Fiddle Fig antara tanaman hiasan yang menjadi pilihan kegemaran ramai. Pokok Fiddle Fig atau nama saintifiknya Ficus lyrata tergolong dalam famili Moraceae. Pokok Fiddle Fig juga dikenali sebagai Fiddle leaf Fig.
Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang. Pokok hiasan ini merupakan salah satu pokok hiasan sesuai ditanam sebagai tanaman landskap di luar rumah. Pokok Fiddle Fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter.
Bagi anda yang suka melihat pokok Fiddle Fig tumbuh merimbun, boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Syafiq Roslan ini. Menerusi perkongsian dilaman Facebook, lelaki ini menerangkan cara-cara supaya pokok Fiddle Fig yang ditanam menjadi rimbun dan cantik.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Potong bahagian batang yang paling atas.
2. Dari satu batang nanti ada yang bercabang hingga tiga dahan dan empat dahan yang baharu.
Ads
3. Paling penting ketika memotong dahan, pastikan potong di bahagian internode.
4. Hasil keratan batang yang telah dipotong itu bolehlah direndam terus dengan air untuk membiakkan lagi pokok hiasan ini.
5. Boleh juga dicucuk terus di atas tanah untuk membiakkan pokok hiasan ini.
Ads
Pokok hiasan ini juga sesuai tanam di dalam rumah kerana tidak memerlukan pencahayaan yang banyak. Sebenarnya pokok Fiddle Fig adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit.
Tidak memerlukan banyak air, anda boleh menyiram pokok Fiddle Fig dua kali seminggu atau bila perlu sahaja.
Ada tak di kalangan anda yang mengalami masalah untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika? Kalau ada, memang stres dibuatnya. Betul tak?
Tetapi, kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada beberapa tip mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan.
Jadi, mari kita lihat bahan yang boleh anda guna untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika semudah ABC!
1.Panadol Soluble
Bahan pertama yang anda boleh gunakan adalah menggunakan ubat Panabol Solube seperti pada gambar yang tertera.
Apa yang cuma perlu lakukan adalah hidupkan seterika anda kemudian sapu sebiji ubat Panadol Soluble di atas kesan hangus pada permukaan besi seterika sehingga cair.
Kemudian, lapkan pada permukaan besi seterika anda dengan sehelai kain bersih dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan.
2.Daun Pisang
Selain itu, pelepah daun pisang juga boleh membantu anda untuk menghilangkan kesan hangus pada permukaan besi seterika. Caranya, ambil beberapa keping pelepah daun pisang, kemudian gosokkan seterika yang telah dihidupkan ke atasnya dengan suhu sederhana panas.
3.Garam
Garam juga dipercayai berkesan untuk menghapuskan kesan hangus pada permukaan besi seterika anda. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu gosokkan permukaan besi seterika anda ke atas sekeping dulang yang ditabur dengan sekampit garam.
Ulang langkah ini beberapa kali dan hasilnya anda akan dapat lihat kesan hangus pada permukaan besi seterika berjaya dihilangkan sehingga bersih.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kehadiran tumbuhan lengkapkan ciri semula jadi taman air
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature ini. Rahsia kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) telah banyak dikongsi oleh IMPIANA.
Tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah. Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada serta menceriakan air terjun di halaman anda.
Tanaman air pinggiran merupakan tanaman yang dapat hidup di dalam kawasan lembap atau tanah yang mengumpul kelembapan. Tanaman jenis ini biasanya kelihatan di pinggiran kolam ataupun ditanam di dalam pasu yang ditenggelamkan ke dasar kolam. Terdapat pelbagai pilihan tanaman air pinggiran yang boleh didapati dalam iklim tropika Malaysia, namun hanya sebahagian sahaja yang mengeluarkan bunga.
Antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh diterapkan di taman air anda adalah daripada keluarga Cannaceae. Rata-rata pembaca pasti mengenali spesies Canna yang mempunyai daun lebar dan bunga pelbagai warna seperti merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya tanaman ini dijadikan tanaman di kawasan lapang kerana cara hidup yang memerlukan cahaya matahari penuh. Tetapi tahu kah anda Canna juga sesuai dijadikan tanaman pinggir kolam?
Canna glauca adalah antara spesies Canna yang mampu hidup di dalam air. Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
Selain daripada itu, terdapat juga tanaman air pinggiran berbunga ungu mampu menimbulkan kelainan kepada binaan air terjun anda. Pontederia cordata, Eichhornia crassipes dan Thalia dealbata adalah antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasiveThali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
Selain warna ungu dan kuning, merah bunga Lobelia cardinalis juga dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran air terjun di perkarangan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik dengan kejernihan jatuhan airnya, air terjun juga mencipta keindahan dan persekitaran semula jadi bagi makhluk yang mendiaminya. Manakala, tanaman air pula memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem elemen landskap tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lantai bercapuk? Bukan masalah lagi, hanya guna tisu basah kedai Eco, ‘settle’ masalah. Masalah lantai bercapuk memang menyakitkan mata. Tambah sakit hati bila pijak lantai, tapak kaki rasa melekit-lekit. Tak kanlah nak mop setiap hari. Buat yang bekerja tentulah tiada masa untuk mop lantai setiap hari.
Melalui perkongsian Malini Umairah, wanita ini berkongsi tip bagaimana mengatasi masalah lantai bercapuk. Hanya menggunakan tisu basah yang dibeli di kedai Eco, masalah lantai bercapuk dapat di atasi dengan mudah.
“Asalnya saya pakai karpet di bahagian ruang tamu. Bagaimanapun saya sedang mengajar anak saya ‘potty train’ kenalah alihkan semua karpet. Bila angkat karpet, lantai jadi bercapuk.
“Saya cuba mop dua, tiga kali tetapi masih lagi ada kesan-kesan bercapuk. Saya cuba floor cleaning wet wipes Ganso. Try pakai wipes tissue ni, dua keping sahaja, selesai masalah. Boleh tengok gambar sebelum dan selepas saya mop, angle yang sama.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.