Cara Tanam Pokok BUAH NAGA Guna Keratan Batang, Seawal 7 Bulan Dah Berbuah! Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri. Rasanya yang manis dan unik membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.
Berbaloi tanam pokok buah naga di rumah jika tahu teknik penanaman yang betul.Seawal 7 bulan dan boleh tuai hasilnya dan tak putus-putus berbuah.
Boleh ikut panduan tip penanaman Buah Naga perkongsian daripada Muhammad Nazri ini sebagai panduan.
Mula-mula kawan bagi buah naga. Elok manis sangat. Anak-anak suka makan, mintak la keratan batang dekat kawan.Modal beli tiang pagar je. Lain diy atasnya pakai tayar. Berbuah seawal 7 bulan, sekarang tak putus-putus. Rezeki tak Salah alamat.
Tip Tanam Buah Naga
1. Tanam guna keratan batang, elok atas batang tu tutup dengan cawan supaya musim hujan batang tak busuk kena air.
2. Guna keratan dalam sekaki. Tanam je 1 tiang 4 keratan batang. Tiap batang yang hidup tu biar biarkan 1 je yang naik dekat atas para. Nanti dia akan keluar batang-batang lain atas para.
3. Saya sarankan pakai tiang batu sebab pokok ni hidup jangka masa yang lama. Kalau tiang kayu akan reput. Pokok ni kalau dah atas para berat.
4. Tanam guna biji benih lambat berbuah. Kalau tumbuh pun risiko tinggi pokok tak jadi buah. Kalau nak tanam pokok buah naga carilah keratan batang. Mudah, cucuk je tapi kena buat tiang dengan letak tayar la kalau nak bagi mudah jaga.
5. Saya guna Baja npk, ada lebih-lebih Baja sawah padi tu taburkan aje. Tanah mana-mana pun sesuai.Cuma kena tempat lapang dan biar kena cahaya matahari. Cukup Baja memang seawal 7 bulan dah belajar berbunga dan berbuah.
6. Jika pokok dah lama tak berbuah, buang dahan yang tua. Biar batang yang muda sahaja.Baja lebih sikit, kerap baja pun takpa. Mesti kembali berbuah.
Tip Perkongsian daripada Mohd Zaiid
1.Guna keratan batang paling cepat pokok berbuah. Kalau pakai biji benih lambat berbuah tu pon belum tentu nak berbuah, pakai keratan batang paling cepat 8 bulan berbuah dah.
2. Buat begini lepas seminggu baru tanam pokok. Tanam tiang batu guna simen,pakai simen tahan lama. Sebab pokok ni berat.
3. Tanah apa-apa pun sesuai janji kalau kena air meresap tak boleh ada takungan. Kena baja organik taik kambing pun boleh. Pokok naga makan baja kuat.
4. Pokok naga kena cahaya matahari tak boleh ada naungan. Tanah keliling kena gembur tak boleh bagi padat baru dia cepat naik.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga
Baca Lagi Di Sini:Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Artikel Menarik:Pokok Lidah Ibu Mertua Mudah Untuk Dijaga Dalam Rumah
IMPIANA: Menariknya, boleh cuba cara betul untuk tanam pokok buah naga ini di rumah. Ikut tip dan panduan yang dikongsikan pokok naga hidup subur, cepat dan tak putus-putus berbuah.
Sumber:Muhammad Nazri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI