Asrama universiti seharusnya menjadi tempat yang selesa dan kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu dan beristirahat.
Namun, keadaan beberapa fasiliti asrama di universiti terkemuka di Malaysia mencetuskan kebimbangan apabila didapati terdapat masalah kebersihan dan penyelenggaraan yang serius.
Salah satu masalah yang paling ketara adalah dinding yang kusam dan kesan kulat bertompok di pelbagai sudut bangunan.
Hal ini selepas seorang pengguna TikTok yang dipercayai pelajar semester pertama di sebuah universiti terkemuka telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan fasiliti asrama yang cukup naif dan nampak menyeramkan.
@miyyaa01 standard uitm ke ni? #uitm #unipurple #uitmdihatiku ♬ original sound syashasamsudin
Menerusi video tersebut, bermula dengan dinding yang catnya sudah kusam di samping mempunyai kesan kulat bertompok padanya di dalam bilik asrama itu.
Masalah dinding berkenaan turut terjadi di kawasan beranda dan juga tandas yang mana menjadikan ia tampak usang seperti sudah lama ditinggalkan.
Kipas dinding tanpa penutup pula bersaiz kecik sekaligus tidak dapat menyejuk keseluruhan bilik seperti yang diharapkan. Ruangan bilik yang kecil ini juga jadi lebih padat apabila barangan mula dibawa masuk.
Cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.
Secara keseluruhannya, persekitaran sangat tidak kondusif untuk diduduki apatah lagi fasiliti yang tampak usang menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh para pelajar yang menetap di asrama universiti itu.
Pelajar itu langsung menyoal adakah setakat ini sahaja standard universiti dalam menyediakan fasiliti asrama kepada para pelajar di sana. Mana mungkin mereka tidak marah kerana perlu membayar yuran ratusan untuk menduduki astama tetapi setakat ini sahaja kualiti yang diterima.
Perkongsian pelajar bernama Amirah Amri di platform TikTok ini telah meraih perhatian netizen di mana majoritinya sangat terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti terkenal itu.
Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini: