Tikus, antara haiwan perosak utama di dalam kediaman. Jika dibiarkan ia buakan sahaja merosakkan kediaman, malah mengundang ancaman kebersihan dan kesihatan. Cara paling mudah membasmi tikus di rumah adalah dengan menggunakan racun. Namun ia bukan sahaja membuat anda terdedah kepada racun jika terkena malah akan menyebabkan rumah berbau busuk apabila tikus yang makan racun tadi mati. Inana Rai ada cara yang lebih organik tapi mujarab.
Cara yang biasa dibuat untuk kawalan tikus adalah dengan racun perut , tikus akan mati bila termakan umpan beracun. Cara ini agak berkesan tetapi berbahaya kepada kanak-kanak terutama jika dlm kawasan kediaman .Salah satu pilihan lain ialah kita boleh jauhkan tikus dengan menggunakan jering. Jering dipercayai mempunyai “hormon” yang tidak digemari oleh tikus.Langkah-langkah menghasilkan air jering untuk menghalau tikus.
Ads
Bahan:
jering yang cukup tua
air
Ads
Cara:
1. Kupas atau hancurkan atau tumbuk jering jering dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan air secukupnya
3. Rendam jering tadi selama beberapa hari.
4. Tapis dan ambil air rendaman jering tadi.
5. Spray di tempat yang dikehendaki.
6. Cebisan jering juga bolehlah ditaburkan ke dikeliling rumah.
Ads
Awas : air jering ini sangat busuk , sebab itu tidak digemari oleh tikus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Impiana lihat sekarang bagai menjadi satu kebiasaan pemilik memilih langsir jenis eyelet. Mungkin disebabkan ia lebih mudah untuk dipasang. Tapi, langsir eyelet ni perlu pakai rod khas. Di pasaran terdapat pelbagai design dan saiz rod langsir eyelet. Tapi bagi anda yang tak berapa ada bajet atau susah nak dapatkan rod langsir eyelet, boleh cuba DIY sendiri hanya dengan bajet RM 20 sahaja menggunakan paip PVC seperti yang di kongsikan oleh A’Ain Aminu’din ni
Bahan-bahan:
-pipe end cap x 4pcs,
-pipe hook x 6pcs,
-nut n screw (boleh guna cable tie),
-L bracket beli dekat DIY x4pcs,
-pvc pipe 8 kaki x 2pcs,
-Spray hitam RM6,
-Langsir beli dekat DIY RM29 sekeping x 4pcs.
Cara-cara:
1. Padankan pipe end cap pada PVC yang telah siap di potong dan semburkan cat hitam pada keseluruhan batang paip.
2. Sementara tunggu cat kering, padankan bahagian L bracket dengan pipe hook menggunakan skru. Ia akan menjadi tempat untuk sangkut rod langsir nanti
3. Tebuk lubang untuk dilekatkan L bracket tadi
4. Cat pada rod telah kering sepenuhnya, boleh lah dipasangkan langsir
Puas cari design yang sesuai dengan dekor rumah jenis langsir eyelet. Tapi banyak design yang menarik jenis langsir klip. Tak perlu risau. Anda tebuk je lubang sendiri untuk pasang eyelet. Nak tahu caranya [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah cacing dalam bilik air ini pasti ramai yang hadapikan. Memang rasa stress dan geli tahap gaban, mana tidaknya dah cuci bilik air pun kadang-kandang masih ada. Bila sembur dengan air hilang la sekejap lepas tu ada balik. Kadang-kadang ada cacing dalam bilik air ni muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas (tandas duduk). Ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin (tiles) tu. Sekali kita mandi, habis keluar semua cacing tu.
Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ni sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan. Jadi, apa yang patut kita buat sebenarnya?
Jom IMPIANA kongsikan tip hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
6 CARA HILANGKAN CACING DI BILIK AIR DENGAN BERKESAN
1. GUNA GARAM
Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam. Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas. Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian spray kan ke dinding bilik air. Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing tu datang.
Kalau kerap lakukan, insha Allah lama-lama nanti cacing tu tak datang dah.
2. GUNA PELUNTUR (CLOROX)
Selain guna garam, ada juga yang cadangkan guna clorox. Tapi kena hati-hatilah terutamanya yang ada anak kecil sebab bau clorox atau peluntur ni kan kuat.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan clorox ke seluruh kawasan lantai dan dinding.
3. GUNA CUKA
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama je. Semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
4. GROUT CLEANER
Satu lagi yang boleh kita cuba ialah pencuci lantai yang bagus. Kalau boleh ia dilabel sekali dengan grout cleaner. Biasanya pencuci lantai jenis ni memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.
Kalau kita dah cuba buat empat cara di atas ni tapi masih tak berkesan, mungkin kita kena check tengok celahan mozek atau jubin (tiles) dekat dalam bilik air sebab mungkim ada mana-mana lubang yang menjadi ‘laluan masuk’ bagi cacing-cacing ni. Antara cara paling mudah ialah simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih. Selain guna simen, boleh juga tampal celah mozek / jubin tu boleh guna bancuhan Sika215. Dia macam plastersin, dan datang dalam 2 bahagian. Kita kena campurkan kedua-dua bahagian tu dan uli sampai jadi doh. Lepas tu tampal dekat lubang yang nak seal tu. Sika215 ni berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen. Rasanya sekarang ni pun dah ada jual grout filler yang mudah nak guna. Picit je kat celah-celah jubin tu.
Cat epoxy ni pun salah satu cara untuk waterproofing lantai bilik air. Kalau alang-alang nak makeover bilik air, bolehlah gabungkan cara simen putih pada celahan tiles dan cat ni sekali untuk kemasan akhir. Bukan saja hilangkan cacing, tandas pun jadi baru terus!
Jika masalah terlalu serius dan cacing tak juga hilang walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin kita kena periksa balik cara pemasangan lantai di rumah. Mungkin ada tukang yang buat rumah kita dulu ada tertinggal komponen waterproofing atau lapisan pelindung yang menyebabkan lantai terdedah pada lembapan hingga menyebabkan cacing ni membiak di bilik air. Walaupun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin adalah jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air kita.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan buang dulu! Barangan lama yang sudah buruk jangan disangka tiada harga. Dengan kos yang rendah dan sedikit kreativiti, anda boleh mengubah apa jua alatan menjadi berharga. Cuba sendiri dan lihat transformasi kerusi besi dengan cat yang sudah tertanggal ini bertukar menjadi sebuah kerusi comel dan ceria.
+ ANDA PERLUKAN
Kerusi besi lama
Kertas Pasir
Primer
Masking tape atau painters tape
Cat pelbagai warna
Berus cat
Spray polycrylic
+ MASA/ KOS
3 Jam 30 minit/ RM50
+ LANGKAH-LANGKAH
1. Gunakan kertas pasir untuk buang sisa cat dan karat yang masih melekat pada kerusi lama tersebut. Pastikan permukaan kerusi rata dan tidak terlalu kasar.
2. Kemudian lap kerusidengan kain basah untuk hilangkan segala kotoran dan habuk.
3. Spray kerusi tadi dengan spray putih dan tunggu sehingga kerusi betul-betul kering (lebih kurang 1 jam)
4. Ambil masking tape dan tampal pada kerusi mengikut corak dan design yang anda suka. Lakukan secara berperingkat dan mengikut bahagian.
5. Berikan masa 20 minit untuk cat kering sebelum anda mula mengecat pada bahagian seterusnya.
6. Anda juga boleh tambahkan cat emas pada hujung kaki kerusi untuk efek yang lebih elegan.
7. Akhir sekali, selepas cat kering, ambil spray polyacrylic dan spray pada seluruh bahagian kerusi sebagai lapisan perlindungan dan agar cat tahan lebih lama.
8. Biarkan kering selama sejam sebelum guna. Selamat mencuba!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.