
Menjadi seorang guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Mendidik generasi muda yang bakal mewarisi negara dimasa hadapan bukanlah suatu tugas yang mudah. Baru-baru ini menerusi laman twitter FLJasmy, beliau ada berkongsi kisah seorang guru yang telah mengubahsuai sebuah kelas terbiar menjadi lebih interaktif buat kemudahan murid-muridnya.
Ruang kelas tersebut telah diubahsuai dengan inisiatif Cikgu Nordin Ismail sendiri. Keadaan bilik darjah terbiar itu yang pada awalnya tampak suram dan tidak terurus dengan serta merta bertukar menjadi ceria, menarik dan responsif terhadap keperluan pelajar dan guru.
Dengan persekitaran baru ini, barulah murid-murid lebih bersemangat dan berasa selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.
Terdapat sudut untuk murid-murid mengadakan perbincangan atau mengulangkaji dengan lebih santai bersama rakan sekelas.
Spotlight juga dipasang untuk menonjolkan lagi papan kenyataan di belakang kelas.
Meja guru tersusun rapi dan tampak kemas dengan kabinet fail yang diletakkan pada bahagian belakang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu

Isi Kandungan
ToggleRamai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
Baca juga: Teknik Jual Hartanah Berisiko
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Dulu! Ini 5 Petua Bantu Tanggalkan Gula-Gula Getah Yang Terlekat Pada Pakaian

Gula-gula getah jika dikunyah mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya termasuklah dapat menghalang kerosakan gigi dan membantu pencernaan. Tetapi malangnya, jika tersilap langkah chewing gum yang dibuang merata mungkin boleh merosakkan pakaian jika terlekat! Memang geli dan menjengkelkan, lebih-lebih lagi kalau terkena pada baju kegemaran.
Bukan mudah ya,nak tanggalkan gula getah daripada fabrik..Jadi, tak kan nak buang?
Nanti dulu, sebelum buang pakaian yang ternoda tu, apa kata anda cuba tip dan trik yang telah IMPIANA sediakan ni. 7 cara ringkas ini mungkin berkesan ;
TANGGALKAN CHEWING GUM PADA FABRIK
1. PETI SEJUK
Letakkan pakaian yang terbabit kedalam plastik kedap udara kemudian simpan kedalam peti sejuk. Biarkan sehingga beku. Apabila gula-gula getah sudah keras, ia akan dapat ditanggalkan dengan mudah
2. CUKA
Tuang cuka kedalam mangkuk dan panaskannya didalam ketuhar gelombang mikro atau microwave selama lebih kurang seminit. Apabila sudah panas, keluarkan mangkuk dari microwave kemudian celupkan pakaian yang terkena chewing gum kedalam cuka selama beberapa minit. Cuka panas akan memudahkan proses penaggalan menggunakan berus
3. SETERIKA
Lapikkan papan menggosok dengan kadbod atau apa apa lapisan yang selamat. Lekapkan bahagian pakaian yang terkena chewing gum pada permukaan kadbod kemudiam gosok kawasan yang tercemar tersebut sehingga chewing gum cair dan terlekat pada kadbod.
4. PENGERING RAMBUT
Gunakan pengering rambut dan perlahan-lahan hidup dan halakan pada gula-gula getah yang terlekat. Buat sehingga ia cair dan mudah untuk ditanggalkan. Hati-hati jangan sampai terkena tangan!
5. WD-40
Ini merupakan solusi paling pantas dan mudah. Hanya perlu semburkan sedikit WD-40 pada gula getah yang terlekat. Tunggu beberapa ketika dan boleh cabut dengan mudah tanpa merosakkan pakaian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Jenis Almari Ini Sangat Anda Perlukan Sekali Seumur Hidup

Bagi seseorang atau sebuah pasangan suami isteri ataupun sebuah keluarga yang baru sahaja membeli rumah dan di dalamnya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan adalah almari. Ini kerana almari adalah perkara yang penting untuk meletakkan barang dapur, perabot, gambar dan juga pakaian kita. Oleh kerana itu, saya akan kongsikan beberapa jenis almari yang sesuai untuk permulaan rumah anda.
Almari Pakaian Terbuka/Open Walk-in Wardrobe
Selalunya almari sebegini akan diletakkan di ruangan tertentu seperti bilik tidur utama atau bilik pakaian. Jika untuk bilik tidur utama, ia memerlukan ruangan yang besar kerana ada penambahan dari segi partition wall supaya ia boleh menutup ruang almari tersebut. Selain itu, jenis almari pakaian terbuka ini, kelihatan bergaya kerana susunan dalam almari dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah ruang. Malahan, ia mudah untuk di ambil kerana ia tidak mempunyai pintu. Sedikit tips jika anda membeli almari ini, sebaik-baiknya kerap Menyusun pakaian supaya ia nampak kemas dan sedap bila melihat.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Swing Door)
Almari ini adalah almari yang berkonsepkan rekaan dalaman. Almari berpintu swing door ini boleh digabunkan dengan meja belajar, rak buku dan lain-lain lagi. Peringatan kepada semua juga, ia perlukan ruang tambahan untuk pembukaan pintu dan jika ruang di dalam bilik terhad, maka ia tidak sesuai untuk menggunakan almari berpintu swing door ini.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Sliding Anti Jump Door
Ini juga adalah almari berpintu, cuma ia menggunakan sliding door dan rekaan almari ini adalah rekaan yang terkini. Almari ini mempunyai bingkai aluminium pada pintu sliding dan ia memudahkan masalah dari pembukaan pintu swing yang dimana memerlukan runag tambahan. Disebabkan ianya adalah sebuah bentuk dan rekaan yang terkini, almari berpintu sliding ini dapat menahan pintu terkeluar dari landasan. Dari sini kita boleh nampak, yang dimana ia merupakan konsep moden dan minimalis. Cuma, almari berpintu sliding ada satu kelemahannya, iaitu, dapat membuka dengan separuh sahaja.
Itu sahaja daripada saya menceritakan tentang jenis almari bagi permulaan sebuah rumah. Sedikit info yang berguna, kesemua almari yang telah saya bahaskan, mampu bertahan selama 10 tahun. Jadi, ia dapat menjimatkan wang kita dan tidak merisaukan apa-apa kerosakkan dalam masa terdekat.
Sumber: AZR KITCHEN Sdn Bhd (https://azrdesign.com/3-jenis-almari-pakaian-built-in-wardrobe/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI