Laman

Cara Mudah Tanam Kentang Untuk Iklim Malaysia

Share

Kentang, bukan lah pilihan tanam di malaysia. Barangkali, ramai beranggapan kentang hanya sesuai untuk iklim sejuk. Hakikatnya, kentang ditanam secara meluas di India. Ini bermakna, kentang juga sesuai dengan iklim Malaysia. Tapi, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan kentang yang ditanam di Malaysia memunyai hasil tuaian lumayan tak kira sama ada di musim hujan mahupun panas memuncak.

Untuk mendapatkan hasil ubi kentang yang banyak, penyelengaraan memainkan peranan utama. Ia termsuklah:

Pemilihan benih


Ada 2 kaedah penanaman kentang. Sama ada dari umbisinya atau batang yang berakar. Untuk mendapatkan hasil ubi kentang yang berkualiti dan cepat, sebaiknya pilih ubi kentang yang sihat dan berkualiti. Ciri-ciri ubi kentang yang sesuai dibiakkan adalah fizikal kentangnya tidak kelihatan kecut dan mempunyai tunas yang banyak.

TIP: untuk menghasilkan tunas kentang yang cepat, susun kentang-kentang yang telah dipilih berpotensi untuk dibiakkan di dalam lompang telur. Simpan kentang tersebut di dalam kotak atau kabinet dapur yang gelap untuk beberapa hari.  Apabila tunas sudah mulah tumbuh. Ambil 3 tunas yang paling sihat dari sebiji ubi kentang dan potongkan

Persiapan medium
Medium siap campur yang terdapat di pasaran sesuai untuk digunkan sebagai tanah untuk tanam jagung. Selain itu, anda boleh hasilkan sendiri medium tanaman kentang dengan mencampurkan 1/3 bahagian kompos, 1/3 perlite dan 1/3 peat moss atau sabut kelapa siap proses.

Harus diingat, medium tanaman kentang perlu lah mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Disamping itu, elak menggunkan medium tanaman yang mempunyai kandungan tanah liat kerana ia akan membataskan pertumbuhan ubi kentang

Proses Menyemai
Selepas mata tunas kentang telah dipilih, tiba lah masa untuk menyemai kentang ke dalam pasu. Posisikan tunas kentang menghadap ke atas dan timbus semua bahagian kecuali tunas. Tekan kan sedikit medium tanaman dan lakukan siraman segera

Keperluan siraman
Kentang memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap namun tidak menakung air. Untuk memastikan medium tanaman sentiasa lembap, letakkan sungkupan pada permukaan tanah.

Pencahayaan


Kentang memerlukan pencahayaan terus sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Walaubagaimanpun, pokok kentang tidak tahan akan cuaca yang terlalu panas. Jika tiba musim panas, sediakan kawasan separa teduhan untuk tanaman anda

Tambak tanah
Apabila pokok kentang mula meningkat dewasa, Medium tanaman perlu di tambak menutupi pangkal pokok secara berkala. Ia berupaya merangsang penghasilan ubi kentang yang banyak.

Tiba masa tuai
Apabila kelihatan duan mula menguning di bahagian bawah pokok, ini menunjukkan kentang sedia untuk dituai.

 

 

 

Published by
Impiana