Walaupun hanya menetap di rumah yang disewa, tidak menjadi masalah untuk mendeko dan menghias cantik setiap ruang. Asalkan tidak melanggar peraturan dan garis panduan yang diberi tuan rumah, banyak perkara yang boleh anda lakukan bagi menaiktaraf keadaan rumah sewa.
Salah satu elemen yang patut diberi perhatian adalah bahagian lantai. Jika rumah sedia ada menggunakan tikar getah, pasti anda fahan yang ianya agak susah nak “maintain”. Ia juga tak tahan lama dan mudah koyak selain mengumpul kelembapan.
Bagi Muaz Diyana, tikar getah tidak sesuai untuk penggunaan harian dirumah sewanya jadi beliau mengambil langkah untuk menukarkan tikar getah kepada bahan yang lebih mudah diuruskan dan menjimatkan. Ikuti perkongsiannya;
No More Tikar Getah
Assalamulaikum Sahabat deko,
Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewe kami bersimen sahaja. So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.
Ingat walaupun rumah sewe jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pelah. Kita cat bagi cantik.
Ads
Sebelum tu jom follow instagram rumah kami: http://www.instagram.com/casadeena
Banyak tips diy lain yang kami kongsikan. Jangan lupa follow ok!!
Kami guna cat Epoxy ni untuk selesaikan masalah tikar getah yg high maintanance tu.
Kenapa kami pilih epoxy cat putih?
1. Epoxy ni cat nya untuk industrial work place biasanya,so tak licin dan nampak kemas.
2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir.
3. Senang nak mop dan sapu.
4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.
.
Kami dah pakai lebih 4 bulan so memang recommended.
Ads
Buat laluan sementara tunggu kering. Cat sikit-sikit. Sebab nanti susah nak lalu lalang.
Ads
Tips masa nak cat:
1. Korang kene kosongkan perabut atas lantai.
2. Better korang buat part by part. Sikit-sikit sebb nanti nak jalan susah.
3. Nak keringkan ambil masa 16jam.
4. So bila bahagian yang dh dicat tu dah kering, cat pula bahagian yang dh korang lopongkan untuk laluan tu.
5. Jgn letak perabut berat selepas dah kering. Tunggu 24jam then baru kemas balik. Takut tanggal catnya.
6. Tips akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.
Cat Epoxy jenis: NIPPON PAINT Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.
Cost: 1 cat + 1 hardener RM86
Ratio: 1set cat boleh buat utk 150sqft.
Mana nak beli cat? Kedai Hardware, banyak pilihan warna. Ok tu jer tips yang nak dikongsikan, semoga bermanfaat. Dekat gmbar ada tunjuk cat code dan hardener yang kami gunakan. Anything just comment if ada pertanyaan ok. Saya sudi berkongsi. Happy dekor!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang gemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala Hollywood Style seperti ini? Konsep yang mengetengahkan ciri-ciri elemen glamor dan mewah ini sudah semestinya menjadi kesukaan ramai khususnya buat mereka pencinta filem antarabangsa.
Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menwujudkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah.
Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.
Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen.
Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.
Foto: Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Terdapat banyak pencuci sayur dan buah di pasaran. Ia digunakan bagi tujuan menyingkar bahan kimia yang diguna untuk melindungi sayuran dan buah-buahan dari cepat rosak dan kelihatan lebih menarik.
Namun menurut perkongsian Fatimah Salim di dalam group facebook Makmal Makanan (MaMa) ia mengundang ancaman lain kepada kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Jom kita baca perkongsiannya.
Menurut badan regulasi yang bertanggungjawab melindungi kesihatan dalam memastikan keselamatan dan keberkesanan sebarang produk kegunaan awam iaitu Food and Drug Administration (FDA), mencuci buah dan sayuran dengan sabun atau produk pencuci khusus komersial adalah TIDAK digalakkan.
Ini kerana saki baki sabun atau pencuci khas sukar untuk dibersihkan sepenuhnya dan mungkin tertinggal pada buah dan sayuran. Bahan kimia yang tertinggal pada permukaan atau diserap oleh sayuran dan buah ini boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit terutamanya kepada individu yang sensetif.
Apa yang anda perlu lakukan ialah merendam, kemudian mencuci dan menggosok sayuran dan buah di bawah air yang mengalir. Boleh juga menggunakan berus penggosok khas yang bersih untuk menanggalkan lapisan perlindungan pada buah seperti epal, labu atau timun. Dan untuk mereka yang risaukan saki baki bahan kimia racun serangga, mungkin boleh merendam seketika dengan air garam atau soda bikarbonat sebelum mencuci dengan air yang mengalir.
Sekiranya buah dan sayuran tidak dimasak terus, keringkan permukaannya dengan kain atau tisu yang bersesuaian. Ini bertujuan untuk menghalang lembapan berlebihan yang boleh menyumbang kepada kemandirian kuman yang mungkin berbaki pada permukaan sayuran dan buah sebelum penyimpanan. Keadaan yang kering ini juga akan membuatkan sayuran dan buah tahan lebih lama.
Nota: Biasanya sayur berdaun macam bayam, saya akan kacau dan rendam seketika (3 minit) dengan air secukup yang buat sayur terapung. Ini untuk pastikan pasir atau tanah betul-betul tertanggal daripada sayur. Biasa saya ulang 3 kali. Dan lihat air basuhan terakhir untuk puas hati. Semasa siang juga saya cermat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pos Malaysia melancarkan koleksi setem edisi terhad sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang memaparkan gabungan elemen senireka Islamik Arabes dan kaligrafi Kufi. Koleksi setem edisi terhad Hari Raya Aidilfitri 2020 ini boleh dibeli sekarang melalui atas talian di www.eziemall.com. Koleksi setem ini juga akan mula dijual di 13 Pejabat Pos Besar seluruh negara mulai 18 Mei 2020. Reka bentuk setem Hari Raya Aidilfitri 2020 membawa maksud erti dan nilai perayaan Hari Raya seperti “Kemenangan” dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadan dan keadaan yang mencabar, “Kesyukuran” di atas segala kurniaan yang diterima semasa bulan yang mulia ini dan “Keikhlasan” yang mencerminkan sifat jujur di dalam semua perkara, terutamanya pada masa-masa yang sukar ini. Melalui siri setem yang unik ini, Pos Malaysia berharap ia dapat melahirkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia dan saling menerima kepercayaan dan budaya yang berbeza dan yang paling utama, sentiasa bersatu dan menjaga kebajikan satu sama lain terutamanya sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata “Kita sedang menghadapi norma baru pada tahun 2020 akibat daripada pandemik global ini dan adalah penting bagi kita untuk sentiasa tabah dan bersatu untuk melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Tahun ini perayaan Hari Raya Aidilfitri amat berbeza buat semua, namun ia tidak bermakna semangat perayaan ini berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Koleksi setem Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menjadi penanda Kemenangan kita dalam mengatasi kesukaran ini, Kesyukuran atas keselamatan dan kesihatan yang baik dan Keikhlasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli masyarakat.”
Setem Hari Raya Aidilfitri 2020 ini berharga RM25.00 untuk setiap helaian setem dengan nilai muka RM0.60 untuk setiap setem. Pengumpul setem, peminat dan orang ramai harus memiliki koleksi ini, kerana hanya dicetak dalam jumlah terhad sebanyak 1,000 lembaran sahaja. Pengumpul setem dan orang ramai juga boleh membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk memudahkan pembelian koleksi setem terkini serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh SODA.
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA, boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara ataupun melalui atas talian di www.posonline.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli yang lain, boleh menghubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di 03-2267 2267 samb 2000 atau emelkan pertanyaan anda ke filateli@pos.com.my. Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia juga menawarkan kempen dalam talian #RayaDiRumah untuk membantu usahawan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan peniaga kecil dengan mempromosikan perniagaan dan produk mereka.
Melalui kandungan media sosial #RezekiDiKongsi di Instagram dan Twitter, Pos Malaysia membolehkan para peniaga dalam talian berhubung dengan pelanggan-pelanggan melalui iklan di media sosial dan penglibatan sosial, serta berkongsi tips membeli-belah dan peringatan mengenai hari terakhir pengeposan untuk Hari Raya. Pos Malaysia juga ingin mengingatkan semua pelanggan untuk mengepos bungkusan Pos Laju dan Mel sebelum 18 Mei 2020 dan kad ucapan Hari Raya sebelum 20 Mei 2020 untuk memastikan serahan dapat dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat terkini mengenai perkhidmatan Pos Malaysia, aktiviti dan segala informasi terkini boleh didapati di pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you).
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.