Cikgu Hartanah Ini Pesan JANGAN Beli Rumah Kalau Tak Tahu FORMULA 30 & 200. Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri sebagai tempat berteduh dan juga sebagai aset pelaburan dalam jangka panjang. Namun demikian sebelum berhasrat untuk membeli rumah perlu ada ilmu dalam bidang hartanah terlebih dahulu, supaya tidak menyesal dan rugi nanti.
Memandangkan membeli rumah merupakan pelaburan terbesar dan komitmen jangka panjang, perlu tahu harga rumah yang sesuai dengan pendapatan yang dimiliki. Perlu ambil kira formula 30 dan 200 dahulu kerana ia dapat ‘menyelamatkan’ pembeli daripada membuat keputusan yang salah seperti rumah dilelong akibat tidak mampu membayar ansuran rumah yang tinggi.
Perkongsian daripada Cikgu Hartanah, Ahyat Ishak ini boleh dijadikan panduan dan formula mudah buat yang ingin membeli rumah.
FORMULA 30
Formula 30 merujuk kepada bayaran untuk membeli rumah itu mestilah dalam lingkungan 30 peratus daripada gaji bersih.
Sebagai contoh mempunyai gaji bersih RM3,000. Maka, 30 peratus daripada gaji bersih bermaksud kita mampu untuk membayar ansuran rumah RM900 sebulan.
FORMULA 200
Jadi dengan bajet kita RM900 sebulan, kita kena ambil tahu formula 200 pula. Gandakan dengan nilai 200.
RM900 x 200 = RM180,000.
Jadi harga RM180,000 itulah, anggaran harga rumah yang kita mampu dan selamat untuk beli.
Ads
Namun demikian, jika kita nak beli rumah yang lebih mahal tapi tak mampu untuk beli.
Jangan sesekali ‘naikkan’ formula di atas. Sebagai contoh kadar 30 peratus kita naikkan kepada 40 peratus atau 50 peratus. Ia ‘berat dan berbahaya’ kepada kewangan bulanan kita.
Sebaliknya perkara yang patut untuk dinaikkan adalah tingkatkan pendapatan kita. Sebagai contoh bila pendapatan meningkat kepada RM8,000 sebulan. Jadi 30 peratus daripada RM8,000 adalah RM2400.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan sebelum berhasrat untuk membeli rumah. Pastikan ikut formula 30 dan 200 ini, barulah kewangan bulanan kita ‘selamat’, bersesuaian dengan harga rumah dan pendapatan yang dimiliki.
Kalau kita makan di meja, pasti kita mahukan keselesaan bukan? Kadang-kadang meja makan yang sudah tersedia di rumah semasa beli, terlalu kecil dan mungkin tidak selesa. Oleh kerana itu, kita mesti tahu cara-cara hendak mengukur meja dari segi semua aspek semasa hendak membeli. Mari, saya akan ajarkan bagaimana hendak membeli meja makan di kedai dengan supaya anda mendapat meja yang anda suka dan puas hati.
Jadi, untuk langkah pertama adalah, anda mesti mengukur bentuk meja dan ketinggiannya semasa memelih meja yang anda suka. Sebagai contoh, anda duduk di meja tersebut bersama beberapa orang, dan letakkan lengan supaya anda keadaan selesa. Jika lengan anda masih ada ruang untuk anda bergerak, maka meja itu sesuai tapi kalau sebaliknya, anda mesti cari meja makan yang lebih luas atau bentuk lain. Sama juga seperti tinggi, jika ia berada di sama paras dada anda, maka ia adalah bagus.
Kedua, adalah menentukan jarak kerusi anda dari meja makan. Pastikan meja makan tersebut, apabila anda hendak merapatkannya dengan meja, ia betul-betul dekat dan mampu untuk anda makan dengan mudah. Ini kerana, ada sesetengah meja nya tu, menghalang dari kerusi tidak rapat ke meja. Mungkin ada bahagian kaki kayu yang menonjol kehadapan.
Dan yang terakhir adalah, jarak meja dengan dinding rumah anda. Anda mesti pandai agak untuk tahu jarak dinding dengan objek. Jikalau rumah anda kecil, ia mungkin bermasalah jika meja anda beli itu terlampau besar dan boleh menyebabkan memakan ruang yang banyak.
Jadi, jika anda telah faham bagaimana cara-cara di atas, maka anda sudah mahir dalam memilih meja dan saya berharap tiada lagi yang salah memilih meja semasa membelinya.
Kita selalu hairan kenapa ada rumah rakan dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan kediaman kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula.
Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari.
Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil dirumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga dan boleh menghindarkan dari bahaya serta penyakit.
Lakukan 5 perkara ini setiap hari dan anda akan dapat hasil yang sama.
1. Kemas katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
2. Selepas basuh baju terus lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
3. Jangan biar singki penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.
4. Pastikan kaunter dapur sentiasa bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe.
5. Kemas ruang tamu tengah hari dan malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Transformasi bilik tidur utama konsep ‘Modern English,’ pintu tandas tersorok dalam almari. Memiliki bilik tidur yang cantik dan selesa merupakan impian setiap orang. Tidak ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghias bilik tidur supaya kelihatan lebih menarik.
Cara menghias bilik tidur serta susun atur perabot memainkan peranan penting dalam memberi impak terhadap keluasan bilik terutamanya bilik tidur yang kecil dan ruang terhad. Susun atur perabot biarlah praktikal selain sesuai dengan aktiviti harian anda.
Berikut dikongsikan dekorasi bilik tidurutama hasil kreativiti pereka hiasan dalamam, Isa Interior
Transformasi bilik tidur utama. Bertemakan modern English, dinding dicat dengan warna white linen (Jotun). Paling menarik dalam almari ada pintu ke bilik air. Jadinya bilik air memang tersorok. Sangat privasi.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.