Sebuah lokasi penempatan yang terbaik perlulah memiliki kawasan komuniti untuk aktiviti sihat. seperti di Alam Suria, Bandar Puncak Alam yang sedang berkembang pesat, kini berpeluang untuk menjalani kehidupan seharian yang lebih sihat. Dikelilingi persekitaran yang hijau dan menenangkan, Alam Suria IJM Land adalah projek perumahan yang direka khas dengan gabungan pelbagai tarikan unik seperti persekitaran yang berlatarkan tumbuh-tumbuhan dan kehijauan semula jadi, komuniti serantau yang berintegrasi serta berdekatan dengan lebuhrayalebuhraya utama seperti LATAR dan Guthrie Corridor. Kawasan ini juga amat berhampiran dengan kawasan komersial dan kawasan beriadah.
Bandar yang berlatarkan alam semula jadi ini membolehkan penduduk berehat dan beriadah bersama keluarga serta menyertai aktiviti-aktiviti komuniti bersama rakan-rakan atau jiran tetangga di pusat rekreasi Central Park. Pusat rekreasi Central Park IJM Land terletak di perbandaran yang terancang dan serba lengkap, ia meliputi kawasan rekreasi yang dibina khas untuk penduduk Bandar Puncak Alam. Pusat rekreasi Central Park ini membuktikan bahawa komitmen IJM Land sebagai pemaju bukan hanya untuk membina kawasan perumahan, tetapi juga sebuah komuniti. Pusat rekreasi yang baru dibina ini akan menjadi hab komuniti di mana penduduk dapat berkumpul dan berinteraksi bersama-sama dalam suasana yang tenang. Lebih daripada 500 pokok matang serta 1290 anak pokok yang ditanam di sekitar pusat rekreasi ini membolehkan pengunjung menikmati ketenangan dan menjalankan pelbagai aktiviti riadah seperti jogging, berbasikal, menikmati kicauan burung-burung, zumba, bermain layang-layang dan lain-lain. Dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta, pusat rekreasi seluas 11 ekar yang berjaya disiapkan dalam tempoh setahun ini adalah mesra pengguna untuk golongan kurang upaya dengan adanya laluan kerusi roda yang disediakan di pusat rekreasi ini. Sempena pelancaran pusat rekreasi ini, kempen ‘Sustainable & Healthy Living’ anjuran IJM Land telah berjaya menarik lebih daripada 500 orang dari komuniti Alam Suria dan Puncak Alam. Pelancaran kempen ini turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mampan melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan, seperti upacara penanaman pokok sebagai simbolik bagi memperingati acara ini. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Rahilah Rahmat, yang turut merasmikan pelancaran kempen tersebut. “Kualiti hidup dan gaya hidup sihat merupakan aspek-aspek penting bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar yang sedang pesat membangun seperti di Bandar Puncak Alam.
Di samping memiliki kediaman yang selesa dan selamat, penduduk juga diberi peluang untuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama keluarga. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada IJM Land kerana telah berjaya membina Central Park, satu inisiatif yang cemerlang bagi menginspirasi penduduk untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sihat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan jiran tetangga,” kata Puan Rahilah Rahmat. “Aktiviti penanaman pokok ini dapat mengindahkan lagi kawasan awam dan tanah-tanah yang terdapat di pusat bandar Puncak Alam bahkan ianya selari dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan di dalam Misi Pelan Strategik MDKS 2016-2020 iaitu menyediakan persekitaran “Perbandaran Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi Hijau, Pemeliharaan Alam Sekitar, Warisan Sejarah Dan Kehidupan Berkualiti” demi kepentingan masyarakat.” kata Puan Rahilah Rahmat. Pada majlis pelancaran tersebut, tetamu-tetamu yang hadir turut berpeluang untuk menukar barang-barang yang boleh dikitar semula untuk mendapatkan pokok bunga. Mereka kemudiannya diberi tunjuk ajar untuk menanam semula pokok tersebut ke dalam pasu bunga. Mereka juga berpeluang menikmati jus kelapa segar untuk setiap item yang dibawa untuk dikitar semula. Antara acara-acara lain yang telah diadakan adalah kempen kitar semula, klinik sukan lasak untuk remaja dan pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, aras gula darah, kolesterol dan postur badan untuk penduduk-penduduk yang mementingkan kesihatan. Kanak-kanak juga dapat menikmati keseronokan dengan menyertai bengkel ‘dreamcatcher’ di mana mereka diajar untuk menghasilkan ‘dreamcatcher’ yang menarik dengan menggunakan plastik terpakai dan pinggan kertas. Mereka turut teruja dengan kehadiran badut yang menghasilkan pelbagai bentuk belon dan bermain layang-layang di samping dikelilingi belon buih besar yang memenuhi udara. Di auditorium, seniman jalanan atau „buskers‟, Anak Seni Warisan menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu yang menarik sepanjang acara tersebut berlangsung. Pusat rekreasi „Central Park‟ IJM Land yang berkeluasan 11 ekar telah direka dan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk serta mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat permainan kanak-kanak, gelanggang luncur atau „skateboard park‟, gelanggang serbaguna, tempat duduk dan pondok rehat untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan menyeronokan. Tarikan utama pusat rekreasi ini adalah ‘amphitheater’ berkonsep ‘open-air’ atau tidak berbumbung yang direka khas bagi penduduk untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti komuniti. Pusat rekreasi ini juga mempunyai sebuah gelanggang luncur yang pertama di Puncak Alam di mana peluncur dan penunggang basikal dapat menyerlahkan bakat mereka.
Pusat rekreasi Central Park IJM Land ini direka untuk memaksimakan penggunaan kawasan serta menggalakkan aktiviti luar selain dapat mewujudkan interaksi sosial yang erat antara penduduk. Dikelilingi kawasan perumahan teres yang siap bina dan pembangunan bertingkat tinggi yang bakal dibina, pusat rekreasi ini mempunyai laluan ke kawasan perumahan-perumahan dengan adanya laluan pejalan kaki yang menghubungkan 80 peratus penduduk dari kediaman mereka ke pusat rekreasi hanya mengambil masa dalam10 minit. “Dilancarkan pada tahun 2000, IJM Land telah menyerahkan lebih daripada 5,000 unit perumahan dan pusat komersial di Bandar Puncak Alam dengan keluasan 1,200 ekar. Apabila kawasan ini dibangunkan dengan sepenuhnya, bandar ini dijangka akan mempunyai 10,000 unit perumahan serta komersial. Projek ini dianggap sebagai pelaburan yang mampu mendatangkan keuntungan bagi pemilik-pemilik unit yang dapat kewujudan komuniti yang kondusif dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh IJM Land. Hari ini kami melakarkan satu lagi kejayaan bagi bandar ini. Hingga kini, IJM Land telah menghasilkan lebih daripada 77 ekar pusat rekreasi dan taman tasik dalam pembangunan perbandaran. Dengan pembinaan pusat rekreasi Central Park, penduduk kini dapat menikmati pelbagai kemudahan di pusat rekreasi ini yang mempunyai landskap hijau yang berdekatan dengan kediaman mereka untuk kehidupan yang lebih sihat,” kata Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land. Sempena berlangsungnya acara perasmian tersebut, IJM Land juga secara rasminya melancarkan hartanah baru di Alam Suria iaitu rumah teres dua tingkat – Alam Suria Enclave Type B. Mereka yang berminat dengan projek rumah teres dan projek pangsapuri yang akan dibangunkan iaitu Duta Perintis serta kedai pejabat baru, Suria Central, juga dapat bertanya dengan lebih lanjut di acara berkenaan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI