Pucuk betik umum tahu sesuai dijadikan ulam. Rasanya yang pahit dikatakan berupaya membuang toxin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi atau kencing manis. Tapi, tak pernah pula tahu bahawa bunga betik pun boleh dimakan. Menurut petua yang di kongsikan oleh Fr Hamida Mohd Raddin, petua ini di amalkan oleh masyarakat Indonesia.
Daun atau bunga betik direbus untuk dijadikan minimun untuk merawat darah tinggi serta kencing manis. Namun rasa daun atau bunga betik memang pahit. Jadi, ada beberapa cara untuk sediakan air rebusan dauan/bunga betik tanpa rasa pahit. Antaranya adalah:
1. Celur bunga/daun betik dengan air basuhan beras ke-2. tambahkan sedikit garam didalam air rebusan.
2. Rebus bunga betik bersama beberapa keping asam keping. Rebus sehingga bunga betik bertukar menjadi kekuningan dan toskan air nya.
3. Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun jambu batu dicampurkan asam gelugur dan sedikit garam kasar sehingga warna kekuningan.