Setia Alamsari adalah sebuah perbandaran pegangan bebas bersepadu seluas 775 ekar yang terletak di koridor Kajang – Bangi. Dengan “Natured Inspired” konsep pembangunan, Setia Alamsari menjadi perbandaran terbesar di Kajang.
Sebuah pembangunan dari pemaju yang tidak asing lagi dalam industri hartanah ini iaitu S P Setia. Perbandaran yang berkembang ini mempunyai tiga taman yang dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk untuk hidup dalam alam semula jadi dengan sempurna.
Canal Park, kawasan seluas 11.3 ekar yang mempunyai pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga sihat menarik bukan? Sebuah lagi taman yang diberi nama The Lawn, seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan kicauan burung.
Clover, kediaman jenis berkembar dua tingkat lebih dari sekadar kediaman yang biasa anda lihat. Clover adalah rumah impian yang bakal menjadi kenyataan semua. Dengan reka bentuk dalaman siling tinggi di ruang tamu membuatkan rumah lebih besar dan luas, ruang tamu dan ruang makan yang teratur dalam pelan lantai yang menarik dan ruang makan yang menghadap ke taman peribadi cukup indah. Clover sangat sesuai untuk kehidupan pelbagai generasi yang praktikal namun abadi.
Ads
Dengan keluasan tanah 40 kaki x 80 kaki melengkapkan kediaman dengan 4+1 bilik tidur dan 4 bilik mandi.
Kediaman di perbandaran ini cukup sempurna untuk yang ingin memiliki sebuah kediaman mewah dalam suasana tenang dalam kehidupan sihat semula jadi.
Ads
Menariknya lagi akses yang akan memudahkan perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur jauh lebih mudah dan bebas dari masalah kesesakkan lalu lintas. Tidak ketinggalan beberapa lebuh raya utama seperti PLUS, LEKAS dan Lebuhraya SILK yang menyumbang kepada kemudahan akses bandar ini. Selain itu, Setia Alamsari adalah tempat yang sesuai untuk kehidupan pelbagai generasi, kemudahan yang berdekatan seperti padang golf, taman rekreasi, institusi pendidikan, pusat membeli-belah dan pusat perubatan membuatkan lokasi ini menjadi pilihan.
Ads
S P Setia menawarkan diskaun sehingga RM158K* untuk pembelian kediaman ini, manakala anda akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM45K* untuk renovasi rumah. Wow! Menariknya, tawaran yang jarang kali diberikan kepada pembeli. Tunggu apa lagi?
Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi talian 03-8736 2255 atau kunjungi Sales Galleria: No. 1. Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
MENJUAL hartanah terutama rumah bukan sesuatu yang dapat diselesaikan dengan mudah kerana perlu melalui pelbagai proses.
Sebelum ini, pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim,35 dikatakan menjual rumah kediamannya yang terletak di Cyberjaya.
Saharul Ridzwan jual rumah
Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya, pelakon drama Hati Perempuan itu memberitahu yang rumahnya kini susah ada pembeli. Akui bapa kepada tiga cahaya mata itu, biarpun rumah itu mempunyai banyak kenangan indah namun, beliau tetap mahu menjualnya.
“Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain,” ujarnya.
Saharul Ridzwan Jual Rumah, 8 Tip ‘Lepaskan’ Rumah Tanpa Pertolongan Ejen
Pun demikian, beliau bersyukur kerana segala urusan jual beli berjalan lancar dan dipermudah.
Pada masa sama, aktor itu berharap pengorbanan yang dilakukan itu dapat memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.
Tip Jual Rumah Tanpa Ejen
Jual beli rumah ni, bukan sebarangan. Ini kerana ia melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan surat hitam putih dan hal undang-undang lain. Menurut perkongsian propertyguru.com, sebelum jual rumah hadam dulu 8 langkah ni
Jual rumah
Persediaan
Semak status rumah dalam geran (master title, strata/individual title).
Semak keluasan tanah, luas rumah, dan maklumat lain untuk iklan.
Buat carian di pejabat tanah untuk pastikan tiada kaveat.
Melantik Peguam
Lantik peguam yang berpengalaman dalam hartanah.
Peguam yang mahir dapat mempercepatkan proses jualan.
Cari peguam yang sesuai dengan jenis dan lokasi hartanah.
Iklan
Iklankan rumah di laman web seperti Propertyguru, iProperty, dan media sosial.
Gunakan kain rentang untuk menarik perhatian pembeli.
Balas mesej dan panggilan pembeli dengan segera.
Pastikan gambar rumah kelihatan cantik dan kemas.
Sesi Melawat Rumah
Sediakan masa untuk membawa pembeli berpotensi melihat rumah.
Atur sesi lawatan pada masa yang sesuai untuk pembeli.
Promosikan kelebihan kawasan, kemudahan, dan suasana kejiranan.
Rundingan
Tetapkan harga paling rendah yang boleh diberikan.
Lakukan kajian harga pasaran dan pesaing.
Sedia untuk proses rundingan harga dengan pembeli.
Dokumentasi & Serah Kunci
Wang pendahuluan diberikan kepada peguam sebagai pemegang amanah.
Pastikan pembeli lulus pinjaman rumah sebelum serahkan kepada peguam.
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu’. Perumpamaan ini sesuai dengan nasib gelandangan yang dapat rumah percuma ini.
Influencer Hadiah Apartment, Gelandangan Tak Sangka Punya Rumah Sendiri Akhirnya!
Baru-baru ini, seorang pempengaruh di Amerika Syarikat tular di media sosial selepas menawarkan sebuah apartment secara percuma kepada seorang wanita gelandangan. Wanita yang tidak didedahkan identitinya, hidup secara gelandangan selama 10 tahun, menangis teresak-esak dan tidak menyangka dia kini mempunyai rumah sendiri.
Video tular yang dimuat naik oleh pempengaruh bernama Isahia Graza di Instagram telah mengumpul 11.1 juta tontonan dan sembilan juta tanda suka.
Dalam rakaman itu, Graza yang menaiki kereta menyapa wanita gelandangan tersebut dan memberikan sebuah kotak, menyuruhnya membuka hadiah tersebut.
Influencer Hadiah Apartment, Gelandangan Tak Sangka Punya Rumah Sendiri Akhirnya!
Semasa wanita itu membuka kotak tersebut, dia melihat kunci yang diisi di dalam beg itu dan tidak mengesyaki tujuan sebenar pempengaruh tersebut. “Saya bagi hadiah awak sebuah apartment,” kata Graza dalam rakaman video klip itu.
Mendengar kata-kata Graza, wanita itu beberapa kali mengatakan pempengaruh tersebut sebagai ‘tidak siuman’ kerana menghadiahkan sebuah apartment kepada individu yang tidak dikenalinya langsung.
Sambungan klip video itu menunjukkan Graza membawa wanita itu ke rumah baharunya yang turut dilengkapi televisyen, katil, dan beberapa kemudahan lain. “Dia sebenarnya seorang wanita berjiwa besar dan saya tidak akan melupakan detik indah ini.
Saya menyiarkan video ini sebagai penghormatan kepada video saya yang pernah melepasi 200 juta tontonan di seluruh media sosial,” katanya dalam kapsyen video tersebut.
IMPIANA : Untungnya gelandangan tersebut dapat rumah percuma, memang bertuah sangat!
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.