Laman

Cegah Serangga Di Kebun, Sembur Je Air Rendaman Kulit Bawang

Share

Cegah Serangga Di Kebun, Sembur Je Air Rendaman Kulit Bawang. Biasalah, kalau dah berkebun tu mesti anda akan alami masalah serangan semut, ulat beluncas, thrip, bena dan lain-lain. Biasa lah, kalau si perosak ni menyinggah tanaman, kalau tak diselesaikan segera memang boleh undang mudarat seisi kebun.

Mudah je nak atasi. Anda boleh pilih penggunaan pencegah dan pembasmi serangga komersial yang mengandungi bahan kimia berjadual, atau boleh pilih pencegah organik. Sebelum ni, Impiana dah kongsikan pelbagai resepi pencegah serangga organi yang mudah seperti bunga cengkih, kulit limau, nasi basi dan pelbagai lagi.

Baca juga: Letak Kulit Bawang Dalam Masakan Untuk Antioksidan Dan Antikanser

Ada satu lagi resepi pencegah serangga dari sisa dapur yang Impiana nak kongsi iaitu kulit bawang. Resepi pencegah serangga ni dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad

. Jom kita lihat cara penyediaannya

Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah x ada.

Baca juga: Tanam Tomato Guna Baja Kulit Bawang Untuk Buah Banyak Dan Cantik

Ni bawang bawang yag telah dikupas. Mereka sedia untuk membawang. Yang ni guna untuk masakan sahaja.

Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dalam beberapa minit.

Kemudian,isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selapas dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali, contoh botol jus oren twister. Tambah air paip bagi penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lepas tu spray pada pokok yang brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.

Published by
Impiana