Terdapat pelbagai cara untuk membiakkan tanaman berbuah. Namun cara yang paling cepat dan memastikan baka yang dihasilkan terbaik adalah melalui keratan batang, tut dan cantuman dewasa.Bagi tanaman yang telah tua dan tidak produktif, cantuman dewasa adalah langkah terbaik. Kebanyakkan pengusaha ladang buah seperti durian dan mangga telah memperaktikkan kaedah ini.
Salah satu kaedah yang boleh di usahakan adalah melalui cantuman mata tunas. Kaedah dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan cantuman mata tunas sama seperti cara cantuman dewasa yang lain. Namun sedikit berbezakera ia menggunakan kulit dan bahagian tunas sahaja.
Bahan-bahan:
– Induk yang sihat (pastikan induk yang dipilih mempunyai diameter batang atau dahan berukuran lebih kurang 1.5-2 cm
– Mata tunas (pastikan mata tuns yang diambil dari pokok yang pernah berbuah)
– Tali atau plastik pembalut
– Pisau
Ads
Cara-cara: 1. Toreh kulit dahan yang telah dipilih untuk dilakukan proses cantuman. Pastikan bahagian dalam dahan atau batang tidak tercedera. Ukuran yang diperlukan adalah 1.5cm lebar dan 2-3 cm panjang. Kupas dan buang keseluruhan kulit di bahagian tersebut
2. pilih mata tunas dari pokok yang sihat, berkualiti dan telah berbuah. Kupas kulit di sekitar mata tunas. Pastikan saiz mata tunas yang diambil berpadanan dengan ruang yang telah disediakan pada pokok penanti
Ads
3. Tempel tunas pada bahagian kulit pokok yang telah dikupas tadi.
4. Ikat kawasan cantuman dengan tape atau plastik pembalut sehingga kemas
Ads
5. Setelah 3 minggu proses cantuman dilakukan, buka pembalut dan pastikan bahagian cantuman kukuh bercantum dengan bahagian penanti dan masih segar. Jika mata tunas kering, ini menunjukkan proses cantuman anda gagal
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Katil, bukanlah perabot wajib ada dalam sesebuah bilik tidur. Yang penting adalah sebuah tilam yang memberi keselesaan ketika beradu. Ramai beranggapan bilik tampa katil tak kemas dan tak cantik. Anda silap. Berikut idea bilik tidur tanpa katil yang memang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah yang selamat adalah rumah yang bebas daripada risiko kebakaran. Anda pasti tidak mahu kemalangan seperti kebakaran ini berlaku pada kediaman anda. Setelah berbelanja berpuluh ribu ringgit untuk kos renovasi serta membeli perabot dan hiasan aksesori rumah, langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku kebakaran juga patut diambil.
1. Amalkam matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya
Sekiranya anda tidak menutup suiz elektrik setelah menggunakkannya ia boleh menyebabkan kebakaran. Sebagai contoh sikap leka ini berlaku setelah anda menggunakan seterika tanpa menutup suis.
2. Jangan menggunakan ‘heater’ untuk masak air
Tahukah anda heater sebenarnya tidak sesuai digunakan untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, bahan kimia yang terdapat pada permukaan heater mula terhakis setiap kali anda menggunakannya.
3. Jangan gunakan soket tambahan
Ramai yang menggunakan soket tambahan kerana ia memudahkan kerja dan dapat dibeli dengan harga yang murah. Keburukan yang terdapat pada soket tambahan ialah ia tidak dapat menampung arus elektrik yang tinggi. Justeru, apabila penggunaan elektrik terlalu tinggi, soket tersebut akan cair dan menyebabkan litar pintas. Secara tidak lansung akan menghasilkan api.
4. Simpan mancis/pemetik api di tempat selamat
Anda perlu menyimpan mancis dan pemetik api dari anak-anak kecil anda. Sebagai ibu bapa anda harus awasi dan didik mereka akan bahayanya bermain dengan api.
5. Luangkan masa untuk hadir ceramah/latihan mencegah kebakaran
Tahukan anda ilmu tentang mencegah kebakaran ini amat penting dalam kehidupan harian anda. Ia mampu melatih anda supaya tidak cemas dan tahu untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran.
6. Gunakan alatan elektrik yang mempunyai pelekat SIRIM
Barangan yang menggunakan label SIRIM atau tanda pegesahan adalah disahkan di bawah Skim Pensijilan Produk SIRIM, yang menyediakan jaminan bebas kepada pengguna bahawa produk itu mematuhi standard khusus dan selamat digunakan.
7. Pasang alat pengesan asap
Alat pengesan asap sangat efiesen dalam memberi amaran awal jika berlaku kebakarn terutama semasa penghuni rumah sedang tidur. Banyak kes yang berlaku penghuni rumah tidak dapat lari keluar bila api sudah marak besar dan menutup jalan keluar.
8. Sediakan pamadam api
Setiap kediaman harus mempunyai alat pemadam api ini dan letakkan ia ditempat kursus seperti berhapiran dengan dapur atau bilik tidur.
9. Periksa salur LPG gas
6 bulan sekalipastikan anda cek salur gas dapur anda. Lap dengan air sabun dan lihat kawasan yang keluar buih. JIka terdapat buih anda perlu menukar salur gas yang baharu.
10. Dapatkan bantuan daripada yang pakar
Dapatkan bantuan daripada yang pakar untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan eletrik di kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempoh PKP kalai ni sungguh panjang. Mengintai Laman Facebook, Impiana nampak banyak perkongsian rakan-rakan dekor yang berja “makeover” kediaman hasil DIY sendiri. Walaupun kedai menjual alatan menukang tak beroperasi, ia bukan halangan kerana zaman serba canggih ni banyak kedai atas talian seperti Lazada Dan Shopee.
Seperti perkongsian Ahmad Khairudin. Bilik buat sicilik berjaya disempurnakan dalam tempoh PKP ni. Dan kebanyakkan bahan yang digunakan di beli secara atas talian.
Ruang bilik ni sebenarnya kosong dan hanya dipakai untuk shooting sahaja. Dah lama sangat bilik ni kosong n kita ubah suai untuk dijadikan bilik anak perempuan.
Semua ni 100% DIY oleh saya sendiri dengan perbincangan bersama wife berkenaan tema apa dan konsep yang sesuai berdasarkan minat Hayla Sofea. Proses Makeover ni ambil masa sikit kali ni ( ada sbulan kot) sebab semua barang dapat secara online dan ada yang dari China (Maklumlah time PKP kan). Untuk butiran barangan online saya ada sertakan link. Semoga perkongsian ini memberi idea dan manfaat yang penting kalau DIY ni JIMAT BANYAK!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.