Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun. Sebagai seorang wanita yang berhijab, tudung bukan sahaja merupakan sebahagian daripada identiti peribadi, tetapi juga sebahagian penting dalam gaya hidup seharian. Bagi ramai wanita yang memakai tudung, cabaran utama bukan sahaja memilih tudung yang sesuai dengan gaya, tetapi juga cara untuk menyusunnya dengan kemas dan teratur.

Isu utama timbul apabila tudung-tudung disimpan dalam ruang yang terhad tidak tersusun dengan baik. Ini tidak hanya menjadikan bilik nampak bersepah, tetapi juga menyukarkan proses mencari tudung yang tepat. Pernahkah anda mengalami kesulitan mencari tudung yang sesuai dengan pakaian harian kerana tudung-tudung itu tersembunyi di antara tumpukan yang tidak teratur?

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai teknik dalam menyusun dan mengatur koleksi tudung anda:

1) Buat Kategori

Asingkan tudung mengikut kategori, contohnya selendang, bawal, atau tudung sarung. Ini akan memudahkan anda mengambil tudung yang sesuai pada masa yang diperlukan.

2) Gunakan Organizer atau Rak

Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun

Jika boleh, gunakan organizer khas untuk tudung atau rak yang boleh digantung di dalam almari. Ini akan memastikan tudung sentiasa kemas, teratur dan mudah diambil.

3) Lipat dengan Kemas

Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun

Lipat tudung secara simetri atau gulung dengan kemas. Ini boleh mengelakkan kedutan yang tidak diingini dan memudahkan penyimpanan.

4) Simpan Ikut Warna

Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun

Jika anda mempunyai banyak tudung, penyimpanan berdasarkan warna merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk memudahkan anda mencarian tudung yang sesuai dengan pakaian anda.

5) Gunakan Penyangkut Besi atau Pengepit

Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun

Untuk tudung yang mudah kedut atau nipis, anda boleh menggunakan penyangkut besi atau pemgepit untuk menjaga bentuknya dan memudahkan penyimpanan.

6) Open Storage

Jika boleh, letakkan tudung dalam open storage seperti laci yang boleh ditarik keluar atau kotak lut sinar. Ini membantu anda melihat semua tudung dengan jelas.

7) Susun Berdasarkan Kekerapan Penggunaan

Cara Simpan Tudung, Sentiasa Kemas dan Tersusun

Letakkan tudung yang paling sering anda gunakan di tempat yang mudah dijangkau, sementara tudung yang jarang digunakan boleh ditempatkan di tempat yang lebih tersembunyi.

Moga bermanfaat!

IMPIANA: Anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dalam mencari tudung yang sesuai, tetapi susun atur yang kemas pun dapat menjimatkan ruang!

Mesti Baca: Almari Sentiasa Kemas dan Tersusun, Ini 7 Tip Kena Lakukan!

Baca Lagi Di Sini: DIY Almari Tudung, Koleksi Tudung Cantik Tersusun Kemas!

Artikel Menarik: Elak Kulat & Bau Baju Pun Harum, DIY Air Freshner Almari Guna 2 Bahan!

Follow kami di  WEBSITE,  TELEGRAM,  INSTAGRAM,  TIKTOK,  FACEBOOK  dan YOUTUBE   untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

                                           

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI