sudah tidak bersinar dan menarik lagi, anda boelh buatkan paste menggunakan baking soda dan air dengan nisbah 3 : 1 agar campuran tidak terlalu cair. Lap perhiasan menggunakan kain mikrofiber (bukan tuala atau tisu, yang boleh mencalarkan) dan bilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartmentuntuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.