Ramai rakyat malaysia kini sedar akan kepentingan penjagaan sumber makanan demi menjamin tubuh yang sihat. Salah satu kaedah yang di lakukan adalah melalui pemilihan makanan organik. Namun, makanan organik bukan lah sesuatu yang mudah diperolehi dan harganya juga agak tinggi. Oleh itu, ramai mengambil inisiatif untuk berkebun sendiri.
Dari berkebun, ia bukan sahaja menjadi hobi malah hasil yang dikutip menjadi kepuasan. Tambahan, anda yakin dengan sayuran yang ditanam sendiri dan tahu dari mana sumber tersebut di peroleh. Untuk memastikan tanaman memperoleh khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan produktiviti, pastikan baja atau makanan disediakan secukupnya. Oleh itu, pembajaan perlu di lakukan. Selain menggunkan baja organik jenis serbuk, butiran atau cecair, Md Rohaizad Hj Ismail berkongsi kaedah GREEN CON yang dibelajar dari Thailand.
Teknik ini merupakan salah satu kaedah penghasilan baja kompos yang menggunkan bahan buangan atau sisa dapur. Namun kebiasaanya, untuk menghasilkan baja kompos ia memerlukan bekas khas dan harganya boleh tahan mahal. Oleh itu, pekebun-pekebun Thailand melakukan Research and Development (RnD) untuk menghasilkan tong kompos menggunkan bahan yang murah dan mudah yang diberi nama GREEN CON. Berikut adalah cara-cara nya:
Ads
Ads
Jom kita belajar buat Green Cone…mudah je..untuk kebun mini#BajaOrganic#SisaMakanan
Hidroponik adalah teknik bercucuk tanam 3T (tanam, tinggal dan tuai) yang sesuai untuk anda yang tak ada masa untuk menguruskan tanaman setiap hari. Tak perlu beli beas mahal-mahal pun hasilnya menjdai. Seperti yang dilakukan oleh D’Pro A’nas, hanya menggunakan bekas-bekas terpakai sahaja. Tapi lihat hasilnya
Bila melihat dan mengetahui masih ada kawan kita yang ingin tahu cara-cara HIDROPONIK, jadi, saya kongsikan cara-caranya
SEMAIAN HIDROPONIK MENGUNAKAN COCOPEAT SISTEM SUMBU / WICK.
Bahan-bahanya:
1. Bekas tupeware / Botol Mineral / Botol Cola yang tak digunakan lagi atau apa-apa bekas yang boleh menakung air.
2.Kain Microfaber. Atau sebarang kain yang boleh menyedut air.
3. Cocopeat ( Hampas sabut kelapa ) sebagai medium tanaman
4. Soldering Ion untuk membuat Lubang
5.Alumium Foil untuk membalut bekas yang lutsinar agar tak Berlumut bila Terkena Matahari. Bagi yang kreatif tu, boleh pakai Ribon Balut cantik-cantik. Atau boleh Spray/Cat.
6. Anak Pokok yang dah ada 4 lembar daun atau boleh semai terus biji benih dalam bekas hidroponik
7. Baja AB
Keledek, antara tanaman umbisi yang mempunyai harga yang tinggi. Sedapnya keledek ni memang kalah kentang. Sebab itu, ada sesetengah juadah lebih enak digantikan dengan keledek berbanding kentang. Namun, ramai ingat nak tanam ni perlu kawasan yang luas dan batas tanaman. Namun, melalui perkongsian Jusery Jausin keledek yang disemai di dalam pasu plastik memang menjadi. Dalam tempoh 3-4 bulan dah boleh tuai. Nak tahu cara-caranya, tonton video yang disediakan
Pokok kari daun berlubang-lubang dan tak cantik? mesti nak masak pun tak lalu. Kebiasaanya, keadaan ini berkalu pada daun kari yang telah matang. Tidak terkecuali juga, pokok yang masih muda. Mesti ramai tak tahu macam mana atau cara atasinya.
Masalah ini sebenarnya berpunca dari sejenis kumbang berwarna putih dan larva. Namun, kesan kerosakan dari larva kumbang kura-kura lagi teruk berbanding induknya. Apakah cara untuk atasi masalah ini?
1. Cantas semua bahagian yang yang mempunyai daun rosak dan bakar bagi mengelak serangga tersebut merosakkan tanaman lain 2. Lakukan penggemburan dan pembajaan seperti biasa. Pembajaan sesuai dilakukan 2 minggu sekali atau paling tidak 1 bulan sekali. 3. Seminggu sekali, sembur pokok kari dengan cuka kayu bagi mengatasi masalah serangan serangga berulang.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.