Ruang makan selalunya menjadi tumpuan kedua selepas ruang tamu. Biar pun hanya dihias dengan set meja makan dan kerusi, tetapi itu bukan penyudah untuk kita menata hias ruang ini agar lebih megah dan nampak berseri. Malah selalunya dengan pencahayaan sempurna seumpama inilah yang menjadikan ruang makan nampak menyenangkan lagi hebat dipandang.
Ads
Jika dahulu lampu gantung merupakan lampu wajib ada di ruang ini. Ruang makan nampak lebih menarik, fokus dan makanan juga nampak cukup menyelerakan dengan biasan cahaya warm dan elegan. Namun kini pereka menukar reka bentuk lampu tersebut kepada chandelier agar tampil lebih dramatik dan mewah.
Ads
Ads
Cuma bila disebut chandalier, pelbagai rekaan yang lebih kemas dan moden boleh disuai padan. Selaras dengan rekaan ruang makan tersebut. Bulat, empat segi atau tampil klasik mahu pun pengaruh budaya antarabangsa. Semua boleh dihubung kait dengan pemilihan lampu chandalier anda.Tidak perlu terlalu berjurai panjang . Cukup dengan bentuk yang melengkapkan tata hias di ruang ini. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang memilih warna berdasarkan warna kegemaran sendiri. Tak salah ikut cita rasa sendiri tetapi biar realistik. Adakala kita begitu teruja dengan warna merah, biru , ungu…apa je yang ada kat dalam buku cat tu. Selalunya warna terang mudah mencuri tumpuan mata dalam kod warna buku cat tu kan. Tapi silap pilih warna, rumah yang cantik leh jadi buruk. Nanti orang ingat rumah kita fun fair pulak.
Tenang, tengok dulu, apa warna perabot anda yang dominasi ruang rumah anda. Andai ia sudah gelap, janganlah ditambah dengan warna gelap. Begitu juga jika rumahnya sempit. Anda boleh memilih rona bumi atau pastel , atau biasan keputihan. Jangan pandang sepi kod warna pucat tu kerana selalunya itulahl warna yang memberi seri pada rumah anda. Dari situ leh short listedkan warna apa yang berkenan di hati. Cara terbaik dan selamat, warna pastel yang lembut. Jadi ruang lebih seimbang antara warna perabot sedia ada dan dinding rumahnya.
3. Tayang Semua Benda Dalam Kabinet Penstoran
Ada di antara kita yang lebih senang memilih kabinet beli sendiri dari bina dalam. Itu tak jadi hal. Cuma kalau menempatkan kabinet pamer ke di ruang utama, jangan pilih yang terbuka jika banyak benda anda nak simpan. Susunlah dengan cantik sebagai hiasan. Cuma ada benda lain kena disimpan dengan teratur tetapi bukan untuk tontonan ramai. Jadi pilih kabinet tertutup, simple dan kalau boleh yang nampak macam dinding rumah anda agar mengaburi pandangan dan saiz ruang….jangan sampai anda tak dapat cari kabinet anda sudah ..
4. Tiru Berlainan Jenis
“Saya suka kemasan lantai kayu gelap, sama dengan perabot jati nampak elegan macam rumah semi D kawan saya. Jadi saya tiru untuk rumah flat saya ni”….Dengan perabot jati , kemasan kayu gelap dan cat juga rona coklat gelap konon nak sedondon, ruang kecil itu nampak agak berat dan penuh sesak. Jadi jangan meniru rumah cantik tetapi berbeza jenisnya. Tirulah rumah cantik yang sama jenis dengan kediaman anda…baru praktikal
Jika rumahnya agak panas, ditambah pula terletak di blok tengah, kena sinar matahari petang, kemasan lantai jubin dilihat lebih sesuai agar memberi keselesaan berpijak dengan rona dingin seperti hijau pudina atau putih kekelabuan.Jika rumahnya mahu berlantai kayu, apa kata memilih rona perang kekuningan terang seperti ramin agar suasana nampak segar, riang dan’ringan’ macam kediaman moden di Jepun yang comel itu.
4. Rambang Mata Kemasan Dinding
Selain cat, ramai juga yang ghairah dan rambang mata bila melihat corak kertas dinding. Maklumlah kini banyak kertas dinding yang cantik dan menarik pandangan. Sampai ada yang memilih corak sarat , bersaiz besar dan berkerawang mewah biarpun corak tersebut tiada kena mengena dengan dekorasi rumahnya. Memang jika dilihat dari buku contoh ia sangat mengkagumkan. Tuan rumah yang berhasrat tinggi, sudah pasti mahukan yang paling ‘meletop’ untuk rumahnya. Betul!
Tetapi jangan lupa semua elemen dalam rumah kita saling berkait. Bukan berdiri sendiri . Tersilap pilih corak, sudahnya rumah nampak sesak tambah dengan perabot lagi. Jadi anda kena tegas dengan pendirian. Apakah impak yang anda mahukan?ini kertas dinding lebih molek dijadikan feature wall sahaja. Tidak perlu sampai bungkus satu rumah. Selain warna samar, corak belang vertikal atau corak bunga kecil juga dianggap sesuai. Anda juga boleh memilih kertas dinding yang mempunyai kesan tekstur atau 2D visual binaan seperti susunan batu-bata yang bebas lepaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Elegan, seksi dan seni. Mungkin sekilas pandang teringat kita akan keagungan zaman Coco Chanel yang banyak bermain rona putih dan sedikit palitan hitam sebagai identiti beliau. Malah tidak sah jika kita bemain dengan rona ini jika tidak dihias dengan aksesori dinding. Putih atau hitam putih ? Yang mana mahu mu? Putih hitam bermakna putih mendominasi hitam. Selalunya ia memberi imej klasik moden, elegan dan mahal. Percaya atau tidak?
Manakala hitam putih pula , hitam mendominasi ruang dan diselangkan sedikit dengan putih. Selalunya ia melambangkan gaya moden dan bebas. Ruang nampak sofistikated, berani dan individualistik. Seni hias moden selalunya cukup gemar bermain dengan rona hitam yang mendominasi ruang. Ia boleh dikatakan melanggar taboo dalam menghias ruang. Jadi jika anda punya koleksi perabot pop art, moden atau industri, , pilihan hitam putih dilihat sangat menarik. Apatah lagi jika anda kenakan 1 warna ketiga yang menyerlahkan seri ruang seperti merah epal.
Berbeza dengan putih hitam, ia lebih lembut dan halus, Selalunya perabot moden klasik, klasik atau art deco cantik dikenakan dengan gaya seumpama ini. Selain daripada rekaan ala Amerika, tata hias ala Perancis dan Scandinavian cukup molek diserlahkan dengan pilihan tema seumpama ini. Apatah lagi jika anda mengenakan banyak aksesori kristal seperti chandalier, cermin dan material perak. Tidak salah jika anda mengenakan chandalier hitam sebagai ganti. Apa yang pasti, putih hitam merupakan pilihan yang cukup cantik dan menarik. Hitam bagaikan memenuhi kehadiran putih dan anda sendiri tidak perlu rona kedua kerana ia sudah memadai. Simple-simple je di IMPIANA…..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!