Laman

Cipta ‘Syurga Hijau’ Dalam Bilik Sendiri, Suasana Nyaman Rasa Macam Di Resort.

Share

Cipta ‘Syurga Hijau’ Dalam Bilik Sendiri, Suasana Nyaman Rasa Macam Di Resort. Tak dinafikan pepohon hijau mampu memberi kesegaran dan ketenangan jiwa bagi pemilik kediaman. Kehijauan pepohon di ruang bilik mampu menciptakan suasana nyaman bagaikan berada di resort.

Bagi yang sedang mencari idea untuk mewujudkan ‘ruang hijau’ dalam bilik sendiri, perkongsian daripada Lunna Bella ini boleh dijadikan inspirasi.

Selalu impikan bangun tidur dengan udara segar, pandangan pertama penuh kehijauan—best, kan? Sebab passion inilah wujudnya ‘ruang hijau’ di sebelah bilik tidur ni.

Tambah je pokok di sekeliling, terus rasa macam kat resort. Suasana jadi lebih nyaman, stress pun berkurang . Tak perlu taman besar, sudut kecil pun cukup untuk bagi vibe tenang. Daun hijau, udara bersih, tidur lebih lena. Ini bukan sekadar dekorasi, tapi terapi untuk jiwa saya.

Jom cipta syurga hijau dalam bilik sendiri—sebab ketenangan tu bermula dari ruang yang kita huni!

Ruang hijau dalam pembikinan… time ni rasa sangat excited nak tunggu siap.

Akhirnya,sujud syukur sebab obses dengan kehijauan akhirnya dapat direalisasikan.

Oh ya, penggunaan air purifier + dehumidifier penting untuk jaga kelembapan dan kesegaran bilik.

Sambil jaga anak sambil nikmati kehijauan dari luar cerminan.

Tips pilih pokok yang sesuai untuk mini garden:

1️. Tahan naungan: Jika ruang tidak menerima banyak cahaya matahari, pilih pokok seperti lidah mertua (Sansevieria), calathea, atau peace lily.
2️. Menyerap kelembapan: Jika kawasan cenderung lembap, cuba pokok pakis, spider plant, atau monstera.
3️ Mengeluarkan oksigen pada waktu malam: Pokok seperti lidah mertua, aloe vera, dan pokok krisan membantu meningkatkan kualiti udara ketika tidur.

Antara pokok yang sesuai seperti Monstera, Calathea, Peace Lily.

View malam hari.Guna je lampu indoor/outdoor ni effect cahaya memang cantik.

IMPIANA: Memang menenangkan apabila ada ruang hijau dibilik sendiri, nyaman bagaikan berada di resort. Semoga menjadi inspirasi.

Mesti Baca: Santai Dan Sedap Mata Memandang. Ini Cara Setup Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi
Baca Lagi Di Sini: Laman Ringkas, Menghijau Dan Low Maintenance Rahsia Kediaman Ini Seindah Ini
Artikel Menarik: 9 Tip “Simple” Untuk Elak kawasan Rumput yang Hijau Menjadi Coklat

Sumber: Lunna Bella 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab