Ramai rakyat malaysia kini sedar akan kepentingan penjagaan sumber makanan demi menjamin tubuh yang sihat. Salah satu kaedah yang di lakukan adalah melalui pemilihan makanan organik. Namun, makanan organik bukan lah sesuatu yang mudah diperolehi dan harganya juga agak tinggi. Oleh itu, ramai mengambil inisiatif untuk berkebun sendiri.
Dari berkebun, ia bukan sahaja menjadi hobi malah hasil yang dikutip menjadi kepuasan. Tambahan, anda yakin dengan sayuran yang ditanam sendiri dan tahu dari mana sumber tersebut di peroleh. Untuk memastikan tanaman memperoleh khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dan produktiviti, pastikan baja atau makanan disediakan secukupnya. Oleh itu, pembajaan perlu di lakukan. Selain menggunkan baja organik jenis serbuk, butiran atau cecair, Md Rohaizad Hj Ismail berkongsi kaedah GREEN CON yang dibelajar dari Thailand.
Teknik ini merupakan salah satu kaedah penghasilan baja kompos yang menggunkan bahan buangan atau sisa dapur. Namun kebiasaanya, untuk menghasilkan baja kompos ia memerlukan bekas khas dan harganya boleh tahan mahal. Oleh itu, pekebun-pekebun Thailand melakukan Research and Development (RnD) untuk menghasilkan tong kompos menggunkan bahan yang murah dan mudah yang diberi nama GREEN CON. Berikut adalah cara-cara nya:
IKLAN
IKLAN
Jom kita belajar buat Green Cone…mudah je..untuk kebun mini#BajaOrganic#SisaMakanan
Ramai yang tahu bawang putih digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan masakan dan ada juga segelintir menggunakannya untuk tujuan perubatan. Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa bawang putih pun boleh digunkan di laman atau kebun. Ia bukan sahaja sebagai bahan anti serangga malah berupaya menjadi baja tanaman. Berikut 10 kegunaan dan manfaat bawang putih kepada tanaman
1. Ros sukakan bawang putih
Menurut Herb Society of America, dengan menanam pokok bawang putih di sekitar rumpun ros dapat membantu mencegah masalah serangan serangga dan penyakit yang banyak menyerang tanaman ros
2. Teh bawang putih mencegah Powdery mildew
Kupas serta potong 3-5 biji bawang putih dan rendam bersama 1 liter air panas. Biarkan air rendaman selama 24 jam. Selepas dibiarkan terendam 24 jam, tapis dan campurkan air rendaman bersama 3 liter air bersih. Semburkan campuran teh bawang putih tersebut pada keseluruhan tanaman termasuk di bahagian bawah daun
3. Tanam pokok bawang putih sekitar pokok buah
Seperti tanaman ros, pokok bawang putih yang ditanam di sekitar pokok buah berupaya mengelak serangan serangga dan penyakit terutamanya yang berpunca dari tanah. Ia mampu mencegah serangga perosak buah seperti lalat buah, kumbang dan sebagainya
4. Bawang putih sebagai racun kulat
Campurkan 2 labu bawang putih bersama 1 sudu teh cecair pencuci pinggan di dalam 2 cawan air. Kisarkan dan tapis. Campur pati bawang putih tadi bersama 1 gallon air dan semburkan pada tanaman yang dijangkiti. Campuran racun bawang putih ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk
5. Elak kehadiran ular
Bukan lah takut, tapi bahaya kepada keselamatan terutamanya jika ular yang menyelinap masuk dari laman menuju ke dalam rumah. Jadi, untuk atasi masalah ini berlaku, tanam bawang putih di sekitar kediaman anda. Ini kerana bawang putih merupakan pencegah alami untuk ular
6. Mencegah tikus mondok
Tikus mondok adalah ancaman utama jika anda seorang penternak. Ia akan aktif di waktu malam. Sebab itu, ramai yang tak akan perasan kehadiran tikus mondok di kebun atau kediaman kerana ia sangat kecil. Untuk mencegah atau menghalau tikus mondok di kebun anda, cuba hancurkan beberapa labu bawang putih dan masukkan ke dalam lubang yang dikesan menjadi tempat persembunyian tikus mondok
7. Bawang putih Tanaman Companion yang terbaik
Di luar negara, mereka jarang menggunakan racun serangga di kebun. Untuk mengatasi masalah serangga secara organik, selain menyediakan racun serangga buatan sendiri dari bahan tertentu, mereka turut memperkenalkan penggunaan tanaman peneman atau companion plant [klik sini untuk artikel lengkap]. Bawang putih mampu mengatasi dan mencegah serangan serangga seperti aphids, kumbang dan pelbagai lagi. Cuba tanaman lobak, cili, tomato, terung secara berselang dengan pokok bawang putih.
8. Elak serangan belalang
Belalang juga antara ancaman serangga perosak yang akan memakan tanaman anda secara diam. Walupun fizikalnya besar dan mudah dikesan, belalang antara serangga yang cepat memakan daun tanaman anda. Sedar-sedar, daun dah berlubang. Untuk atasi masalah ini, boleh cuba gunakan semburan teh bawang putih
9. Semburan racun untuk semua jenis serangga
Kisar 4 biji cili api bersama 4 ulas bawang putih, 3/4 sudu cecair pencuci pinggan, 1 sudu dan 3 cawan air. Biarkan bahan kisar 24 kemudian ditapis. Semburkan racun serangga bawang putih ini pada tanaman yang dijangkiti.
10. Bawang putih untuk ayam
Jika anda ada menternak ayam, burung dan sebagainya, Cuba hancurkan 2 atau 3 biji bawang putih. Kemudian masukkan ia ke dalam air minuman ayam. Ia Mampu meningkat tahap immun ayam darisebarang penyakit
Bagi yang sedang mencari pokok-pokok yang sesuai untuk dijadikan ‘pagar privasi’ semulajadi kediaman serta menyerikan lagi landskap laman, boleh tanam 3 jenis pokok ini. Ia bukan sahaja mudah dijaga, hidup subur malah sesuai dengan iklim tropika.
1. Calathea Lutea
Pokok Calathea Lutea adalah sejenis pokok tropika yang sesuai dengan iklim panas dan lembap. Daun pokok ini yang besar dan berwarna hijau sangat sesuai dengan halaman yang berkonsepkan Bali atau Tropical Garden.
Tumbuh rimbun menghijau, Calathea Lutea yang ditanam rapat sangat sesuai dijadikan pokok pagar privasi untuk melindungi kawasan rumah.
2. Red Ginger (Alpinia Purpurata)
Red Ginger (alpinia purpurata), suka cuaca panas dan lembap untuk hidup subur. Rizom dan tangkainya mempunyai bau pedas yang kuat. Bunganya berwarna merah terang atau merah jambu. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 4 meter.
Pokok ini juga berfungsi sebagai ‘pagar’ untuk melindungi privasi rumah dan sering dijadikan penyeri landskap kediaman.
3. Heliconia
Heliconia merupakan sejenis tumbuhan kumpulan bunga (ornamental plants) dari keluarga Heliconiaceae yang cantik dan mendapat perhatian peminat landskap.
Heliconia antara pokok pagar yang sangat sesuai ditanam di laman untuk mencipta ruang privasi bagi pemilik kediaman.
Ia mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir.
Malah mempunyai pelbagai jenis dan warna yang menarik sebagai penyeri landskap laman rumah.
Bagi anda yang gemar bercucuk tanam sudah tentu sering berdepan dengan masalah serangga perosak.
Petua yang dikongsikan oleh Suzurina Binti Muda ini amat berguna, terutamanya ketika tanaman seperti bayam brazil terdedah kepada serangan serangga, ulat, dan siput. Dengan menerapkan kaedah ini, tanaman bayam yang sebelumnya diserang ulat beluncas halus kini telah pulih dan tumbuh subur kembali.
Caranya
1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.
4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.