Ramai yang menyangka memiliki bilik tidur yang cantik dan sempurna sudah memadai untuk mendapat tidur yang baik. Tanggapan itu meleset sama sekali, ramai diluar sana lupa dengan kelengkapan wajib untuk tidur yang perlu di ambil kira sebaiknya memiliki sebuah kamar beradu.
Katil dan tilam serta bantal yang selesa adalah perkara paling utama yang perlu diambil kira untuk menikmati tidur yang berkualiti. Ribuan ringgit berhabisan untuk menghias sebuah bilik tidur. Tidak salah jika berbelanja sedikit untuk mendapatkan kelengkapan kamar yang bermutu tinggi.
Pakar tidur AmLife International telah mencatatkan satu lagi mercu jaya dengan pelancaran produk terbarunya, selimut kesihatan dan kecantikan serba maju yang dinamakan Ampower Platinum. AmLife mula memartabatkan kedudukannya sebagai pakar kesihatan tidur serba lengkap.
Pengasas dan Presiden AmLife, En. Lew Mun Yee menerangkan bahawa tidur amat penting dan syarikat berazam untuk membantu orang ramai meningkatkan tahap kesihatan menerusi tidur yang berkualiti. Dalam usaha menggiatkan misinya menjadi pakar kesihatan serba lengkap, AmLife merancang untuk memperkenalkan satu siri produk yang menambah baik kesihatan dan kehidupan pelanggan menerusi tidur yang berkualiti.
AmLife telah melancarkan selimut platinum berkualiti Ampower yang membolehkan pelanggan menjadikan badan mereka lebih sihat dan tampak muda selepas bangun tidur menggunakan teknologi kecantikan dan penjagaan kesihatan inovatif. Matlamatnya bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh badan tetapi juga untuk kulit yang cantik dan berseri menerusi tidur yang berkualiti.
Dikilang 100% di Jepun, fabrik ini diperbuat daripada serat platinum dan kapas bermutu tinggi yang lembut dan licin bak sutera. Ciri pengudaraan membantu menentang kelembapan dan kedinginan suhu bilik, menggalakkan metabolisme dan melengahkan penuaan.
Ads
Ampower Platinum menghasilkan satu trilion getaran sesaat yang membantu mengubah struktur molekul air dalam badan manusia. Dengan kelompok molekul air yang lebih kecil, molekul air menjadi lebih aktif, memastikan badan kita kekal sihat dan terhidrat.
Keadaan ini seterusnya menggalakkan peredaran limfa, mempercepatkan pembuangan toksin daripada badan, dan menguatkan pertahanan badan terhadap angin, kesejukan dan kelembapan. Ia juga membantu meningkatkan tahap keimunan badan, lantas menyegarkan semula badan dan menghasilkan kulit yang cerah dan berseri.
10 Manfaat Ampower Platinum:
Ads
Mengaktifkan bendalir badan secara aktif, melengahkan proses penuaan sel
2. Membantu memulihkan dan menyegarkan semula kulit
3. Menggalakkan peredaran limfa
4. Menggalakkan tidur berkualiti
5. Mencetus metabolisme dan penyahtoksinan
Ads
6. Memulihkan sistem imun
7. Meningkatkan kesan menguruskan badan
8. Meningkatkan tumpuan
9. Meningkatkan fleksibiliti otot
10. Mengawal suhu badan – melindungi badan daripada pengaruh “angin, kesejukan & kelembapan”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu bukan sahaja merupakan pembahagi ruang serta objek privasi, malah ia juga boleh menjadi elemen dekorasi bagi sesetengah ruang. Jika tidak dijaga atau dirawat, pintu yang telah lama dan hambar dapat mempengaruhi “mood” kediaman.
Selepas beberapa tahun, pintu di kediaman mungkin ada yang sudah kotor atau rosak. Buat anda dengan bajet terhad, pasti fikir banyak kali sama ada nak tukar pada pintu yang baru atau tidak. Sebenarnya, jika pintu masih elok dan berfungsi, anda tak perlu beli baru pun. Cukup hanya cat baru dan baiki mana yang perlu.
Dan pula, mengikut perkongsian dari Shaifuddin Shaffie melalui laman Kelab Kaki DIY, beliau hanya memperuntukkan sekitar RM100 sahaja untuk makeover 3 buah pintu!
Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Jadi la takat ni ja. Maaf banyak2 sebab post x bagi details. Kayu & gam kayu beli kat shopee RM60++ Ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki. Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu
BAHAN-BAHAN
KEADAAN SEBELUM
KEADAAN SELEPAS
Shaifuddin mendapat inspirasi apabila melihat wainscoting pada dinding yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang. Idea tersebut diterapkan untuk transformasi pintu di rumahnya dan hasilnya amat memuaskan.
Menurutnya lagi, masa yang diambil bagi menyiapkan sebuah pintu hanya lah 2 jam termasuk proses memotong dan menampal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Satu ketika dulu ramai yang menggunakan wallpaper di rumah. Tapi bila dah lama kita pun rasa bosan dan rasa nak tukar deko atau cat baru.
Masalahnya, nak tanggalkan wallpaper ini memang kerja remeh. Silap cara atau salah tarik dengan cat sekali tertanggal. Lagi sakit mata ada pula kesan gam tertinggal kat dinding.
Bagi korang yang nak tanggalkan wallpaper di rumah, tip dikongsi oleh penyampai radio Shah Gegar ini sangat membantu.
Katanya untuk tanggalkan wallpaper dengan mudah cuma guna semburan air dua bahan ini, wallpaper akan mudah ditarik tanpa tanggalkan cat.
Cara mudah tanggalkan wallpaper
Bahan yang diperlukan:
Botol penyembur
Softland
Scrapper plastik
Air panas dan air paip
Cara-caranya:
1. Tuang Softland dalam botol penyembur, tak perlu banyak kuantitinya.
2. Kemudian campur dengan air panas diikuti dengan air paip.
3. Tarik wallpaper yang sudah tertanggal.
4. Kemudian sembur air bancuhan tadi pada wallpaper yang tertinggal. Biarkan ia kembang seketika.
5. Bila wallpaper dah kembang cuma tarik ke bawah dan ia akan tanggal dengan mudah tanpa menanggalkan cat. Memang senang.
Bila tandas dah cantik, kebersihan pun perlu dijaga. Namun, kebanyakkan tempat awam mengambil ringan akan kebersihan tandas hinggakan geli kita nak guna.
Menerusi laman media sosial rasmi milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), satu hantaran dibuat untuk mengumumkan pemenang utama bagi kategori tandas bersih.
Terdapat tujuh kategori bagi tandas bersih iaitu stesen minyak, pusat beli-belah, hotel, kawasan rehat dan rawat, restoran, PBT serta sekolah.
BHPETROL LADANG BIKAM ARAH UTARA MENANG TANDAS BERSIH
Pemenang utama bagi tandas bersih kategori stesen minyak dimiliki oleh BHPETROL Ladang Bikam Arah Utara, Sungkai Perak.
Kategori pusat beli-belah dimenangi oleh Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pemenang utama kategori hotel adalah milik Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Selain itu, pemenang utama bagi kawasan Rehat dan Rawat adalah RnR Machap Arah Utara, Lebuhraya Plus, Kluang Johor.
Pemenang bagi restoran pula Andaman Seafood Village, Kuala Lumpur dan kategori PBT dimenangi oleh Tandas Awam MITC serta Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka.
Pemenang bagi tandas bersih kategori sekolah jatuh kepada SMK Merbau yang terletak di Miri Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang terlibat!
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.