Dekorasi

Cara Pastikan POKOK BUNGA KERTAS Hidup Subur & Lebat Berbunga!

Share

Cara Pastikan POKOK BUNGA KERTAS Hidup Subur & Lebat Berbunga! Bunga kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea merupakan tanaman landskap yang sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan dan kawasan laman hiasan.

Ia berwarna warni, mudah untuk dijaga dan boleh menghasilkan rimbunan yang sangat indah. Ia juga boleh membesar sehingga 7 meter dan hidup melebihi 20 tahun.Semasa pokoknya berbunga, kebiasaannya kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga yang menarik.

Bunga ini boleh dikenali dengan mudah dengan kelopak yang nipis seakan kertas.
Boleh ditemui dalam pelbagai warna yang seperti merah, ungu, putih dan jingga, terdapat sesetengah penggemar tanaman turut ‘mengahwinkan’ dua atau lebih jenis bunga ini menerusi teknik cantuman sisi untuk menghasilkan pokok Bougainvillea dengan warna campuran yang unik.

Bagi pecinta LAMAN yang meminati pokok ini, ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas hidup subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.

1. Tanam Terus Atas Tanah

Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.

2. Pindahkan Kawasan Berpasir

Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.

3. Tanah Tidak Terlalu Lembap

Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.

4. Suka Cahaya Matahari

Pokok bunga kertas sukakan cahaya matahari dan amat sesuai ditanam pada musim panas. Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.

5. Guna Baja Kimia

Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.

6. Lakukan Pemangkasan Secara Berkala

Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.

7. Pantau Penyiraman

Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.

8. Cantas Ranting Panjang

Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!

IMPIANA: Jadi jika ada pokok bunga kertas di rumah, boleh ikut panduan yang dikongsikan ini supaya pokok ini hidup subur dan banyak berbunga.

 

Mesti Baca: Buat Sendiri Pintu Gerbang BUNGA KERTAS Cantik Merimbun, Berseri Laman!
Baca Lagi Di Sini: 3 Teknik Mudah Hasilkan Pokok Bunga Kertas Pelbagai Warna
Artikel Menarik: 10 Baja Teruji dan Terbukti Mujarab Buat Pokok Kertas Gila Bunga

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab