Pernah atau pun tidak anda terfikir bagaimana perabot yang perbuat daripada kayu rotan tampak klasik ini boleh dipadankan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini. Adakah ia boleh dan sesuai untuk dipadankan bersama? Pasti perkara ini pernah menjadi persoalan anda sebelum ini.
Bagi anda yang meminati pemilihan perabot yang diperbuat kayu rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, kedua-dua elemen ini sebenarnya boleh dipadankan bersama dan mendapatkan hasil dekorasi hiasan dalaman yang tampak cantik.
Ada beberapa perkara serta cara yang betul perlu anda tahu bagi menggabungkan perabot rotan dan dekorasi yang berkonsepkan moden.
Untuk maklumat anda, pemilihan perabot yang diperbuat daripada rotan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana konsep dekorasi hiasan dalaman rumah seperti Minimalis, Bohomien dan Scandinavian.
Ads
Namun begitu, pemilihan perabot tersebut haruslah mempunyai rekaan yang bersesuaian dengan konsep dekorasi yang ingin ditonjolkan bagi setiap ruang dalaman kediaman.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan cara yang betul untuk padankan perabot yang diperbuat rotan dengan dekorasi yang berkonsepkan moden ini, anda boleh menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah:;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dalam kita menghias kediaman sempena hari raya, benar kita perlu lebih peka terhadap kehendak semasa. Tetapi bukanlah tiket untuk kita berhabisan dan berbelanja besar untuk mejadikan ruang kediaman umpama set drama bersiri.
Masih ada jalan lain yang boleh kita usahakan dengan sentuhan yang minima tetapi impaknya maksima. Suai padan yang terancang bukan hanya datang dari benda yang baharu, tetapi perancangan bijak. Barulah betul-betul hias…
Senaraikan Apa Yang Perlu Ditukar.
Adakala kita rambang mata dibuatnya dengan segala tawaran yang ada di pasaran. Jangan kerana ini, kita merosakan bajet yang telah di rencanakan. Jadi tulis senarai apa yang boleh ditukar, atau diganti baru.Mungkin dalam sebuah ruang kita bataskan hanya 2 barang baru dibeli baru. Misal kata langsir dan alas meja.
Hormati Bajet Anda
Benar adakala kita ghairah menghias kediaman untuk menerima kehadiran orang ramai. Begitu ghairah sehingga kita terlupa bajet yang telah ditetapkan. Jadi hormati bajet anda dan cuba cari alternatif yang lebih menguntungkan. Tahukah anda kini banyak kedai harga jimat yang menawarkan produk yang sungguh menarik dan cantik. Malah sesuai untuk anda gunakan sempena musim perayaan dan digunakan oleh pengunjung ramai.
Kuasa Warna
Mahu ruang kediaman tampil berbeza di hari raya? Hanya tukar feature wall anda kepada warna berbeza. Misal kata tahun lalu ruang kediaman anda menggunakan warna hangat atau terang. Tahun ini tukar kepada warna dingin. Ia bukan sahaja memberi impak berbeza malah mood raya pun dapat dirasakan. Cuba buka FB IMPIANA dan lihat video BUAT SENDIRILAH yang banyak membantu.
BIG N BOLD
Adakala kita tidak perlu tukar banyak. Cukup sebuah dua barangan yang agak menonjol dan menarik. Misal kata hiasan dinding seperti cermin atau jam yang agak besar. Atau anda boleh menukar kedudukan hiasan dinding dan digantikan dengan lukisan abstrak dari koleksi gambar keluarga.Ia agak mudah kerana dinding merupakan elemen menegak yang menjadi sasaran utama pandangan mata. Tidak perlu banyak, kita tukar kepada sesuatu yang besar dan menonjol.
Kuasa Cahaya
Satu lagi aspek mudah dan ringkas. Anda nak tukar mood cahaya sahaja pun tidak mengapa. Jika dahulu menggunakan lampu kalimatang, kini nak menjadikan ruang kediaman lebih dramatik pun ok. Malah lebih menarik sempena hari raya. Panggunaan lampu meja, lampu lantai dan down light yang warm sememangnya memberi mood yang cantik dan elegan pada ruang. Manakala yang lain, tidak perlu ditukar. Cukup dengan bermain dengan cahaya.
Elemen Semula jadi
Hiasan kediaman yang cantik bukan hanya terletak pada perabot yang mahal. Kita selalu terlupa, elemen hidup memainkan peranan yang sangat penting. Ia bukan sahaja mencantikkan ruang tetapi memberi satu elemen yang luar biasa pada ruang kediaman. Serikan ruang kediaman anda dengan pokok hiasan semula jadi dan pastikan ia bukan dari jenis beracun. Kini terdapat pelbagai teknik mengabadikan elemen hijau di dalam kediaman yang boleh anda terapkan khas sebagai hiasan sempena hari raya.
Masalah siling atau dinding bocor ini selalu membelenggu pemilik kediaman jenis bertingkat sama ada apartment atau kondo. Malah, masalah ini juga boleh menyebabkan konflik dengan jiran atas dan sebelah.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING. PENING!
Ketahui hak anda dalam situasi ini
Jika anda menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
DIY pagar daripada cement board, jimat banyak banding upah tukang. Tidak dapat dinafikan, pagar menjadi elemen utama sebagai menjaga privasi pemilik sesebuah kediaman.
Seperti yang kita sedia maklum, pagar dijadikan sebagai halangan bagi mengelakkan pandangan orang luar. Secara tidak langsung, apabila pagar yang dibina untuk lebih privasi maka pemilik kediaman terutamanya wanita bebas melakukan aktiviti luar tanpa rasa diperhatikan.
Melalui perkongsian Nazziatul Nahira wanita ini berkongsi cara untuk DIY pagar privasi menggunakan cement board. Pagar daripada material ini juga bukan sahaja hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata tetapi dalam masa yang sama mencantikan pagar rumah.
CARA UNTUK DIY PROJEK PEMASANGAN PAGAR PRIVASI DARIPADA CEMENT BOARD:
Bagi yang hendak buat projek diy macam ini, kosnya mengikut keluasan rumah. Kos untuk rumah saya adalah seperti berikut:
Cement board: RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong(5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Pastikan alatan semua lengkap barulah mudah buat kerja diy anda.
CARA UNTUK MELAKUKAN PEMASANGAN PAGAR PRIVASI:
Bagi memulakan proses pemasangan pagar privasi ini, tentukan kawasan mana yang anda ingin letakkan cement board untuk dijadikan sebagai pagar privasi di rumah anda.
2. Ini adalah cement board yang telah pun dipotong mengikut saiz yang sesuai.
3. Proses ini dimulakan dengan menganggarkan terlebih dahulu jarak dan bilangan cement board yang hendak diletakkan pada pagar tersebut.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.