Ruang makan selalunya menjadi tumpuan kedua selepas ruang tamu. Biar pun hanya dihias dengan set meja makan dan kerusi, tetapi itu bukan penyudah untuk kita menata hias ruang ini agar lebih megah dan nampak berseri. Malah selalunya dengan pencahayaan sempurna seumpama inilah yang menjadikan ruang makan nampak menyenangkan lagi hebat dipandang.
Jika dahulu lampu gantung merupakan lampu wajib ada di ruang ini. Ruang makan nampak lebih menarik, fokus dan makanan juga nampak cukup menyelerakan dengan biasan cahaya warm dan elegan. Namun kini pereka menukar reka bentuk lampu tersebut kepada chandelier agar tampil lebih dramatik dan mewah.
Cuma bila disebut chandalier, pelbagai rekaan yang lebih kemas dan moden boleh disuai padan. Selaras dengan rekaan ruang makan tersebut. Bulat, empat segi atau tampil klasik mahu pun pengaruh budaya antarabangsa. Semua boleh dihubung kait dengan pemilihan lampu chandalier anda.Tidak perlu terlalu berjurai panjang . Cukup dengan bentuk yang melengkapkan tata hias di ruang ini. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tapi Cantik
Dalam kita pening kepala nak memikir konsep deko ruangan dapur, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran seperti pilihan material counter top, pilihan warna kabinet, berapa banyak kabinet dapur nak letak untuk ruangan simpanan dan pelbagai lagi. Perasan tak semakin lama kita buat rujukan dan kajian dekorasi dapur, perkara yang paling penting adalah penetapan warna utama. Tidak kira apa pilihan konsep yang anda mahukan seprti moden minimalist, rustic chic, monokrom, dan pelbagai lagi, tema ini akan mengikut pilihan warna anda dan susunan lain akan menyusul mengikut kesesuaian.
Usah pening dan gusar, ikuti panduan 6 pilihan warna yang sesuai untuk dekorasi dapur rumah anda.
Kuning Matahari
Seperti sinaran mentari yang menerangi segenap isi alam semesta, warna ini melambangkan sikap optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimilikinya. Selain itu, tona ini juga mampu merangsang selera makan dan secara tidak langsung berupaya menerangi ruang kelam di dapur anda. Padankan warna kuning dengan putih untuk tampilkan dekorasi yang seimbang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekap warna kuning ini adalah kerusi bar, dinding accent atau backsplash, pilihan warna putih dan kuning juga sesuai diletakkan di pintu kabinet atau di permukaan counter top.
Biru Navy
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tepat. Namun, pilihan rona ini jarang sekali dipraktikkan. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mencubanya, gambar di bawah ini sudah memberi bukti nyata yang ia amat sesuai untuk digunakan di dapur.
Kelabu cerah dan putih adalah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan biru navy. Jika pilihan wall panel serta backsplash warna kelabu industri, tatahkan kabinet anda dengan warna biru navy, pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Metallic Megah
Kalau anda cuba untuk menambah elemen glitz dan elegan, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur anda. Penataan warna metallic haruslah hadir bersama pilihan accent tembaga dan perak (pilihan material untuk paip singki dan lampu proofread yang digantung di atas island kitchen.
Material tembaga bangkit semula sebagai warna accent yang sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Di dapur anda boleh gantikan segala perkakas krome dengan warna tembaga, percayalah dapur anda dari biasa kepada luar biasa serta bertambah menarik. Tambah lagi dengan pilihan teko serta cawan warna tembaga.
Warna kelabu
Adalah tidak wajar untuk katakan warna kelabu adalah pilihan yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan dapur anda lebih elegan dan bersih serta mudah untuk dipadankan dengan pelbagai material seperti kayu dan pelbagai lagi kemasan biasa kita lihat di dapur.
Di bahagian dapur, warna kelabu sesuai untuk dipadankan dengan warna perak. Kalau peti sejuk warna perak, saluti ruang simpanannya dengan warna kelabu, sama juga apabila dapur masak warna perak, hiasi kabinet serta laci kelilingnya dengan warna kelabu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip PENTING Buat Kabinet DAPUR Cantik & Praktikal Supaya Tak Menyesal
Penting buat kabinet dapur yang bukan sahaja cantik malah berfungsi praktikal untuk jangka panjang. Bukan apa, kos untuk buat kabinet dapur boleh tahan harganya, jadi perlu rancang dengan teliti supaya tak menyesal di kemudian hari.
Perkongsian daripada Pereka Bentuk Dalaman, Norul Naimah Ramli ini boleh dijadikan panduan.
Tips Buat Dapur Supaya Tak Menyesal
1. Cari sistem dapur yang praktikal untuk diri sendiri. Ambil masa dan bertenang..tak perlu terburu-buru.
2. Pastikan keluasan rumah kita sendiri. Muat tak letak island atau bar table… Boleh survey dulu design dapur rumah orang.
3. Pastikan tingkap tinggi 1 kaki dari sinki supaya grill tidak cepat berkarat.
4. Senaraikan perkara asas yang perlu ada di dapur, contoh ;
– Dapur Gas, sinki
– Tempat rak pinggan mangkuk
– Tempat letak air Coway/Cuckoo korang/pemanas air
– Tempat letak periuk nasi/air fryer/blander
– Tempat Oven, microwave, fridge, dishwasher
– Tempat potfiller
– Tong sampah dan lain-lain
5. Pastikan table top ada lubang untuk saluran coway/cuckoo supaya table top tak serabut dengan wayar-wayar air tu. Bawah sinki ada punca paip air khas utk coway /cuckoo tu. Supaya paip sinki kita tak terganggu dengan paip coway/cuckoo. Clean and clear je table top sebab semua sistem di bawah table top.
6. Ketinggian table top ikut siapa yang paling lama akan duduk di dapur. Standard ketinggian 32-34 inci.
7. Pastikan buat kabinet semua bertutup. Rumah akan nampak kemas.
8. Suis perlu banyak, merata-rata. Tapi disusun rapat. Bukan sepah-sepah. Especially dekat table top. Kene banyak punca elektrik. Supaya tak main sambung-sambung soket. Safety.
9. Sediakan suiz on-off untuk dishwasher, washing machine, dryer, microwave dan oven untuk yang jenis build in.. Safety.
10. Pastikan suiz fridge dan dryer dari DB bukan looping.
11. Boleh sediakan tempat sorok untuk blender, toaster dalam kabinet. Bila nak guna tarik je shelf. Dah guna tolak shelf masuk dalam balik.
12. Pastikan jenis lampu kat dapur sesuai ..Lighting mesti ‘On Point’, baru cunn.
13. Last but not least, pastikan dapur tu berasap, baru berbaloi buat mahal-mahal.
Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita. Dapur cantik, masak auto sedap
Happy mom, happy family
Happy wife, happy life
Mesti Baca:Ubah Suai Dapur Konsep Praktikal Tanpa ‘Extend’, Hasilnya Memang Kemas Dan Moden!
Baca Lagi Di Sini:Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!
Artikel Menarik:Bau ‘Kepam’ Bilik Hilang Dan Rumah Wangi, DIY Guna 4 Bahan Dapur Ini
IMPIANA: Jadi sebelum rancang untuk ubahsuai dan buat kabinet dapur, ikut tip yang dikongsikan ini supaya dapur lebih praktikal, berfungsi dengan baik dan tak menyesal selepas buat.
Sumber : Noro Naim
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Gambar) Wanita Ini Pilih Wainscoating Dengan Kos Mampu Milik Berjaya Ubah Penampilan Rumahnya Tampil Lebih Menawan
Wainscoting atau wall moulding merupakan suatu perkara yang biasa di luar negara tetapi masih belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknik ini amat digemari oleh peminat dekorasi gaya Inggeris, tetapi dengan daya kreatif, ia juga sesuai digunakan dalam rumah dengan tema moden.
Pn Fazilah Ali menatarias kediamannya menggunakan teknik kemasan dinding wainscoting yang dilakukan bersama rakannya yang mengusahakan perniagaan pemasangan wainscoting dan ditambah dengan hiasan cermin besar untuk mengelakkan ruang tamunya nampak sempit. Memiliki ruang tamu yang memanjang tidak menjadi masalah buat pasangan ini kerana mereka membahagikan ruang ini dengan cermat iaitu separuh untuk aktiviti santai dan dimuatkan dengan two seater sofa dan dua buah sofa single seater bersama meja kopi kecil di tengahnya, manakala satu bahagian lagi dijadikan ruangan menonton televisyen untuk seisi keluarga.
Dia mendiami rumah teres setingkat yang terletak di Shah Alam bersama suami dan tiga orang anak. Kediaman indah ini tampil dengan idea dekorasi simple tetapi elegan dengan salutan rona kelabu cair menghiasi setiap inci rumahnya malahan, kediaman ini berkeluasan 1600 kaki persegi, berkapasiti 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini disiapkan secara berperingkat dalam masa setahun dengan menelan belanja sebanyak RM10K.
“Nilai sebanyak itu adalah hasil titik peluh saya dan suami iaitu menyimpan sebanyak RM300 sebulan dari gaji kami berdua, dan hasil simpanan tersebut, dibelanjakan secara cermat dalam mencari barang deko dengan harga yang berpatutan serta selalu mencari jualan murah perabot dan barangan deko” ujar bekas penjawat awam ini.
Beliau amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami dari sudut pemasangan frame serta cermin dan kerja pertukangan malahan anaknya juga dididik untuk menjaga kebersihan selepas bermain dan sentiasa memastikan permainan mereka tidak dibiarkan bersepah.
“Agak mencabar untuk memastikan dekorasi ini kekal lama sepertimana diperingkat awal kerana anak saya masih lagi dalam peringkat membesar, tetapi menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk sentiasa mengemas dan menyapu kediaman ini agar bebas habuk dan kotoran” katanya.
Melangkah ke bahagian dapur, tetamu akan disambut dengan meja makan berkapasiti 6 orang serta two seater minibar dan pada masa yang sama ruang makan tidak dibiarkan kosong kerana ditambah dengan display kabinet serta cermin horizontal yang ditambah ayat suci Al-Quran. Moga perkongsian ini memberi inspirasi buat rakan-rakan lain di luar sana dalam menambah baik keselesaan kediaman masing-masing.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI