Kasih anak kepada seorang ibunya, sanggup lakukan apa sahaja. Cikgu Anita Zahari gigih menutup lubang tangga yang ibunya gayat tatkala hadir ke rumah beliau.
Pasti ada rumah diluar sana mempunyai masalah yang sama seperti ini. Siapa yang ada masalah macam ni kongsikan lah jalan penyelesaian anda dengan IMPIANA. Tapi kali ni IMPIANA terpukau dengan hasil guru ini. Jom dengar cerita Cikgu Anita ni macam mana dia buat sendiri tangga rumah beliau tampak kemas dan sempurna.
“Kesian mak. Setiap kali datang, kalau nak naik atas menggigil2 langkah tangga sebab tangga tak bertutup. Jadi, mama tutup dengan karpet. Selepas 5 tahun, karpet pun dah koyak2 dan kotor.
Mama survey cari tukang yang boleh tutup lubang langkah tangga ni. Paling murah mama jumpa nak RM 700. Mama pun mula la tarik measuring tape sendiri. Ukur apa yang patut.
Hari ni pagi2 lagi keluar ke hutan. Nak cari kayu…nak cari kayu…nak cari kayu…nak cari kayu… hahaha.
Takde la. Pegi Puchong je. Beli papan, minta pak cik tu potong siap2 ikut ukuran mama. Pakcik tu tanya mama nak buat apa? Mama kata nak tutup lubang tangga. Dia tanya nak buat sendiri ke? Mama kata ye. Pastu dia tanya mama kerja apa? Mama kata tukang rumah.
Hahahaha. Pak cik tu gelak besar. Mana ada tukang rumah pakai cantik2 mcm ni nak oiiii. Hahaha.Mama cakap, tak la pak cik. Saya cikgu. Alang2 tengah cuti, mana yang boleh buat saya buat sendiri. Nak upah, mahal. Pak cik angguk2. Siap bagi papan extra lagi kot ada yang rosak mama paku.
Alhamdulillah, dah siap. Esok pulak nak buat finishing.
Modal? Tak sampai RM 200 pun. Peluh je la yang bercerau nak siapkan memaku papan2 tu. hahaha
Gambar: Anita Zahari
Hebat kan!