Cermin, mungkin ada di kalangan kita merasakan ia hanya untuk melhat wajah sendiri. Kini tidak lagi cermin juga umpama barang kemas dalam sebuah tata hias. Terdapat pelbagai jenis cermin yang boleh anda pilih sama ada yang biasa atau yang mempunyai potongan unik dan berseni.
KARAKTER RUSTIK MEMPUNYAI KESINAMBUNGAN ANTARA CERMIN DAN PERABOT. LAMBANG MEDAL PERSIS ZAMAN PENJAJAHAN SPANYOL. MEMANG PADAN JIKA KEDIAMAN ANDA DISERIKAN DENGAN GAYA KLASIK ATAU AMERICAN STYLE.
ELEMEN LUCU ATAU TIDAK SERIUS DI DALAM SEBUAH TATA HIAS SEDONDON YANG SERIUS DAN HAMBAR. SESUAI UNTUK KEDIAMAN MODEN, KONTEMPORARI ATAU ANDA YANG BERJIWA SENI.
Ads
GAYA RUSTIK EROPAH YANG PENUH TRADISI DALA GAYA KONTEMPORARI DAN SESUAI JUGA UNTUK GAYA COUNTRY
Kita selalunya menggantung di tempat yang penting. Di pinggir pintu masuk, di ruang makan, kamar beradu, kamar mandi, ruang antara ruang makan dan tamu . Adakala bukan perlu sangat cermin di situ, cuma ia bagaikan satu penyeri dan memberi impak ruang lebih luas (untuk kediaman kecil) dan lambang kemegahan.
Ads
PERMAINAN ILUSI..CERIN DI SUSUN DALAM PERLBAGAI KECONDONGAN DAN SAIZ SESUAI UNTUK KEDIAMAN BERKONSEPKAN MODEN
KEPELBAGAIAN BENTUK BINGKAI DAN GAYA YANG MENJADIKAN CERMIN SEBAGAI SATU AKSESORI DINDING YANG SANGAT PENTING.SESUAI UNTUK KEDIAMAN KONTEMPORARI ATAU ETNIK
Ads
Pastikan ketinggian cermin sama tinggi dengan bingkai pintu iaitu 7′ jika cerminnya besar. Namun jika cerminnya kecil , pastikan bahagian tengah cermin sama tinggi dengan wajah kita. iaitu sekitar 5′ atau 4′ 9″ kepada mereka yang petit.
ILHAM GAH, UMPAMA GALERI YANG BERSENI, CERMIN BESAR DIJADIKAN AKSESORI UNTUK DINDING INI.
Adakala kita terlalu ghairah memilih cermin berbingkai emas lkasik sedangakn rumahnya moden , ringkas bersahaja. Elakkan . Pilih bingkai yang sama dengan perabot kita. Jika kayu, bingkai kayu, jika kaki sofa kita perak simple dan kemas begitu juga karakter bingkai cerminnya. Jika mood karakter ala rustik , cari bingkai yang juga mempunyai karakter rustik. Ini bagi mewujudkan satu kesinambungan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai antara kita yang suka menyimpan secara cermat untuk kenikmatan hari muka malahan ada juga yang suka berbelanja di masa muda kerana tidak mahu menyesal di hari tua. Pokok pangkalnya ia terserah kepada kita bagaimana kita menikmati serta meluangkan masa hidup kita dan mendepani hari yang mendatang.
IMPIANA ingin berkongsi kepada anda bagaimana Pn Mashitah Mas dan suami menata rias dapur kediaman persaraan mereka yang terletak di Senawang, Seremban. Kerana, pada asalnya kediaman ini dijadikan rumah sewa selama 10 tahun dan hari ini ianya menjadi rumah pencen selepas suaminya bersara daripada perkhidmatan awam sebagai seorang tentera.
Pasangan ini amat meminati tema moden untuk diaplikasikan dalam dekorasi kediaman mereka malahan turut melaburkan sedikit wang untuk memasang kelengkapan dapur serta kabinet termasuk hood dan dapur gas. Pada masa yang sama mereka turut menjadikan laman perkongsian deko di media sosial sebagai rujukan utama serta pencarian idea.
“Rumah pencen kami ini adalah rumah teres satu tingkat berkeluasan 1400 kaki persegi serta menggunakan khidmat kontraktor untuk membina dapur impian dan pada masa yang sama menampakkan elemen moden walaupun ianya merupakan kediaman hari tua kami”, ujar pengusaha kek ini.
“Alhamdulillah, tidak sukar untuk memastikan kemasan serta dekorasi kediaman ini bertahan lama kerana anak saya semuanya sudah dewasa tetapi itu tidak bermakna saya membiarkan ianya begitu sahaja kerana setiap malam sebelum tidur, saya akan pastikan dapur serta ruang tamu saya berada dalam keadaan bersih dan teratur”, katanya.
Susun atur dapurnya menggunakan minibar yang boleh memuatkan 4 orang dalam satu masa serta menjimatkan ruang kapasiti untuk tiga buah oven miliknya dengan meletakkan di atas rak. Penulis memuji tindakan pemilik kediaman ini kerana menggantung segala kelengkapan memasak di tepi dinding. Ianya mudah untuk dicapai dan disimpan selepas digunakan.
Di bawah ini IMPIANA lampirkan beberapa kepingan gambar dapur moden untuk tatapan pembaca diluar sana. Selamat Mendeko!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep minimalis dengan warna dominan hitam dan putih menghiasi kediaman pilihan IMPIANA kali ini. Terletak di pinggir bandar, kediaman jenis pangsapuri ini di hias dengan sempurna walaupun memiliki keluasan yang terhad.
Walaupun mempunyai ruang yang terhad berkeluasan 850 kaki persegi, pemiliknya Khairi dan Nadzirah bijak menghias ruang yang ada dengan pilihan perabot dan susun atur sesuai ruang yang berkapisiti 3 bilik dengan 2 bilik air.
“Sudah lebih dari setahun kami menghuni rumah ini. Tema yang kami pilih adalah minimalis dengan pilihan warna hitam dan putih sesuai dengan warna kegemaran kami berdua. Saya dan isteri memilih warna putih dengan kombinasi warna hitam untuk rumah kami kerana dengan warna putih ia nampak lebih kemas dan teratur,” ujarnya.
Tambah Nadzirah lagi, kediamannya ini tidak menggunakan khidmat pereka dalaman, malah ia adalah hasil idea daripada dia dan Khairi sendiri. “Biasanya saya dan suami akan buat rujukan melalui internet dan juga sertai grup deko di media sosial untuk mendapatkan idea dekorasi rumah kami,”katanya.
Ruang tamu serta ruang makan kediaman ini ditatarias dengan rona putih membuatkan tetamu yang datang sejuk mata memandang. Dengan susun atur perabot yang tidak terlalu padat memberikan kesan ruang yang lebih besar pada pandangan mata. Dinding pada ruang makan tidak dibiarkan kosong, bingkai dengan kata-kata dan cermin serta tulisan khat menghiasi ruang ini selain pemilihan lampu gantung yang kontemporari.
Melihat ruang dapurnya, terdapat satu island bar ditempatkan sebagai pemisah antara dapur dan ruang makan. Walaupun ruang yang agak terhad namun seperti juga ruang-ruang lain yang ada pemilik bijak menyusun atur alatan yang ada.
Selain itu, untuk memastikan dekorasinya tahan lama, Pn Nadzirah akan menyapu dan membersihkan ruang yang berhabuk sebelum kedua-dua puteranya bangun malahan pasangan ini juga turut mengajar anak mereka menjaga kebersihan selepas bermain bagi memastikan rumah mereka sentiasa berada dalam keadaan kemas dan baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mendiami rumah yang mempunyai hiasan lama bukanlah mudah, tetapi jika ia dirancang dengan teliti pasti hasilnya amat memberangsangkan dan menarik pada pandangan mata.
Penulis sendiri amat tertarik dengan konsep hiasan yang diterapkan oleh Pn Pn Amani Yusof selaku pemilik rumah dan pada masa yang sama bertugas sebagai seorang guru disebuah sekolah.
“Pada asalnya rumah ini hanya mempunyai hiasan biasa tanpa tema yang khusus seperti mana hari ini, dan minat untuk mendekor ini bermula, saya pilih tema warna bunga lavendar dalam rumah”, katanya.
Kediaman ini pada asalnya rumah kampung tradisional, dan tidak tahu dimana untuk memulakan hiasan dan selepas merujuk laman bualan serta perkongsian di FB saya rasa ia tidak menjadi masalah untuk rumah kampung ini diberi nafas baharu serta mengubah konsep dekor dalam luas rumah yang bersaiz 1125 kaki persegi, tambahnya lagi.
Untuk dekorasi ini, beliau menelan belanja sebanyak Rm8k. Ia melibatkan pembelian perabot, langsir dan beberapa pertambahan lampu hiasan berwarna biru nila untuk menambahkan lagi elemen tona lavender.
Mahligai indah ini didiami oleh beliau bersama suami dan seorang anak dengan kapasiti 2 bilik tidur, 1 tandas dan 1 bilik air.
Penulis amat tertarik dengan pilihan warna recesse light pemilik kediaman ini, ia tidak terlalu gelap dan terang. Ia cukup cantik, cukup padan. Dapurnya juga tidak ketinggalan, dihias moden dan sekali pandang seperti masuk dalam kediaman kondo.
Anda pasti tidak percaya setelah melihat koleksi gambar sebelum dan selepas dekor, penulis sendiri tidak percaya, tetapi hasilnya amat menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.