Tema Modern Glam Dengan Nilai Rendah Dan DIY, Hebat Hasil Kerja Cikgu Ini

Share

Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai guru sekolah, itu tidak menghalang Cikgu Saiful Bahrin daripada mencurahkan idea kreatifnya terhadap dekorasi dalaman di kediamannya yang terletak di Taman Kurau Lestari, Perak. Pemilik yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak dalam kediaman jenis Semi-D, mempunyai keluasan 1100 Sqft akan bertukar tema dekor setiap dua tahun. Ini disebabkan oleh minatnya yang amat mendalam terhadap dekorasi kediaman. Sebelum ini IMPIANA pernah memaparkan Dekorasi dapur En. Saiful Bahrin yang dibina hanya dengan modal RM 500 [klik sini untuk artikel lengkap] kali ini kita lihat pula dekorasi yag di hasilkan diruang tamu pemilik.

Keseluruhan, asal kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun, selesai renovasi kediaman moden glam ini hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Satu bilik telah diubah menjadi ruang surau dan sebagai tambahan, pemilik membina loteng,

“Dua tahun lepas, saya memilih konsep industrial indoor dan pada tahun ini saya cuba untuk mengikuti trend terkini dengan memilih tema modern glam dengan perincian wainscoting dalam menghias dinding di rumah saya”, jelasnya.

“Agak sukar untuk memastikan kediamana ini sentiasa dalam keadaan kemas memandang saya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Sebagai langkah proaktif, saya dan isteri akan mengemas rumah terlebih dahulu sebelum tidur dan pergi kerja.” Tambah pemilik

Bagi mengatasi pembaziran, perabot lama yang tidak bersesuaian dengan tema atau tataman konsep baru akan di jual. Hasil jualan, digunakan pemilik sebagai modal untuk membeli perabit baru yang bersesuaian. Masa yang diepruntukkan untuk renovasi kediaman ini adalah satu bulan dengan bantuan pelajar jurusan vokasional di bawah bimbingan pemilik. Tugas-tugas renovasi dilakukan diluar waktu belajar. Melihat kepada pilihan warna, pemilik menggabungkan warna kelabu sebagai ronan utama yang dipadukan dengan lantai vinyl membangkitkan lagi seri. Selain pencahayaan dari lampu siling, sebagai tambahan beberapa biji floor lamp 

dan table lamp turut digunkan untuk memperincikan lagi setiap sudut.

 

Sebelum

Selepas

 

 

Published by
Team Impiana