Chandelier Pelengkap Hias Ruang Makan Anda

Share

Ruang makan selalunya menjadi tumpuan kedua selepas ruang tamu. Biar pun hanya dihias dengan set meja makan dan kerusi, tetapi itu bukan penyudah untuk kita menata hias ruang ini agar lebih megah dan nampak berseri. Malah selalunya dengan pencahayaan sempurna seumpama inilah yang menjadikan ruang makan nampak menyenangkan lagi hebat dipandang.

Jika dahulu lampu gantung merupakan lampu wajib ada di ruang ini. Ruang makan nampak lebih menarik, fokus dan makanan juga nampak cukup menyelerakan dengan biasan cahaya warm dan elegan. Namun kini pereka menukar reka bentuk lampu tersebut kepada chandelier agar tampil lebih dramatik dan mewah.

Cuma bila disebut chandalier, pelbagai rekaan yang lebih kemas dan moden boleh disuai padan. Selaras dengan rekaan ruang makan tersebut. Bulat, empat segi atau tampil klasik mahu pun pengaruh budaya antarabangsa. Semua boleh dihubung kait dengan pemilihan lampu chandalier anda.Tidak perlu terlalu berjurai panjang . Cukup dengan bentuk yang melengkapkan tata hias di ruang ini. Simple-simple sahaja di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus